1MDB Auditor General's Report: This is a copy of the Auditor General’s exact report, which we are uploading in stages over the coming week. We have re-typed the entire report in order to frustrate attempts to persecute whistleblowers. Please excuse any typing errors, the text is an exact replica.

BAB 5 PELABURAN DALAM SEKTOR TENAGA KUMPULAN 1MDB

1. LATAR BELAKANG

1.1.1. Pada 20 Ogos 2009 cadangan kerangka pelaburan syarikat telah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB. Objektif utama syarikat adalah untuk memastikan pembangunan ekonomi yang mampan bagi Malaysia menerusi usaha sama strategik di peringat antarabangsa dengan menggalakkan pelaburan dari luar negara. Bidang pelaburan yang dicadangkan oleh pihak pengurusan tertumpu kepada sektor minyak dan gas, hartanah dan pelancongan. Bagi pelaburan dalam sektor minyak dan gas, syarikat lebih berminat terhadap perniagaan carigali dan pengeluaran minyak berbanding proses penapisan dan pemasaran. Pengerusi 1MDB telah mengingatkan sungguhpun pulangan dalam sektor ini adalah menarik, kos pelaburan awal dalam sektor ini juga adalah tinggi dan tiada jaminan pulangan. Oleh itu, syarikat perlu bersedia untuk mengeluarkan dana yang tinggi dengan tempoh pulangan yang lama.

1.1.2. 1MDB juga telah dijemput bekerjasama dengan Regional Economic Development Authority (RECODA) bagi membangunkan dan melaksanakan Sarawak Corridor of Renewable Energy(SCORE). Satu kertas cadangan usaha sama dengan State Grid Corporation  of China (SGCC) telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009 bagi mendapatkan kelulusan Lembaga Penngarah untuk mengadakan Joint Cooperation Agreement (JCA). Peluang menjalankan usaha sama dengan SGCC dalam pelaburan di Sarawak telah dicadangkan oleh Goldman Saches selepas lawatan kerja Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ke negara China pada bulan Jun 2009.

1.2. Pelaburan Dalam Aluminium Smelting

1.2.1. SGCC adalah syarikat pengeluar dan pengagihan tenaga yang utama di China dan mempunyai kepakaran dalam advance distribution/transmission grid technology and know how. SGCC telah menyatakan minat untuk bekerjasama dalam Bakun hydropower development, aluminium smelting serta jana kuasa elektrik dan transmisi. Sekiranya usaha sama ini bejaya dilaksanalan, peranan SGCC lebih tertumpu kepada aspek teknikal manakala 1MDB berperanan terhadap aspek pembiayaan projek dan sebagai pemudahcara dalam rundingan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi lain yang berkaitan dengan SCORE. 1MDB yakin akan dapat mengukuhkan kedudukannya dan mendapat faedah daripada ekonomi yang mampan melalui pelaburan langsung asing (FDI) dengan SGCC. Pelaburan dalam utiliti tenaga ini juga akan membolehkan 1MDB menjana aliran tunai yang kukuh dan stabil. SGCC bersetuju untuk melabur dari segi kewangan dan teknologi hanya jika usaha sama yang akan dijalankan melibatkan pembinaan dan pengurusan pusat aluminium smelting.

1.2.2. Dalam Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB pada 16 Disember 2009, Ketua Pegawai Esekutif, Encik Shahrol Azral memaklumkan JCA telah dilaksanakan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam aluminium smelting dan loji hidroelektrik dengan nilai pelaburan dijangka berjumlah USD3 bilion yang akan dikongsi sama rata. Bagi suntikan modal, 1MDB berhasrat utuk mendapatkan konsesi daripada Kerajaan Malaysia untuk projek Bakun manakala SGCC membuat pelaburan tunai berjumlah USD1.50 bilion. Seterusnya, dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 28 Disember 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan Memorandum Persefahaman (MOU) yang terperinci akan disediakan di mana SGCC akan diberi lesen untuk smelter sebagai pulangan kepada kesediaan untuk membina tiga empangan baru di SCORE.

1.2.3. Bagi tujuan pengeluaran lesen, perbincangan telah diadakan dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kerajaan Negeri Sarawak. Selain itu, pihak pengurusan 1MDB telah mencadangkan pembelian Projek Hidroelektrik Bakun daripada Sarawak Hidro Sdn. Bhd. (SHSB), sebuah syarikat subsidiari milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 3 Mei 2010. SHSB adalah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengurus aset hidroelektrik Bakun. Pihak pengurusan 1MDB berpendapat ia adalah peluang yang baik memandangkan SGCC, Qatar Investment Authority dan Mudabala berminat untuk mengadakan usaha sama. Projek ini juga boleh memberi aliran tunai sekiranya ia dapat dicagar dan boleh digunakan untuk pelaburan lain. Sehubungan itu, Lembaga Pengarah 1MDB pada 2 Ogos 2010 telah bersetuju untuk melantik Goldman Sachs bagi melaksanakan due diligence bagi cadangan pembelian Projek Bakun dan saham SHSB. Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak juga berminat untuk mengambil alih aset ini daripada Kerajaan Persekutuan. Sehubungan itu, pihak pengurusan telah disarankan untuk mencari penyelesaian ‘win-win-win’ bagi ketiga-tiga pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. Menurut maklum balas yang diterima daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 13 November 2015, cadangan pengambilalihan Projek Hidroelektrik Bakun oleh 1MDB tidak dapat direalisasikan kerana SHSB masih diletakkan di bawah kawalan MKD dan elektrik yang dijana daripada Projek Hidroelektrik Bakun telah dijual kepada Sarawak Energy Berhad.

1.2.4. Memandangkan perbincangan dengan SGCC tidak menunjukkan sebarang kemajuan, 1MDB telah memohon dikeluarkan terma berkaitan exclusivity dalam JCA yang telah dimeterai sebelum ini bagi membolehkan perbincangan lanjut diadakan dengan pihak lain yang berminat dalam aluminium smelting di SCORE, iaitu Qatar Inverstment Authority dan Mudabala.

1.2.5. Seterusnya dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 2 Ogos 2010, Ketua Pegawai Pelaburan, Encik Nik Faisal Arif Kamil telah mencadangkan MOU dengan Energy & Industry Holding Company (EIH) sebuah syarikat milik penuh Mubadala Development Company (MDC) untuk bekerjasama membangunkan projek renewable energy, aluminum smelter dan aluminium industry cluster di SCORE. EIH juga adalah rakan kongsi dalam Dubai Aluminium (DUBAL). Berdasarkan lawatan ke EIH, pengurusan 1MDB mendapati EIH mempunyai pengetahuan yang baik dari segi teknikal dan pengalaman dalam perniagaan aluminium serta memahami persekitaran sosio-ekonomi dan politik di Sarawak. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pada 4 Oktober 2010, Lembaga Pengarah dimaklumkan bahawa MOU telah dtandatangani pada 3 Ogos 2010 dan satu lawatan kerja diketuai oleh HE Khaldoon Khalifa Al Mubarak telah diadakan pada 8 Ogos 2010 di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani Collaboration Agreement. Lembaga Pengarah 1MDB telah dimaklumkan tapak projek bagi aluminium smelter plant telah dikenal pasti di Samalaju Industrial Park di SCORE yang mampu mengeluarkan output sebanyak 1.50 juta tan setahun.

1.2.6. Walau bagaimanapun pada 18 Jun 2012 Encik Shahrol Azral telah memaklumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pelaburan ini tidak dapat diteruskan kerana tiada bekalan elektrik bagi projek tersebut. Menurut maklum balas yang diterima daripada EPU pada 13 November 2015, tenaga elektrik yang dijana dari Empangan Bakun dan dibeli oleh Sarawak Energy Berhad telah dijual kepada syarikat lain yang lebih dahulu melabur di Sarawak dan kerjasama antara 1MDB dan SGCC tidak diteruskan.

1.3. Pelaburan Dalam Syarikat GDF Suez SA

1.3.1. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 5 Julai 2010, pihak pengurusan memaklumkan PetroSaudi International Ltd. telah menawarkan pelaburan secara usaha sama bagi 4.23% ekuiti di GDF Suez SA bernilai USD2.50 bilion pada diskaun 20% daripada harga pasaran. GDF Suez SA adalah sebuah entiti Perancis yang aktif dalam sektor pengeluaran dan pengagihan tenaga elektrik, gas asli dan renewable energy. Syarikat ini disenarai di bursa saham di Paris, Brussels dan Luxembourg dan merupakan pengeluar tenaga bebas (IPP) yang utama di dunia dengan penghasilan 68.4GW kapasiti. Ia juga merupakan pembeli utama gas asli di Eropah dan pengimport utama gas asli cecair di Amerika Syarikat.

1.3.2. Pihak pengurusan 1MDB berhasrat untuk membuat pelaburan dalam GDF Suez SA menerusi fasiliti Nota Murabahah kerana kaedah ini lebih berhemat dan risiko kewangannya lebih rendah. Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB berpendapat pelaburan tersebut tidak akan memberi faedah yang signifikan kepada 1MDB melainkan pelaburan dalam usaha sama diubah kepada ekuiti. PetroSaudi International Ltd. memerlukan persetujuan untuk pelaburan ini selewat-lewatnya pada 19 Julai 2010. Lembaga Pengarah 1MDB telah meminta pihak pengurusan membangkitkan dengan PetroSaudi International Ltd. mengenai tempoh yang singkat diberikan unuk membuat keputusan pelaburan yang besar. Lembaga Pengarah 1MDB telah meminta kedudukan GDF Suez SA disemak oleh pihak yang berkecuali (independent) memandangkan syarikat tersebut mempunyai gearing yang tinggi. Pihak Lembaga Pengarah 1MDB turut membangkitkan pelaburan ini adalah bertentangan dengan objektif 1MDB. Bagaimanapun,  tiada dokumen untuk membuktikan atau mengesahkan bahawa pelaburan Nota Murabahah telah dilaburkan dalam pegangan ekuiti di GDF Suez SA melalui PetroSaudi International Ltd.

1.4. Pelaburan Dalam Sumber Asli

1.4.1. Antara inisiatif utama ke arah mencapai Wawasan 2020 yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 adalah memastikan pengeluaran tenaga yang terjamin menerusi pengawalan, pengurusan dan pembangunan sumber asli seperti arang batu, bijih besi dan uranium. Keperluan tenaga daripada industri dan saingan daripada negara Asia yang lain akan memberi impak kepada bekalan sumber asli dalam negara dan peningkatan harga kerana pengeluarannya secara semulajadi adalah terhad.

1.4.2. Lembaga Pengarah 1MDB telah dimaklumkan dalam mesyuarat pada 6 September 2010 bahawa Maybank Investment Bank Berhad telah mencadangkan agar 1MDB mewujudkan sebuah syarikat bagi menguruskan sumber asli secara strategik agar bekalannya kepada negara tidak terjejas. Syarikat ini akan mewujudkan sinergi dalam rantaian nilai sumber tenaga menerusi pemilikan lombong arang batu dan loji yang menjana tenaga elektrik. Lembaga Pengarah 1MDB bersetuju dengan cadangan Maybank Investmet Bank Berhad dan melantik Bina Fikir Sdn. Bhd. untuk menyediakan strategi dan pelan perniagaan bagi strategic resource company dengan anggaran yuran sejumlah RM1 juta bagi mewujudkan rantaian nilai tenaga di Malaysia.

1.4.3. Encik Shahrol Azral telah memaklumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 5 Ogos 2011, EPU telah memberi pengesahan bahawa syarikat subsidiari milik 1MDB, iaitu SRC International Sdn. Bhd. (SRC) akan menerima geran sejumlah RM20 juta bagi tujuan pengurusan strategik sumber asli melibatkan kepentingan dalam perlombongan, pemprosesan, pengangkutan, logistik dan perdagangan arang batu. Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan geran kepada SRC pada 15 Ogos 2011 berjumlah RM15 juta dan sejumlah RM5 juta lagi pada 5 Mac 2012. Pada 15 Februari 2012, SRC telah dipindahkan kepada MKD.

1.5. Pelaburan Untuk Membangunkan Loji Re-Gasifikasi

1.5.1. Menurut Kertas Cadangan yang dikemukakan bersama Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 7 Disember 2011, Kerajaan merancang untuk membangunkan tiga loji re-gasifikasi dan loji jana kuasa berasaskan gas. Sekurang-kurangnya satu loji re-gasifikasi akan dibangunkan oleh Petronas. Keputusan Kerajaan untuk membina loji jana kuasa tenaga berasaskan gas membuka peluang kepada keperluan untuk mengimport gas dari luar negara kerana rizab gas asli di luar negara didapati semakin meningkat akibat daripada pembangunan teknologi dalam pembuatan unconventional gas.

1.5.2. Pihak pengurusan 1MDB telah merujuk dan mendapat persetujuan daripada Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada bulan September 2011  berhubung cadangan projek pembangunan loji re-gasifikasi dan pembinaan loji jana kuasa berasaskan gas. Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB meminta Tan Sri Dato’ Nor Mohamad Yakcob berhubung dengan EPU bagi meneliti cadangan ini. EPU telah mencadangkan supaya feasibility study dibuat terlebih dahulu untuk menentukan viabiliti projek dan menasihati 1MDB agar fokus kepada satu projek sahaja, iaitu loji LNG.

1.5.3. Lembaga Pengarah 1MDB melalui resolusi bertarikh 7 Disember 2011 telah melantik Ranhill Worley Sdn. Bhd. sebagai perunding bagi melaksanakan feasibility study dengan anggaran yuran tidak melebihi RM1.60 juta. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 2 Mac 2012, beberapa tapak projek yang sesuai telahpun dikenal pasti dan laporan feasibilitiy study dijanga terima pada akhir bulan Mac 2012. Seterusnya, cadangan projek akan dibentangkan kepada EPU dan Majlis Ekonomi Negara untuk pertimbangan. Bagaimanapun, status laporan feasibility study yang dilaksanakan tidak dilaporkan semula dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Menurut maklum balas yang diterima daripada EPU pada 13 November 2015, projek pembinaan Loji Regaasifikasi (RGT-1) di Melaka telah disiapkan dan dioperasikan oleh Petronas pada tahun 2013. Manakala projek pembinaan jana kuasa berasaskan gas telah ditawarkan kepada 1MDB oleh Suruhanjaya Tenaga pada bulan Ogos 2014.

Menurut maklum balas 1MDB yang diterima pada 9 Disember 2015, laporn feasibility study oleh Ranhill Worley Sdn. Bhd hanya dibentangkan kepada pihak pengurusan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. Berdasarkan penemuan perunding, tiada dasar yang membenarkan syarikat IPP di Malaysia untuk membeli gas selain dripada Petronas sebagaimana dikontrakkan di bawah Perjanjian Bekalan Gas (GSA). Pada ketika itu, tiada keputusan dibuat oleh Petronas mengenai “tolling structure tariff of the gas pipeline for the distribution of gas”. Oleh itu, cadangan ini telah ditangguhkan sehingga projek berdaya maju untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, pihak JAN masih belum menerima laporan feasibility study sehingga 18 Disember 2015.

2. SEMAKAN SEMULA STRATEGI PELABURAN

2.1. Pada 2 November 2011, Lembaga Pengarah 1MDB melalui resolusi telah bersetuju untuk melantik Bain & Company Malaysia Inc. (Bain & Co.) untuk melaksanakan semakan semula ke atas strategi pelaburan 1MDB dengan yuran tidak melebihi RM3.04 juta. Semakan semula ini bertujuan untuk menilai strategi sedia ada dan perubahan terhadap keperluan negara dan persekitaran luaran, menyediakan cadangan model alternatif untuk pembangunan strategik syariikat dan kedudukan syarikat di kalangan Agensi Kerajaan. Pelan perniagaan, struktur tadbir urus dan pengagihan aset dengan komitmen kewangan juga perlu dikemas kini. Roadmap dan pelan perniagaan untuk pelaksanaan lima tahun perlu disediakan berserta penilaian risiko dan pelan mitigasi.

2.2. Pada 8 Februari 2012, Bain & Co. Telah membentangkan hasil semakan pada mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB. 1MDB disarankan untuk mengimbangi portfolio pelaburan dan perlu memperjelaskan strategi aliran tunai baru sama ada daripada pemegang saham atau projek sedia ada. 1MDB perlu menfokus 80% kepada smart FDI dalam sektor bernilai tinggi di Malaysia menerusi usaha sama pelaburan dengan pelabur luar dan 20% dalam projek strategik

2.3. Cik Loo Ai Swan (General Counsel 1MDB pada ketika itu) berpendapat pelaburan 1MDB tidak seharusnya tertumpu kepada bidang hartanah, tenaga dan pelancongan sahaja tetapi perlu terbuka kepada apa jua sektor yang dapat menarik FDI. Fokus kepada FDI masih menjadi strategi utama syarikat bagi rancangan masa hadapan. Sungguhpun objektif utama 1MDB adalah untuk menarik FDI, Lembaga Pengarah 1MDB dalam mesyuarat yang sama telah meminta pihak pengurusan meneliti setiap pelabur yang berminat untuk menjalinkan usaha sama. Lembaga Pengarah 1MDB bersetuju dengan cadangan yang dibentangkan oleh Bain & Co. dan pihak pengurusan.

2.4. Berdasarkan mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 15 Oktober 2012, bagi strategi jangka panjang, Kumpulan 1MDB akan meningkatkan jumlah penghasilan kapasiti tenaga kepada lebih 10,000MW dengan pengambilalihan loji jana kuasa thermal ( arang batu) dan greenfield assets. Pihak pengurusan turut memaklumkan bahawa Kerajaan berminat untuk melindungi, menjamin dan memastikan bekalan tenaga yang berterusan dan stabil bagi menyokong ekonomi negara dan kebajikan rakyat Malaysia.

2.5. Semakan JAN mendapati dalam tempoh tahun 2012 sehingga 2014, pihak pengurusan 1MDB telah mencadangkan pembelian saham bagi lima syarikat IPP dan due diligence bagi semua cadangan pembelian telah dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dari Lembaga Pengarah 1MDB. Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan pembelian saham tiga syarikat manakala cadangan perolehan saham dua syarikat IPP lain tidak diteruskan. Butiran terperinci perunding yang telah dilantik bagi setiap perolehan seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 18.38.13

3. STRUKTUR KUMPULAN BAGI SEKTOR TENAGA

3.1. Cadangan untuk menubuhkan syarikat pegangan pelaburan telah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 5 April 2010 dengan pengambilalihan Cell Team Sdn. Bhd. dan wakil syarikat yang dilantik sebagai Pengarah ialah Encik Nik Faisal Ariff Kamil dan Encik Vincent Koh Beng Huat.

3.2. Seterusnya dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pad 1 Disember 2010, Cell Team Sdn. Bhd. telah ditukar nama kepada 1MDB Energy Sdn. Bhd. Selain itu, satu syaarikat baru juga akan diwujudkan dan berperanan sebagai syarikat induk kepada pelbagai Special Purpose Vehicles (SPV) dalam sektor tenaga yang akan diceburi.

3.3. Struktur kumpulan bagi sektor tenaga terus berkembang dan sehingga bulan Oktober 2014,  sebahagian besar subsidiari berkaitan tenaga diletakkan di bawah pengurusan sebuah syarikat induk dan tiga subsidiari milik penuhnya yang telah diperbadankan di Labuan. Butiran lanjut seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-24 18.41.17

3.4. Bagaimanapun, selaras dengan perkembangan pelaburan dalam sektor tenaga dan keperluan untuk mewujudkan sinergi melalui penyatuan dan penggabungan pengurusan operasi loji jana kuasa yang diambil alih di bawah tiga subsdiari miliknya, struktur pengurusan bagi pelaburan sektor tenaga telah terbahagi kepada dua peringkat di mana enam daripada 77 subsidiari masih bernaung di bawah 1MDB secara langsung manakala baki 71 subsidiari diletakkan di bawah sebuah syarikat induk yang ditubuhkan pada bulan Julai 2014 dan dikenali sebagai 1MDB Energy Group Berhad. Pada bulan Oktober 2014, syarikat ini ditukar nama kepada Edra Global Energy Berhad selaras dengan pelan integrasi dan penjenamaan semula yang dilaksanakan. Penyusunan semula struktur kumpulan ini juga dibuat selari dengan cadangan penyenaraian di Bursa Saham Malaysia seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-24 18.41.50

3.5. Sehingga bulan Ogos 2015, terdapat 71 subsidiari di bawah Edra dan enam subsidiari di bawah 1MDB dengan nilai pelaburan modal berjumlah RM3.02 bilion. Butiran terperinci subsidiari berkaitan sektor tenaga mengikut lokas dan jenis perniagaan adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 18.42.17

4. STRUKTUR TADBIR URUS SYARIKAT BERKAITAN SEKTOR TENAGA

4.1. Menurut Guidelines on Corporate Governance yang diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 3 Mei 2010, setiap subsidiari akan melapor kepada Ketua Pegawai Esekutif 1MDB, iaitu Encik Shahrol Azral. Selain itu, Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan 1MDB juga diwujudkan untuk melapor kepada Lembaga Pengarah 1MDB secara suku tahun mengenai aktiviti dan operasi subsidiari di bawahnya. Pada setiap mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, impak kewangan ke atas operasi syarikat dan keputusan perniagaan perlu dbentang agar kedudukan kewangan syarikat dapat dipantau dan dinilai.

4.2.Semakan JAN mendapati wakil Kumpulan Powertek hanya dijemput buat pertama kalinya untuk membentangkan kedudukan kewangan dan operasi syarikat pada 19 Ogos 2013, iaitu selepas lebih setahun syarikat diambil alih. Pihak pengurusan hanya bertindak selepas ditegur oleh Lembaga Pengarah 1MDB dalam mesyuarat pada 20 Mei 2013. Pengerusi berpendapat Lembaga Pengarah 1MDB masih mempunyai tanggungjawab fidusiari ke atas Powertek Energy Sdn. Bhd. (PESB) walaupun PESB mempunyai Lembaga Pengarah sendiri. Oleh itu, adalah wajar kedudukan kewangan dan operasi syarikat dibentang secara berkala.

Menurut maklum balas yang diterima daripada 1MDB pada 9 Disember 2015, sungguhpun Kumpulan Powertek hanya dijemput untuk membentangkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB pada 19 Ogos 2013, pihak pengurusan telah membentangkan laporan kewangan disatukan bagi kumpulan yang telah mengambil kira kedudukan kewangan perniagaan sektor tenaga. Pihak pengurusan memerlukan masa untuk mengumpul dan menggabungkan kedudukan kewangannya kerana pengambilalihan baru sahaja dilaksanakan. 

4.3. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada bulan Disember 2012, pengurusan 1MDB diingatkan supaya menyediakan maklumat penting berkaitan aset tenaga yang dimiliki. Teguran ini dibuat kerana comparative summary of power assets yang diminta oleh Lembaga Pengarah 1MDB sejak mesyuarat pada 15 Oktober 2012 hanya dibentangkan tiga bulan kemudian, iaitu dalam mesyuarat pada 22 Januari 2013. Comparative summary of power assets perlu mengandungi maklumat mengenai harga perolehan, pembiayaan yang telah diambil, pelan masa hadapan dan jangkaan keuntungan. Maklumat ini diperlukan kerana pelaburan dalam aset tenaga merupakan pelaburan terbesar Kumpulan 1MDB.

4.4. Semakan JAN mendapati 1MDB telah melantik Egon Zehneder International (EZI) bagi mencari calon yang sesuai sebagai Ketua Sektor Tenaga. Jawatan ini adalah kritikal kerana keutamaan syarikat pada masa ini untuk mencari rakan kongsi strategik dari luar negara bagi menjalin usaha sama dalam sektor tenaga. Cadangan yuran berjumlah USD180,000 telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 4 Oktober 2010. Bagaimanapun, status pencarian oleh EZI tidak dimaklumkan semula dalam mesyuarat Lembaga Pengarah seterusnya.

4.5. Mulai bulan Oktober 2014, Edra Global Energy Berhad (Edra) telah menguruskan sektor tenaga bagi Kumpulan 1MDB. Struktur tadbir urus, pihak pengurusan dan senarai Ahli Lembaga Edra pada bulan Oktober 2015 adalah seperti carta dan jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 18.42.52

Screenshot 2016-07-24 18.42.56

5. PEROLEHAN SYARIKAT PENGELUAR TENAGA BEBAS (IPP)

5.1. Pelaburan Dalam Sektor Tenaga

5.1.1. 1MDB telah membuat pelaburan dalam sektor tenaga melalui pembelian saham dan aset bagi tiga syarikat IPP di Malaysia daripada bulan Mei 2012 sehingga Januari 2014 melibatkan pelaburan berjumlah RM12.07 bilion. Butiran lanjut pelaburan seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 18.43.44

5.1.2. Perolehan pelaburan  ini telah dibuat melalui terbitan Nota USD di pasaran hutang antarabangsa dan pinjaman daripada institusi kewangan domestik/tempata sepenuhnya. Nilai nominal prinsipal pinjaman yang telah diambil bagi pembiayaan pembelian saham dan aset syarikat IPP berjumlah RM18.16 bilion dan pendahuluan daripada syarikat induk berjumlah RM625 juta keseluruhannya berjumlah RM18.79 bilion. Semakan JAN mendapati pembiayaan tersebut melebihi jumlah yang diperlukan untuk perolehan tiga syarikat IPP kerana sejumlah RM6.72 bilion daripadanya telah digunakan untuk tujuan lain termasuk kegunaan modal kerja dan korporat am. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 18.59.56

5.1.3. Menurut penyata kewangan berakhir 31 Mac 20014, Kumplan 1MDB mempunyai  kepentingan dalam 13 loji jana kuasa yang terletak di dalam dan luar negara. Kumpulan Powertek memiliki 11 dripda 13 loji jana kuasa yang mana tiga loji jana kuasa berada di dalam negara dan baki lapan buah loji jana kuasa terletak di Egypt(3), Bangladesh (3), United Arab Emirates (UAE) (1) dan Pakistan(1). Kumpulan Mastika Lagenda dan Kumpulan Jimah masing-masing memiliki satu loji jana kuasa dalam negara. Dari segi pemilikan, 10 daripada 13 loji jana kuasa dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan 1MDB manakala pegangan kepentingan dalam tiga loji jana kuasa di luar negara antara 10% hingga 55%.

5.1.4. Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan pelantikan perunding bagi melaksanakan due diligence sebelum meluluskan pelaburan dalam sektor tenaga. Daripada perolehan tiga syarikat IPP, hanya perolehan Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (TEHSB) dibuat berdasarkan pelawaan tender daripada syarikat tersebut. Manakala perolehan saham Kumpulan Mastika Legenda Sdn. Bhd. (MLSB) dan Kumpulan Jimah dibuat menerusi perbincangan dan dimulakan oleh 1MDB selaras dengan strategi pelaburan sebagaimana cadangan Goldman Sachs dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pada 21 Jun 2012. Yuran perunding yang telah diluluskan bagi pelaksanaan due diligence terhadap pelaburan dalam sektor tenaga adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.00.26

5.1.5. Semakan JAN mendapati struktur yuran perunding kepada Goldman Saches bagi perolehan saham Kumpulan TEHSB dan Kumpulan Jimah telah dikira berdasarkan kadar 0.5% daripda harga perolehan yang berjaya dimuktamadkan. Penetapan yuran perunding secara peratusan tersebut adalah berbeza dengan kaedah bayaran tetap kepada perunding lain. Semakan selanjutnya mendapati kaedah penetapan yuran yang bersandarkan kepada harga perolehan adalah kurang sesuai kerana ia bergantung secara relatif kepada harga perolehan dan tidak menguntungkan pembeli.

Menurut maklum balas daripada 1MDB bertarikh 9 Disember 2015, Goldman Sachs merupakan institusi kewangan dan bank pelaburan antarabangsa. Goldman Sachs tertakluk kepada tanggungjawab fidusiari kepada pelanggannya untuk melaksanakan kerja yang terbaik berdasarkan skop yag dipersetujui. Goldman Sachs juga menyedari mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang jika tidak melaksanakan tanggungjawab dengan menjaga kepentingan 1MDB.

5.2. Perolehan Saham Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd.

5.2.1. Cadangan Penjualan Dari Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd.

5.2.1.1. Pada 20 Januari 2012, Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (TEHSB) telah memberi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat bagi penawaran tender untuk menjual sahamnya. TEHSB melaui subsidiari dan syarikat bersekutunya terlibat dalam perniagaan penghasilan tenaga elektrik dan memegang kepentingan dalam 13 loji stesen jana kuasa tenaga dengan keseluruhan kapasti tenaga kasar sebanyak 6,666MW dan tenaga bersih sebanyak 3,951MW termasuk sebuah loji pengasingan air (water desalination plant) dengan kapasiti sebanyak 16 juta imperial gallons sehari. Dari segi pengeluaran kapasiti kasar, ia merupakan syarikat IPP yang terbesar di Bangladesh dan Egypt manakala yang kedua terbesar di Malaysia. Butiran berhubung loji jana kuasa milik TEHSB pada tarikh tawaran seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.01.08

5.2.1.2. Dalam taklimat tersebut, dimaklumkan juga TEHSB sedang berusaha mendapatkan pelanjutan tempoh konsesi bagi loji di Sri Lanka serta peluang dan potensi pengembangan (growth) di Egypt dan Bangladesh. Keperluan tenaga di Malaysia juga dianggarkan meningkat pada kadar 5% setahun dan keadaan ini akan memberi peluang untuk pembinaan loji baru. Pada tahun 2010, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penawaran tender bagi 4,500MW untuk memenuhi keperluan tenaga pada masa hadapan. Sebagai persediaan untuk memasuki tawaran dengan Kerajaan, TEHSB membuat rundingan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka untuk membeli tanah bersebelahan lojii sedia ada di Teluk Gong.

5.2.1.3 Pihak yang berminat untuk membeli saham TEHSB diberi tempoh sehingga 10 Februari 2012 untuk mengemukakan tawaran. 1MDB telah menghadiri taklimat mengenai penawaran tersebut dan telah melantik perunding bagi tujuan penyediaan laporan awal due diligence fasa pertama.

5.2.2. Pelaksanaan Perolehan

5.2.2.1. Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB pada 8 Februari 2012 telah membincang cadangan mengenai perolehan saham TEHSB. Dalam mesyuarat tersebut, perunding Goldman Sachs memaklumkan bahawa sektor tenaga di Malaysia adalah strategik dan hasil jualan tenaga menerusi operasi TEHSB adalah stabil. TEHSB mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan pengeluaran tenaga dengan pihak pengurusan yang efisien dan mempunyai portfolio pelaburan global. Sembilan daripada 13 aset tenaganya mempunya baki tempoh konsesi melebihi 10 tahun dan mampu membawa masuk aliran tunai yang stabil dan dianggarkan berjumlah RM450 juta setiap tahun. Perjanjian konsesi juga telah mengambil kira perlindungan terhadap risiko kenaikan harga bahan bakar. Ia juga akan memberi peluang pelaburan kepada 1MDB untuk membangunkan loji jana kuasa bertaraf dunia.

5.2.2.2. Lembaga  Pengarah 1MDB dimaklumkan oleh Goldman Sachs bahawa pelupusan aset tenaga oleh Usaha Tegas Sdn. Bhd. (UTSB), syarikat induk TEHSB, adalah untuk membolehkan UTSB melabur dalam sektor lain yang memberi pulangan yang lebih tinggi. UTSB juga tidak yakin akan diberi lanjutan tempoh konsesi menerusi Power Purchase Agreement (PPA). Mengikut Goldman Sachs, peluang pelanjutan perjanjian konsesi akan lebih baik sekiranya TEHSB diambil alih oleh 1MDB sesuai dengan statusnya sebagai sebuah syarikat Government Link Companies (GLC). Maka, 1MDB sebagai sebuah syarikat berstatus GLC berpotensi untuk memasuki bidaan untuk projek jana kuasa tenaga secara pre-emptive.

5.2.2.3. Goldman Sachs berpendapat pelaburan ini adalah peluang pelaburan yang positif sekiranya perjanjian konsesi PPA dapat dilanjutkan dan kapasiti pengeluaran tenaga sedia ada dipertingkatkan. Nilai syarikat dijangka akan meningkat antara RM117 juta sehingga RM807 juta sekiranya TEHSB mendapat pelanjutan tempoh konsesi perkhidmatan daripada pihak berkuasa bagi loji jana kuasa di Malaysia selama 15 tahun dan loji jana kuasa di luar negara serta projek baru pembinaan loji jana kuasa tenaga baru berkapasiti 2,000MW di Melaka dilaksanakan.

5.2.2.4. Pulangan atas pelaburan dianggarkan berjumlah RM636 juta dengan IRR bersamaan 7.3% berdasarkan PPA sedia ada tetapi ianya akan meningkat sehingga RM1.70 bilion dengan IRR bersamaan 16.5% sekiranya tempoh PPA dilanjutkan dan mendapat projek baru. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan kaedah pengiraan pulangan yang dijangka oleh Goldman Sachs kerana tidak dinyatakan dalam laporan yang dikemukakan untuk semakan.

5.2.2.5. Selain itu, Goldman Saches tidak menerangkan mengenai kaedah kos pembiayaan/ pinjaman dan tempoh bayaran balik pinjaman kepada Lembaga Pengarah semasa mempertimbangkan cadangan bidaan perolehan saham TEHSB pada 8 Februari 2012. Pihak pengurusan hanya membentangkan kertas cadangan bagi membiayai perolehan TEHSB pada 19      Mac 2012 selepas menandatangani perjanjian jual beli saham tersebut pada 2 Mac 2012. Kos    pinjaman yang perlu ditanggung bagi perolehan ini sepatutnya diambil kira semasa pengiraan   pulangan yang djangka daripada perolehan saham TEHSB.

5.2.2.6. Goldman Sachs telah mencadangkan strategi memasuki bidaan dengan tawaran yang kompetitif tetapi tidak terlebih bayar bagi aset tersebut. Goldman Sachs berpendapat UTSB berkemungkinan tidak bersetuju menjual TEHSB sekiranya reserve price tidak dipenuhi memandangkan bilangan IPP yang memiliki aset tenaga berkualiti di Asia untuk dijuai adalah terhad. Nilai syarikat telah ditentukan menerusi tiga kaedah, iaitu Discounted Cash Flow (DCF), Public Trading Comparables dan Precedent Transaction dengan nilaian mengikut kaedah masing-masing antara RM7.24 bilion sehingga RM11.82 bilion.

5.2.2.7. Di antara ketiga-tiga kaedah ini, kaedah DCF elah dipilih oleh Goldman Sachs bagi penentuan harga bidaan. Harga bidaan ini adalah enterprise value bagi kesemua aset tenaga di bawah TEHSB meliputii aset tenaga di Malaysia, Egypt, Bangladesh dan UAE yang dijual secara berasingan. Pengiraan enterprise value dibuat berdasarkan jangkaan tunai diterima sepanjang baki tempoh konsesi sedia ada dengan Weighted Average Cost of Capital (WACC) antara 5% hingga 6% dan jangkaan harga jualan aset pada penghujung tarikh konsesi (terminal value) mengikut cadangan perunding teknikal. Enterprise value yang diperoleh adalah dalam julat RM10.37 bilion hingga RM10.99 bilion. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan kaedah pengiraan enterprise value yang tela diambil kira Goldman Sachs serta pengiraan terminal value kerana tidak diberikan dokumen yang berkaitan. Terminal value bagi loji jana kuasa juga tidak sepatutnya diambil kira dalam pengiraan enterprise value kerana aset tersebut tidak lagi bernilai pada akhir tempoh konsesi. Kos loji jana kuasa ini juga sebenarnya telahpun dibayar balik kepada penjual sepenuhnya melalui pembayaran capacity payment yang dikontrakkan dalam PPA.

5.2.2.8. Tetuan KPMG yang dilantik sebagai perunding kewangan bagi perolehan TEHSB juga telah membuat pricing analysis berasakan ‘as is’. Enterprise value telah dikira berdasarkan kadar diskaun antara 4.5% sehingga 8% bagi dua pembiayaan sama ada pada 60% pinjaman atau 80% pinjaman. Enterprise value yang diperoleh jika dibiayai 60% pinjaman adalah antara julat RM6.08 bilion sehingga RM6.56 bilion manakala jika dibiayai 80% pinjaman nilainya antara julat RM6.59 bilion sehingga RM7.33 bilion. Butiran terperinci adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.01.44

5.2.2.9. Semakan JAN mendapati enterprise value pada kadar diskaun yang sama antara 5% hingga 6% mengikut kiraan Goldman Sachs adalah lebih tiggi daripada nilai mengikut kiraan Tetuan KPMG. Ini disebabkan Goldman Sachs telah mengambil kira anggaran terminal value aset tenaga sebagaimana yang disahkan melalui maklum balas daripada 1MDB pada 9 Disember 2015. Laporan yang disediakan oleh tetuan KPMG juga tidak dimaklumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB sungguhpun Tetuan KPMG merupakan perunding yang dilantik untuk perolehan ini. Ini bermakna tiada perbandingan yang dibuat antara kiraan Goldman Sachs dan Tetuan KPMG yang menunjukkan perbezaan yang ketara semasa membuat keputusan tentang nilai pembelian. Perbezaan pengiraan enterprise value adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.02.12

5.2.2.10. Semakan JAN mendapati dalam menentukan harga perolehan TEHSB, Goldman Sachs telah menggunakan kaedah DCF berasaskan cost of funds sebanyak 5% hingga 6%. Semakan selanjutnya mendapati perolehan TEHSB juga telah dibiayai oleh pinjaman daripada Maybank Bhd. dengan kos pinjaman pada kadar 5.80% dan Nota USD dengan kos pinjaman pada kadar 5.99%. Kadar pinjaman ini adalah dalam lingkungan kadar diskaun yang digunakan dalam penentuan harga perolehan. Ini bermaksud dengan enterprise value yang dikira pada cost of funds yang bersamaan dengan kadar pinjaman, pelaburan yang dibuat tidak dapat memberi pulangan yang dijangka. Pengiraan enterprise value sepatutnya dikira berdasarkan kadar IRR bagi mendapatkan pulangan yang dijangka. Menurut Lembaga Pengarah, kadar IRR yang viable adalah sebanyak 7% hingga 16%.

5.2.2.11. Mesyuarat pada 8 Februari 2012, Lembaga Pengarah 1MDB berpandangan 1MDB berpeluang untuk membeli TEHSB pada harga yang lebih rendah disebabkan tidak ramai pembida  yang mampu membiayai pembelian aset ini kerana nilainya yang tinggi. Pemilik TEHSB bertekad   untuk meneruskan penjualan walaupun reserve price tidak dipenuhi. Encik Shahrol Azral memaklumkan pihak pengurusan bersama dengan perunding telah meneliti harga bidaan yang dicadangkan dengan teliti dan menyokong harga bidaan yang disarankan. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan sama ada Lembaga Pengarah dimaklumkan mengenai reserve price TEHSB ini kerana maklumat ini tidak dikemukakan untuk semakan.

5.2.2.12. Lembaga Pengarah juga berpendapat yuran perunding yang dikenakan oleh Goldman Sachs sebanyak 0.5% daripada harga bidaan bersamaan RM53 juta adalah tinggi. Menurut pihak pengurusan, Goldman Sachs pada awalnya telah mengenakan yuran perunding sebanyak 1% daripada harga bidaan dan telah diturunkan kepada 0.5% selepas rundingan. Skop kerja Goldman Sachs ialah sebagai financial advisor for financial due diligence and valuation, membantu perolehan TEHSB, struktur pembiayaan serta rundingan dengan UTSB sehingga penjualan dan pembiayaan dimuktamadkan. Goldman Sachs juga mempunyai rangkaian perhubungan dengan pelbagai Jabatan Kerajaan dan pelabur antarabangsa. Pihak pengurusan tidak akan dapat melaksanakan urusniaga ini secara sendirian dalam tempoh masa yang singkat (tight deadline).

5.2.2.13. Lembaga Pengarah 1MDB telah meminta pihak pengurusan melaksanakan sensitivity analysis ke atas aset luar negara sekiranya dikenakan kadar diskaun 50% dan membuat perbandingan terma PPA antara aset TEHSB di Malaysia dan luar negara. Bagaimanapun, laporn mengenai kedua-dua permintaan tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah seterusnya.

5.2.2.14. Pada 8 Februari 2012, Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan perolehan ekuiti TEHSB pada harga bidaan RM10.60 bilion melalui 1MDB Energy Sdn. Bhd. (1MESB). Saham 1MESB akan ditambah daripada RM2 juta kepada RM10 juta. Lembaga Pengarah telah meminta pihak pengurusan berunding untuk memuktamadkan urusan jual beli dan mendapatkan pembiayaan serta mendapat kelulusan sebelum membuat sebarang komitmen.

5.2.2.15. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pada 2 Mac 2012, pihak pengurusan memaklumkan rundingan perjanjian jual beli saham secara eksklusif telah diadakan bersama Tanjong Power Holdings Sdn. Bhd. (TPHSB). Seterusnya, Lembaga Pengarah 1MDB meluluskan perolehan saham TEHSB pada harga belian sehingga Rm10.60 bilion.

5.2.3. Pelaksanaan Perjanjian Jual Beli Saham

5.2.3.1. Perjanjian jual beli saham telah ditandatangani pada 2 Mac 2012 iaitu hari yang sama kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh untuk perlaburan ini. Harga belian yang dipersetujui dan dimeterai dalam perjanjian jual beli saham berjumlah RM8.50 bilion yang telah dkira berdasarkan harga enterprise value RM10.60 bilion ditolak dengan pinjaman dan tunai TEHSB berjumlah RM2.10 bilion.

5.2.3.2. 1MDB diberi tempoh selama enam minggu sehingga 16 April 2012 untuk mendapatkan pembiayaan, memenuhi condition precedent dalam perjanjian dan membuat bayaran yang mana sekiranya gagal 1MDB dikehendaki membayar break fee berjumlah RM100 juta yang dipersetujui semasa perjanjian ditandatangani.

5.2.3.3. Semasa mesyuarat Lembaga Pengarah pada 2 Mac 2012, Goldman Sachs telah memaklumkan bahawa Maybank pada awalnya hanya bersetuju untuk memberi pinjaman berjumlah RM6 bilion dengan syarat Kerajaan bersetuju memberi government support. Bagaimanapun, Maybank bersetuju membiayai perolehan TEHSB sehingga RM6.17 bilion, iaitu 72.6% daripada harga perolehan berjumlah RM8.50 bilion dengan syarat Tanjoong Public Limited Company (Tanjong) memberi Komitmen Tanjong sejumlah RM2 bilion. Pada 19 Mac 2012, Lembaga Pengarah 1MDB telah dimaklumkan bahawa Goldman Sachs telah mencadangkan kepada pihak bank agar diberi pengecualian terhadap syarat Komitmen Tanjong dan bersedia membayar kadar faedah kewangan yang lebih tinggi tetapi cadangan tersebut telah ditolak oleh pihak bank. Semakan JAN mendapati sokongan dalam bentuk Komitmen Tanjong daripada Tanjong berjumlah RM2 bilion ini masih diperlukan sungguhpun Maybank telah mengenakan sekuriti ke atas aset, saham, dividen, aliran tunai masa depan TEHSB serta jaminan korporat 1MDB. Jangkaan aliran tunai yang disertakan bersama permohonan pembiayaan kepada Maybank tidak dikemukakan untuk pengauditan bagi menilai kewajaran syarat Komitmen Tanjong yang dikenakan oleh Maybank Bhd.

Menurut maklum balas daripada 1MDB bertarikh 9 Disember 2015, keputusan institusi kewangan untuk memberi pinjaman tidak mencerminkan nilai sebenar pelaburan. Institusi kewangan tidak memberi pinjaman secara 100% atas harga belian dan memerlukan ‘credit enhancement’ atau sekuriti tambahan bergantung kepada keadaan. Juka tiada sekuriti tambahan, bank akan memberi pinjaman sehingga margin yang tertentu. Keputusan Maybank untuk meminjamkan RM6.17 bilion terikat kepada ‘Single Customer Limit’ seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kredit Bank.

5.2.3.4. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan mengenal Single Customer Limit seperti yang dinyatakan dalam maklum balas 1MDB kerana tiada dokumen sokongan dikemukakan kepada JAN.

5.2.3.5. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pada 19 Mac 2012, Goldman Sachs telah membentangkan cadangan struktur pembiayaan perolehan saham TEHSB yang akan dibiayai daripada bridging loan sebanyak RM6 bilion dan RM2.50 bilion daripada sebahagian hasil penerbitan Nota USD1.75 bilion. Pinjaman berjumlah RM6 bilion (70.6% dari harga belian) merupakan syndicated loan daripada dua pembiaya, iaitu Maybank Bhd. sejumlah RM4 bilion (47.1% dari harga belian) dan RHB Bank Bhd. sejumlah RM2 bilion ( 23.5% dari harga belian). Jumlah pinjaman tidak termasuk rizab faedah kewangan pertama berjumlah RM0.17 juta.

5.2.3.6. 1MDB telah membuat permohonan lanjutan masa sebanyak tiga kali daripada TPHSB dari tarikh asal pada 16 April 2012. Lanjutan masa ini antaranya disebabkan oleh rundingan pembiayaan dengan Maybank Bhd. yang belum selesai. Perolehan saham TEHSB telah dimuktamadkan dengan bayaran berjumlah RM8.50 bilion pada 22 Mei 2012.

5.2.3.7. Perolehan TEHSB telah diambil kira dalam penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2013. Semakan JAN terhadap penyata kewangan TPHSB, iaitu syarikat induk yang memiliki saham TEHSB bagi tahun berakhir 31 Januari 2013 mendapati THBSB mencatatkan keuntungan berjumlah RM7.96 bilion (iaitu 93.6% daripada balasan RM8.5 bilion). Keuntungan ini diperoleh selepas mengambil kira nilai buku pelaburan dalam subsidiari berjumlah RM450.99 juta dan kos berkaitan pelupusan tersebut berjumlah RM84.56 juta.

5.3. Perolehan Saham Mastika Lagenda Sdn. Bhd.

5.3.1. Latar Belakang

5.3.1.1. Pada 21 Jun 2012, Goldman Sachs memaklumkan dalam Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB bahawa adalah baik jika dapat nilai (value enhancement) sebelum Initial Public Offering (IPO) Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (TEHSB) melalui perolehan projek baru, pengembangan atau pembelian jana kuasa daripada pihak ketiga. Dalam mesyuarat yang sama,    Datuk Shahrol Azral juga memaklumkan bahawa pihak pengurusan 1MDB telah memulakan perbincangan dalaman mengenai loji jana kuasa milikan pihak ketiga yang berpotensi dibeli dan pemilik loji jana kuasa terlibat mungkin berminat menjualnya bagi mengelakkan risiko PPA mereka tidak disambung apabila PPA mereka tamat tempoh.

5.3.1.2. Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 25 Julai 2012 pula menyatakan selepas perolehan TEHSB, 1MDB mencari secara aktif peluang perolehan dalam industri jana kuasa tenaga bagi memperkukuhkan portfolio aset tenaganya.

5.3.2. Pelaksanaan Perolehan

5.3.2.1. Berdasarkan Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 25 Julai 2012, Genting Sanyen Kuala Langat Power Station merupakan loji jana kuasa 762MW gas fired combined cycle  terletak di Kompleks Industri Genting Sanyan di Kuala Langat, Selangor yang dicadang untuk perolehan. Loji ini mempunyai PPA dengan TNB pada tahun 1994  selama 21 tahun dan akan tamat pada tahun 2016. Loji ini merupakan loji jana kuasa pertama thermal dalam negara yang mempunyai bekalan air sendiri dan membekalkan stim kepada industri lain. Loji ini adalah loji pertama yang menggunakan wet cooling tower dengan konsep environmentally friendly hybrid cooling tower tanpa kelihatan kepulan asap. Loji ini juga merupakan salah satu loji paling efisien dalam negara, mempunyai pengurusan yang kukuh dengan aliran tunai tahunan berterusan dan tanpa hutang.

5.3.2.2. Mastika Lagenda Sdn. Bhd. dan Genting Sanyen (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah subsidiari dan sub-subsidiari Genting Berhad. Mastika Lagenda Sdn. Bhd. memiliki 75% ekuiti Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. yang memiliki loji stesen jana kuasa tenaga bebas Genting Sanyen Kuala angat Power Plant Station, 100% ekuiti Mastika Utilities & Services Sdn. Bhd. yang memiliki loji rawatan air dan 100% ekuiti Mastika Water Management Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat dorman. Manakala Genting Sanyen (Malaysia) Sdn. Bhd. memiliki tanah tapak loji jana kuasa dan loji rawatan air milikan Mastika Lagenda Sdn. Bhd. dan tanah kosong untuk pembangunan masa depan. Syarikat sasaran untuk pertimbangan perolehan ialah Mastika Lagenda Sdn. Bhd. dan Genting Sanyen (Malaysia) Sdn. Bhd. kedudukan struktur syarikat sasaran dalam Kumpulan Genting Berhad seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.03.03

5.3.2.3. Antara manfaat yang dinyatakan dalam Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB tersebut adalah seperti berikut:

  1. PPA tersebut akan tamat pada tahun 2016 dan 1MDB berpotensi untuk melanjutkan PPA berkenaan dengan terma yang menggalakkan (favourable terms). Seterusnya, ia mungkin dapat menambah baik aliran tunai jangka masa panjang hadapan bagi aset ini;
  2. Peningkatan kapasiti jana kuasa dan aliran yang kukuh akan merangsang daya tarikan bahagian tenaga 1MDB dalam pasaran modal dan meningkatkan keupayaannya untuk menarik pemberi pinjaman dan pelabur berpotensi;
  3. Projek ini akan memberi peluang kepadaa Kerajaan untuk menyatukan IPP dalam negara melalui 1MDB; dan
  4. Penyatuan IPP melalui 1MDB, subsdiari milikan penuh MKD, Kerajaan dapat melabur semula keuntungan yang diperoleh daripada syarikat sasaran dalam ekonomi atau melaksanakan projek sosial dengan kesan pengganda yang lebih tinggi dan manfaat kepada rakyat.

5.3.2.4. Pada 25 Julai 2012, Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB juga telah bersetuju untuk melantik perunding dan meluluskan bajet berjumlah RM19.30 juta bagi melaksanakan due diiligence untuk perolehan modal saham dan aset milik Genting Sanyen (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Mastika Lagenda Sdn. Bhd. yang terlibat dalam aktiviti perniagaan jana kuasa dan rawatan air. Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB yang sama juga memberi kuasa kepadaa pegurusan 1MDB memulakan rundingan perolehan tersebut tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB sebelum membuat sebarang komitmen. Senarai perunding dan bajet yang diluluskan adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.03.31

5.3.2.5. Pada 10 Ogos 2012, Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan harga agregat perolehan sehingga RM2.75 bilion bagi cadangan perolehan keseluruhan ekuiti Kumpulan Mastika Lagenda Sdn. Bhd. Resolusi ini juga menyatakan kaedah perolehan adalah serupa dengan kaedah perolehan TEHSB dan keseluruhan harga perolehan dibayar melalui pembiayaan hutang (debt financing). Seterusnya, resolusi tersebut memberi kelulusan untuk 1MDB dan/atau subsidiari milikan penuh 1MDB memperoleh kemudahan pembiayaan tidak melebihi RM1 bilion serta menerbitkan USD1.75 bilion 10-Year Structured Loan Notes (10-Year SLN) pada kadar 5.25% sehingga 5.99%.     Selain itu, pengurusan 1MDB juga diluluskan untuk berunding, meminda, memuktamadkan, meluluskan dan melaksanakan semua perkara dan dokumen berkaitan kemudahan pembiayaan dan 10-Year SLN selaras dengan niat dan tujuan resolusi.

5.3.2.6. Semakan JAN mendapati kelulusan perolehan keseluruhan ekuiti tersebut pada 10 Ogos 2012 hanya diberi melalui Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB adalah satu tindakan tidak wajar kerana tiada perbincangan secara terperinci mengenai pelaburan yang bernilai tinggi. Selain itu kertas cadangan pengurusan 1MDB yang disertakan bersama resolusi tersebut tidak mengandungi manegement assumptions dalam membuat keputusan antaranya seperti berikut:

  1. asas dan komponen penentuan harga perolehan/enterprise value sehingga RM2.75 bilion;
  2. sasaran pulangan daripada pelaburan dan keupayaan membayar kos pinjaman/pembiayaan serta prinsipal pinjaman dalam tempoh yang dijangka;
  3. huraian secara terperinci mengenai penggunaan lebihan penerimaan tunai dari pinjaman/kemudahan pembiayaan sindiket tidak melebihi RM1 bilion dan terbitan USD1.75 bilion 10-Year SLN  berbanding harga agregat perolehan sehingga RM2.75 bilion; dan
  4. implikasi tawaran “10-years call and swap option” kepada SPV Aabar, subsidiari IPIC terhadap IPO dan prestasi kewangan Kumpulan 1MDB secara keseluruhan.

5.3.2.7. Semakan JAN mendapati laporan/hasil penilaian aset, due diligence dan red flags yang disediakan oleh semua perunding yang dilantik tidak dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB sebelum meluluskan perolehan ekuiti Kumpulan Mastika Lagenda Sdn. Bhd. sungguhpun keperluan pembentangan laporan tersebut dinyatakan dalam resolusi bertarikh 25 Julai 2012. Didapati laporan yang disediakan oleh perunding perundangan adalah bertarikh 17 Ogos 2012, iaitu tujuh hari selepas kelulusan perolehan dan empat hari selepas perjanjian jual beli ditandatangani pada 13 Ogos 2012. Seterusnya didapati Presentation Materials to 1MDB yang disediakan oleh Goldman Sachs (Singapore) Pte. yang dikemukakan kepada JAN pada 16 Disember 2015 telah mengambil kira laporan due diligence yang disediakan oleh tiga perunding lain, iaitu perunding perundangan, perakaunan dan teknikal. Ini menunjukkan Presentation Materials to 1MDB Goldman Sachs juga disediakan selepas 1MDB menandatangani perjanjian jual beli berkenaan. Oleh itu, maklumat penting dalam Presentation Materias to 1MDB Goldman Sachs seperti proposed offer summary, proposed financing summary dan pertimbangan penilaian tidak dapat diambil kira oleh Lembaga Pengarah 1MDB dalam membuat keputusan perolehan bernilai tinggi ini. Tarikh laporan perunding adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.04.02

Menurut maklum balas daripada 1MDB pada 9 Disember 2015, Lembaga Pengarah 1MDB mengetahui tentang cadangan perolehan ini sebelum Resolusi Lembaga Pengarah dikeluarkan. 1MDB bukan sahaja mempunyai mesyuarat Lembaga Pengarah secara bulanan tetapi juga mesyuarat khas dan juga perbincangan secara tidak formal dari semasa ke semasa. Pihak pengurusan turut memaklumkan pada 15 Ogos 2012, Lembaga Pengarah dan pemegang saham telah diberi penerangan mengenai deal parameters., strategi untuk sektor tenaga dan tarikh akhir. Pihak Lembaga Pengarah tidak akan meluluskan resolusi bertarikh 10 Ogos 2012 sekiranya tidak bersetuju dengan deal parameters atau tidak berpuas hati dengan penerangan pihak pengurusan.

5.3.2.8. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan mengenai penerangan yang diberi pada 15 Ogos 2012, iaitu lima hari selepas meluluskan perolehan tersebut kerana tiada dokumen dikemukakan bagi mengesahkan perkara ini.

Menurut maklum balas daripada 1MDB, Goldman Sachs telah mencadangkan indicative valuation range bagi enterprise value daripada RM2.56 bilion hingga RM2.64 bilion. Penilaian adalah berdasarkan Discounted Cashflows Methodology (DCF) dengan andaian konservatif pelanjutan lima tahun. Pada 30 Julai 2012, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah meluluskan pelanutan selama 10 tahun. Pihak pengurusan telah melaksanakan semua transaksi seperti mana kelulusan Lembaga Pengarah.

5.3.2.9. Mengikut kiraan Goldman Sachs, enterprise value bagi perolehan keseluruhan ekuiti Mastika Lagenda Sdn. Bhd. dan tanah milik Genting Sanyen (Malaysia) Sdn. Bhd. berjumlah RM2.58 bilion. Nilaian ini adalah berdasarkan kadar WACC antara 4.75% hingga 5.25% dan julat DCF antara RM2.56 bilion hingga RM2.64 bilion dengan sejumlah RM1.16 bilion terminal value pada akhir tempoh konsesi.

5.3.2.10. Semakan JAN mendapati kadar WACC tersebut adalah lebih rendah daripada purata kos pinjaman sebanyak 5.81% untuk pinjaman RM700 juta (2% + kos dana pembiaya) dan Nota USD1.75 bilion (5.75%) yang dibayar 1MDB pada tahun kewangan 2013. Kadar WACC yang lebih rendah daripada kos pinjaman yang perlu ditanggung adalah merugikan 1MDB. JAN juga tidak dapat menilai kewajaran dan asas yang digunakan oleh Lembaga Pengarah 1MDB dalam membuat keputusan perolehan dan pembiayaan perolehan tersebut pada 10 Ogos 2012 kerana ketika itu 1MDB belum menerima Presentation Materials daripada Goldman Sachs. Selain itu, JAN tidak dapat mengesahkan kaedah pengiraan terminal value berjumlah RM1.16 bilion oleh Goldman Sachs kerana tidak diberi dokumen yang berkaitan. Terminal value bagi loji jana kuasa juga tidak sepatutnya diambil kira dalam kiraan enterprise value kerana aset tersebut tidak lagi bernilai pada akhir tempoh konsesi.

5.3.2.11 Semakan JAN juga mendapati perolehan keseluruhan ekuiti Kumpulan Mastika Lagenda Sdn. Bhd. dan tanah milikan Genting Sanyen (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan balasan tunai berjumlah RM2.34 bilion telah disempurnakan pada 22 Oktober 2012 dan diambil kira dalam penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2013. Semakan JAN terhadap penyata kewangan syarikat induk, iaitu Genting Bhd. bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 mendapati Kumpulan Genting Bhd. mencatatkan keuntungan berjumlah RM1.89 bilion (iaitu 80.8% daripada balasan RM2.34 bilion) hasil daripada pelupusan keseluruhan kepentingan Genting Bhd. tersebut. Bagaimanapun, maklumat nilai buku pelaburan bagi penjualan MLSB dan tanah tapak loji tidak dinyatakan dalam nota penyata kewangan Kumpulan Genting Bhd.

5.4. Perolehan Saham Syarikat Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd.

5.4.1. Latar Belakang Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd.

5.4.1.1. Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd. (JEV) merupakan syarikat IPP bagi stesen jana kuasa 2 x 700MW (kapasiti 1,400MW) berasaskan arang batu di Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri   Sembilan. Stesen jana kuasa ini dibangunkan atas tanah pajakan seluas 515 ekar daripada Jalur      Jernih Sdn. Bhd. (JJSB). Sebahagian daripada tanah tersebut seluas 257 ekar dipajak kecil kepada   Jimah East Power Sdn. Bhd. (JEP) bagi pembinaan stesen jana kuasa Projek 3B. Power Purchase Agreement (PPA) bagi JEV adalah selama 25 tahun, berakhir pada tahun 2033.

5.4.1.2. Ekuiti dalam JEV dipegang masing-masing 65% oleh Jimah Teknik Sdn. Bhd. (JT). 10% oleh Jimah O&M Sdn. Bhd. (JOM),  20% oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan baki 5% oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Struktur korporat JEV adalah seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.04.37

5.4.2. Pelaksanaan Perolehan

5.4.2.1. Cadangan perolehan pelaburan dalam Jimah O&M Sdn Bhd. (JOM) dan Jimah Teknik Sdn. Bhd. (JT) pertama kalinya dibincang pada tahun 2010. Pada 2 Februari 2010, Lembaga Pengarah 1MDB telah dimaklumkan oleh ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan 1MDB, Encik Nik Faisal Aril Kamil mengenai tawaran yang telah dibuat oleh Starnergy Sdn Bhd. untuk memperoleh syarikat IPP yang memiliki loji jana kuasa Jimah di Mukim Jimah, Port Dickson., Negeri Sembilan. Bagaimanapun, pelaburan ini tidak diteruskan apabila pihak Jimah tidak berhasrat menjual pegangan akuiti mereka pada ketika itu.

5.4.2.2. Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Encik Vincent Koh Beng Huat telah membentangkan sekali lagi cadangan perolehan keseluruhan pegangan ekuiti dalam JOM dan JT dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 4 Disember 2012. Lembaga Pengarah 1MDB telah bersetuju agar cadangan perolehan ini diteliti oleh perunding untuk melaksanakan due diligence berdasarkan nilai tambahnya (value added) kepada portfolio pelaburan sektor tenaga yang sedia ada seperti berikut:

  1. Loji jana kuasa ini masih baru dengan baki tempoh konsesi 21 tahun di bawah PPA yang akan berakhir pada tahun 2033;
  2. Aliran tunai syarikat juga adalah mampan;
  3. Loji jana kuasa ini boleh dimajukan kerana mempunyai infrastruktur bagi pengurusan arang batu;
  4. Syarikat mempunyai pengurusan yang berpengalaman dan kepakaran teknikal bagi membina dan menguruskan loji jana kuasa berasaskan arang batu. Kepakaran ini boleh dimanfaatkan oleh Kumpulan 1MDB untuk pengambilalihan loji ana kuasa sedia ada serta pembangunan projek atas tapak baru (greenfield project);
  5. Pengambilalihan ini akan membantu Kumpulan 1MDB dalam usaha untuk Penyenaraian Awam (IPO); dan
  6. Ia dapat mewujudkan platform bagi 1MDB membida kapasiti tenaga 3,000MW di bawah Track 3A dan Trak 3B (Projek 3A dan 3B) yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

5.4.2.3. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 20 Mei 2013, Goldman Sachs telah membentangkan laporan due diligence untuk cadangan perolehan loji jana kuasa Jimah. Bagi menentukan harga perolehan, Goldman Sachs telah menggunakan beberapa kaedah, iaitu DCF, Public Trading Comparables dan Precedent Transaction Analysis. Seterusnya, pihaknya menyatakan kaedah DCF adalah lebih sesuai digunakan kerana ia menilai jangkaan aliran tunai tahunan sepanjang baki tempoh konsesi dan kaedah ini lebih stabil berbanding kaedah lain. Terdapat dua kaedah pengiraan DCF dalam penentuan harga perolehan Kumpulan Jimah, iaitu menggunakan Weighted Average Cost of Capital (WACC) pada kadar 8% (kos ekuiti yang diambil kira adalah 11.7% dan kos pinjaman selepas cukai adalah 6.8%) dan kos ekuiti pada 12% atas margin operasi (operating margin). Pengiraan nilai perolehan melalui kaedah DCF dibuat berdasarkan jangkaan aliran tunai syarikat bagi baki tempoh konsesi selama 21 tahun. Perbandingan nilai perolehan menggunakan dua kaedah adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.05.07

5.4.2.4. Asas pemilihan yang digunakan oleh Goldman Sachs ialah jangkaan aliran tunai berdasarkan PPA, julat kos ekuiti antara 11% dan 13% serta anggaran zero terminal value. Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 20 Mei telah bersetuju dengan cadangan perolehan pada harga berjumlah RM1.225 bilion selepas mengambil kira nilai bersih pinjaman berjumlah RM485 juta.

5.4.3. Perjanjian Jual Beli

5.4.3.1. Pada 21 Jun 2013,  1MDB telah menandatangani Share Purchase Agreement dengan pemegang ekuiti, iaitu Jimah Teknik Sdn. Bhd. (JT) dan Jimah O&M Sdn. Bhd. (JOM). Menurut perjanjian tersebut, 1MDB perlu mendapatkan kemudahan pembiayaan bagi menampung harga perolehan yang dipersetujui dalam tempoh 90 har dari tarikh perjanjian ditandatangani. Syarikat juga dikehendaki menyediakan jaminan bank berjumlah RM2 juta mula dari tarikh perjanjian ditandatangani sehingga kesemua syarat perjanjian dipatuhi. Bagaimanapun, 1MDB teah diberi tempoh pelanjutan selama 90 hari menerusi Supplemental Share Purchase Agreement yang ditandatangani pada 20 November 2013.  Antara syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian adalah seperti berikut:

  1. Keperluan mendapatkan persetujuan daripada pembiaya, iaitu Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia menerusi perjanjian yang ditandatangani pada 20 April 2005 dan RHB Sakura Merchant Berhad menerusi perjanjian pinjaman bertarikh 15 Jun 2005.
  2. Keperluan mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang lain seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan EPU untuk meminda pemegang ekuiti bagi Power Purchase Agreement (PPA).
  3. Pindaan Article of Association (Jadual A dan Jadual 4 Akta Syarikat); dan
  4. Permohonan kepada Board of Engineers Malaysia bagi membatalkan Jimah Operation & Maintance Sdn. Bhd. daripada memberikan perkhidmatan konsultansi (engineering consultancy practices).

5.4.3.2. Perolehan JEV yang bernilai RM1.225 bilion dibiayai daripada ppinjaman Ambank berjumlah RM600 juta manakala bakinya RM625 juta merupakan pendahuluan daripada 1MDB. Bayaran muktamad kepada pemilik saham JEV, JT dan JOM telah disempurnakan pada 9 Januari 2014 selepas enam bulan perjanjian jual beli ditandatangani.

5.4.3.3. Semakan JAN mendapati harga perolehan saham JEV berjumlah RM1.225 bilion berdasarkan kos ekuiti pada 12% adalah lebih rendah berbanding kadar WACC pada 8%. Kaedah ini lebih menguntungkan 1MDB berbanding dengan kaedah perolehan TEHSB dan MLSB. Asas penentuan harga perolehan bagi ketiga-tiga syarikat IPP didapati tidak konsisten. Ini disebabkan kadar diskaun yang lebih rendah digunakan semasa pengiraan DCF bagi TEHSB berbandng kadar diskaun yang tinggi semasa perolehan JEV. Terminal value turut diambil kira semasa pengiraan DCF bagi TEHSB dan MLSB tetapi tidak diambil kira bagi JEV. Ini telah menyebabkan harga perolehan menjadi lebih tinggi bagi TEHSB dan MLSB berbanding JEV.

6. PERBEZAAN HARGA PEROLEHAN DENGAN NILAI ASET YANG DIAMBIL ALIH

6.1. Pendahuluan

6.1.1. Dalam konteks perakaunan, aset tak ketara (intangible asset) adalah aset yang tidak wujud secara fizikal tetapi boleh memberi faedah kewangan dan nilai tambah kepada sesebuah entiti antaranya seperti jenama (brand name), customer lotalty, tenaga kerja terlatih, paten, royalti, kontrak kerja atau kontrak perkhidmatan dan gooodwill on acquisition. Goodwill on acquisition mahupun aset tak ketara yang lain hanya akan wujud di dalam penyata kewangan sesebuah entiti apabila entiti tersebut membuat perolehan syarikat lain.

6.1.2. Pada tarikh pengambilalihan syarikat IPP, 1MDB perlu melaksanakan purchase price allocation untuk memadankan nilai asst dan liabiliti yang telah diambil alih bagi tujuan pengiraan goodwill on acquisition. Goodwill on acquisition adalah lebihan harga belian berbanding nilai bersih aset syarikat yang diambil alih. Nilai bersih aset syarikat adalah perbezaan antara jumlah aset dengan jumlah liabiliti yang direkodkan dalam penyata kewangan termasuk juga aset tidak ketara yang dikenal pasti semasa proses rundingan pembelian saham.

6.1.3. Semasa melaksanakan purchase price allocation bagi ketiga-tiga perolehan saham syarikat IPP pada tahun 2012 dan 2013, pihak pengurusan 1MDB telah mengenal pasti Service Concession (SC) sebagai aset tidak ketara. SC adalah nilai kontrak yang diperoleh daripada PPA yang ditandatangani di antara TNB dan syarikat IPP untuk menjana kapasiti bagi pengeluaran tenaga elektrik.

6.1.4. Berdasaran kertas kerja Tetuan Deloitte, SC telah dinilai berasaskan DCF yang akan diterima bagi tempoh mulai tarikh pengambilalihan sehingga ke tarikh tamat PPA sedia ada. Menurut penyata kewangan 1MDB pada 31 Mac 2014, nilai aset tak ketara keseluruhannya berjumlah RM8.56 bilion terdiri daripada SC berjumlah RM6.45 bilion dan goodwill berjumlah RM2.11 bilion. Butiran terperinci aset tak ketara 1MDB pada 31 Mac 203 dan 31 Mac 2014 adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-24 19.05.44

Screenshot 2016-07-25 08.28.33

6.2. Purchase Price Allocation

6.2.1. Nilai Bersih Aset

6.2.1.1. Pada tarikh perolehan, nila bersih aset yang diambil alih bagi ketiga-tiga IPP berjumlah RM1.835 bilion. Kumpulan TEHSB merekodkan nilai aset yang tertinggi, iaitu berjumlah RM2.565 bilion kerana melibatkan pembelian sembilan loji jana kuasa di empat buah negara berbanding hanya sebuah loji jana kuasa masing-masing bagi Kumpulan Mastika Lagenda dan Kumpulan Jimah.

6.2.1.2. Aset yang diambil alih oleh Kumpulan 1MDB melibatkan loji jana kuasa di Malaysia direkodkan sebagai Plant, Property & Equipment (PPE) berjumlah RM6.350 bilion manakala loji jana kuasa di Egypt dan Bangladesh telah diperakaunkan sebagai Lease Receiveables berjumlah RM1.462 bilion dan Service Concession Receivables berjumlah 3.477 bilion. Loji jana kuasa di Malaysia berkonsep Build Operate own (BOO) yang mana loji jana kuasa adalah milik pemegang konsesi. Selain itu, di Egypt ianya berkonsepkan Build Operate an Transfer (BOT), iaitu loji jana kuasa akan diserahkan semula kepada pihak berkuasa di Egypt. Di Bangladesh walaupun konsep pembinaan adalah BOO tetapi pembinaan loji jana kuasa telah dibuat atas tanah milik Kerajaan. Kaedah perolehan loji jana kuasa yang berlainan menyebabkan perbezaan dalam perekodan  aset.

6.2.1.3. Nilai liabliti yang tertinggi adalah pinjaman berjumlah RM9.18 bilion. Kumpulan Jimah merekodkan pinjaman tertinggi berjumlah RM5.723 bilion memandangkan loji jana kuasanya baru lima tahun beroperasi dan masih mempunya baki 20 tahun konsesi ketika pengambilalihan. Butiran terperinci aset dan liabiliti pada tarikh perolehan adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.29.15

6.2.2. Service Concession (SC)

6.2.2.1. Berdasarkan Nota Kepada Penyata Kewangan, nilai SC bagi perolehan ketiga-tiga IPP berjumlah RM7.447 bilion. Menurut kertas kerja Tetuan Deloitte, pengiraan nilai SC oleh pihak pengurusan adalah berdasarkan jangkaan aliran tunai yang akan diterima daripada loji jana kuasa dan syarikat Operation & Management (O&M) sepanjang baki tempoh konsesi. Bagi loji jana kuasa Kuala Langat, pihak pengurusan 1MDB menganggarkan jangkaan aliran tunai adalah selama 18 tahun. Bagaimanapun, semakan JAN mendapati baki tempoh konsesi sebenarnya adalah 14 tahun. Butiran terperinci kiraan SC daripada 11 loji jana kuasa dan syarikat O&M secara keseluruhan adalah seperti jadual-jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.29.50

Screenshot 2016-07-25 08.29.59

6.2.2.2. Berdasarkan pengiraan SC tersebut, semakan JAN mendapati harga perolehan yang dipersetujui oleh 1MDB telah mengambil kira foregone revenue pemilik asal syarikat IPP. Pada tarikh penjualan, pemilik asal syarikat IPP telah mendapat bayaran jangkaan aliran tunai untuk baki tempoh konsesi.

6.2.3. Goodwill On Acquisition

6.2.3.1. Goodwill on acquisition telah dikira berdasarkan perbezaan di antara harga belian dan nilai bersih aset termasuk SC. Nilai bersih aset adalah jumlah nilai buku kesemua aset ditolak dengan kesemua liabiliti yang direkodkan di dalam penyata kewangan syarikat yang diambil alih pada tarikh perolehan. Menurut Nota Kepada Penyata Kewangan 1MDB mulai tahun kewangan 2013, goodwill on acquisition yang dinyatakan adalah bagi tenaga kerja terlatih dan berpengalaman yang telah diambil alih. Butiran terperinci pengiraan goodwill on acquisition adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.30.51

6.2.4. Rosot Nilai Goodwill

6.2.4.1. Pada setiap akhir tahun kewangan, goodwill ini perlu dinilai oleh pihak pengurusan bagi menentukan sama ada aset yang telah dipermodalkan ini mampu menjana faedah kewangan kepada syarikat. Penilaian ini dikenali sebagai ujian rosot nilai (impairment test). Semasa melaksanakan ujian ini, pihak pengurusan perlu membuat kiraan recoverable amount dan carrying amount.

6.2.4.2. Recoverable amount adalah jangkaan aliran tunai yang akan diterima sepanjang tempoh hayat aset digunakan oleh syarikat untuk memberi faedah kepadanya. Manakala carrying amount ialah nilai bersih aset tersebut sebagaimana dinyatakan dalam penyata kewangan. Kedua-dua jumlah ini akan dibandingkan semasa membuat ujian rosot nilai setiap tahun. Sekiranya didapati recoverable amount melebihi carrying amount, maka nilai goodwill tdak perlu dirosot nilai. Bagaimanapun, jika sebaliknya berlaku di mana recoverable amount adalah kurang daripada carrying amount, maka perbezaan ini perlu dirosot nilai.

6.2.4.3. Berdasarkan ujian rosot nilai yang telah dilksanakan oleh pihak pengurusan 1MDB, goodwill on acquisition telah dirosot nilai sejumlah RM1.19 bilion pada akhir tahun kewangan 2013, iaitu dalam tempoh tahun pertama aset diambil alih. Ini menunjukkan Kumpulan 1MDB telah membayar harga perolehan yang melebihi nilai bersih aset tenaga. Bagaimanapun, pada tahun 2014 tiada rosot nilai dikenakan pada goodwill on acquisition. Berdasarkan andaian pihak pengurusan 1MDB, recoverable amount loji jana kuasa melebihi nilai carrying amount aset yang dinyatakan dalam penyata kewangan. Mengikut Penyata Kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2013 dan 31 Mac 20014, goodwill on acquisition dan rosot nilai seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.31.37

Menurut maklum balas 1MDB yang diterima pada 9 Disember 2015, harga perolehan aset tenaga berdasarkan discounted cash flow valuation yang dicadangkan oleh Goldman Sachs dan dirujuk silang dengan trading comparables dan precedent transaction valuation adalah munasabah (justified). Harga perolehan aset reflected the intrinsic value of control of the assets – net effective capasity of 5.594MW, perolehan kepakaran dalam industri tenaga, platform untuk membangunkan projek jana kuasa baru  di peringkat regional, synergy of assets, kepakaran untuk membangunkan dan operasi jana kuasa pelbagai sumber (arang batu, gas dan diesel) dan kepakaran untuk menguruskan pelbagai jenis loji (open cycle, combined cycle dan thermal). Rosot nilai terhadap goodwill on acquisition adalah tertakluk kepada piawaian perakaunan dan peraturan kewangan yang perlu dipatuhi. Bagaimanapun ia bukanlah satu-satunya kaedah untuk menilai perniagaan sektor tenaga. Impairment under the accounting rules cannot recognize the strategic nature of the business to the group in terms of achieving its strategic objectives.

6.2.4.4. Berdasarkan andaian yang disediakan oleh pihak pengurusan, Tetuan Deloitte telah menyemak pengiraan recoverable amount yang dibuat oleh pihak pengurusan. Recoverable amount telah dikira semula pada kadar WACC yang lebih prudent berjumlah RM10.88 bilion.

Screenshot 2016-07-25 08.32.09

6.2.4.5. Semakan JAN mendapati dalam penentuan recoverable amount, pihak pengurusan telah membuat andaian bahawa PPA akan dilanjutkan selama lima tahun selepas tamat tempoh PPA sedia ada. Bagaimanapun, semakan JAN mendapati andaian tersebut adalah kurang sesuai kerana lanjutan PPA tidak dibuat secara automatik. Pelanjutan tempoh konsesi telah dibuat secara tender terhad pada tahun 2012 selaras dengan dasar Kerajaan untuk mengawal tarif pada harga terendah berdasarkan penggunaan teknologi terkini yang lebih cekap dalam penjanaan kapasiti.

6.2.4.6. Berdasarkan simulasi JAN, sekiranya pelanjutan tempoh konsesi selama lima tahun tidak diambil kira, jangkaan aliran tunai akan berkurang sejumlah RM1.96 bilion. Kesannya akan mengurangkan nilai recoverable amount daripada RM10.88 bilion kepada RM8.92 bilion. Sekiranya sejumlah RM1.99 bilion rosot nilai dibuat terhadap goodwill on acquisition pada 31 Mac 2014, JAN mendapati goodwill on acquisition akan berkurang daripada RM2.11 bilion kepada RM120.68 juta seperti pengiraan jadual di bawah:

Screenshot 2016-07-25 08.32.34

6.2.4.7. Rosot nilai tersebut juga akan mengurangkan jumlah aset Kumpulan 1MDB sejumlah RM1.99 bilion daripada RM51.41 bilion kepada RM49.42 bilion. Total comprehensive income dengan keuntungan berjumlah RM50.54  juta akan turut berkurangan dengan sejumlah yang sama menjadikan kerugian tahun semasa berjumlah RM1.94 bilion. Kerugian ini adalah melebiihi jumlah modal saham dan rezab Kumpulan 1MDB berjumlah RM1.73 bilion.

6.2.5. Pelunasan Service Concession

6.2.5.1. Aset tak ketara seperti Service Concession (SC), dikategorikan sebagai aset yang mempunyai kontrak dan tempoh jangka hayat yang boleh dikira secara tepat. Oleh itu, aset ini perlu dilunaskan dan bukannya dirosot nilai. Bagi tujuan pelunasan SC, pihak pengurusan telah mengambil kira baki tempoh konsesi sebagai tempoh jangka hayat aset. Dengan itu, nilai SC akan berkurangan pada akhir setiap tahun kewangan. Berdasarkan penyata kewangan Kumpulan 1MDB, nilai SC pada 31 Mac 2013 dan 31 Mac 2014 masing-masing berjumlah RM5.6598 bilion dan RM6.451 bilion. Butiran terperinci SC dan pelunasan aset adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.33.04

7. PEMBIAYAAN SEKTOR TENAGA KUMPULAN 1MDB

7.1. Latar Belakang

7.1.1. Kumpulan 1MDB telah memperoleh tiga syarikat IPP, iaitu Kumpulan Tanjong dan Mastika Lagenda pada tahun 2012 dan kumpulan Jimah pada tahun 2014. Bagi membiayai perolehan tersebut, pada peringkat awal Kumpulan 1MDB telah mengambil enam pinjaman/pembiayaan berjumlah RM18.79 bilion. Di antara bulan Mei 2014 hingga Mac 2015, Kumpulan 1MDB telah mengambil enam pinjaan tambahan dan pendahuluan berjumlah RM13 bilion bagi membiayai semula pinjaman sedia ada dan penamatan opsyen. Daripada pinjaman/pembiayaan tersebut, sebanyak enam pinjaman dengan nilai prinsipal berjumlah RM13.34 bilion telah dilunaskan sehingga 31 Oktober 2015. Keseluruhan 12 pinjaman/pembiayaan berjumlah RM31.79 bilion berkaitan sektor tenaga yang diambil sehingga bulan Mac 2015 seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.33.42

7.1.2. Berdasarkan jadual di atas, keseluruhan pinjaman/pembiayaan/terbitan Nota USD adalah berjumlah RM31.79 bilion terdiri daripada 10 pinjaman berjumlah RM21.10 bilion dan dua terbitan Nota USD masing-masing berjumlah USD1.75 bilion bersamaan RM10.69 bilion. Sepuluh pinjaman/pembiayaan tersebut merangkumi tiga Syndicated Bridging Loan berjumlah RM12.37 bilion, lima term loan berjumlah RM7.15 bilion, satu Standby Credit berjumlah RM950 juta dan pendahuluan oleh 1MDB berjumlah RM625 juta.

7.2. Pinjaman RM21.10 Bilion

Perolehan sektor tenaga melibatkan enam pinjaman dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM) berjumlah RM14.55 bilion dan empat pinjaman dalam Dollar Amerika Syarikat (USD) berjumlah RM6.55 bilion (USD1.93 bilion). Antara maklumat lanjut mengenai pinjaman yang diambil adalah seperti berikut:

7.2.1. Syndicated Bridging Loan RM6.17 Bilion

7.2.1.1. Goldman Sachs sebagai perunding kewangan Kumpulan 1MDB bagi perolehan Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (TEHSB) telah mencadangan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 19 Mac 2012 supaya 1MDB membiayai perolehan berjumlah RM8.50 bilion melalui dua sumber, iaitu Syndicated Bridging Loan berjumlah RM6.17 bilion dan terbitan Nota USD1.75 bilion. Prinsipal Syndicated Bridging Loan ini akan dibayar balik melalui hasil terbitan sukuk/bon baru dan Tawaran Awam Permulaan (IPO).

7.2.1.2. Pada 5 Mac 2012, Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank Bhd.) telah mengeluarkan surat tawaran Syndicated Bridging Loan kepada 1MDB Energy Sdn. Bhd. (1MESB) berjumlah RM6.17 bilion bagi perolehan saham TEHSB. Lembaga Pengarah pada 19 Mac 2012 telah bersetuju dengan terma dan syarat pengambilan pinjaman serta memberi kuasa kepada Encik Shahrol Azral untuk berunding dan memuktamadkan perjanjian pinjaman tersebut.

7.2.1.3. Pada 17 Mei 2012, 1MESB telah menandatangani perjanjian Syndicated Bridging Loan sejumlah RM6.17 bilion dengan Maybank Bhd. dan RHB Bhd. Kadar faedah pinjaman ini ialah COF + 2.50% dan matang pada 23 November 2013. Selain itu, antara perjanjian penting yang ditandatangan oleh 1MESB pada 17 Mei 2012 adalah seperti berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.34.21

7.2.1.4. Antara syarat utama perjanjian Syndicated Bridging Loan adalah seperti berikut:

a. Peminjam boleh memohon pelanjutan bayaran balik pinjaman selama enam bulan dari tarikh bayaran balik setelah mendapat persetujuan pembiiaya.

b. Tanjong Plc. perlu medepositkan sejumlah RM1 bilion ke dalam akaun pembiaya sebagai cagaran(pledge).

c. 1MDB selaku penjamin korporat perlu menyediakan aku janji bertulis untuk memastikan 1MESB mendapatan pelanjutan PPA dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pinjaman dikeluarkan.

d. 1MDB perlu berusaha mendapatkan tawaran cadangan konsesi yang baru sebagai faktor nilai tambah kepada cadangan IPO dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pinjaman dikeluarkan. Cadangan konsesi baru ini merujuk kepada cadangan pelaksanaan IPP baru, yang perlu berkapasiti sekurang-kurangnya 2,000MW termasuk loji jana kuasa di bawah TEHSB yang diubah suai tertakluk kepada pertimbangan Suruhanjaya Tenaga(ST).

e. 1MDB perlu mendapatkan persetujuan Tanjong Plc. untuk membeli saham 1MESB bersamaan nilai RM2 bilion sekiranya IPO tidak dilaksanakan sehingga pinjaman matang. Sekiranya IPO dilaksanakan dan nilainya kurang dari RM2 bilion, Tanjong Plc. perlu menampung perbezaan tersebut. Syarat ini termaktub dalam Subscription Agreement dan dikenali sebagai Komitmen Tanjong.

f. 1MESB perlu mengeluarkan waran bagi 214.28 juta unit saham pada harga RM5.00 seunit sebagaimana ditetapkan di dalam Subscription Agreement.

g. 1MDB perlu mendepositkan sejumlah RM2.50 bilion ke dalam Revenue Account sebelum Syndicaated Bridging Loan ini dapat digunakan untuk membayar harga perolehan saham TEHSB berjumlah RM8.50 bilion.

7.2.1.5. Semakan JAN mendapat sehingga tarikh matang Sydicated Bridging Loan pada 21 November 2013, antara syarat perjanjian Syndicated Bridging Loan yang masih belum dipatuhi seperti berikut:

a. Gagal mendapatkan pelanjutan konsesi dan PPA bagi loji jana kuasa Powertek berkapasiti 440MW dalam tempoh 12 bulan. Perkara ini dimaklumkan setelah ST mengeluarkan senarai pembida yang berjaya pada bulan Oktober 2012.

b. Masih belum menerima apa-apa tawaran daripada ST berkaitan cadangan loji jana kuasa baru berkapasiti 2,000MW.

c. Gagal melaksanakan IPO dalam tempoh 18 bulan seperti yang dirancang bagi melunaskan pinjaman.

7.2.1.6. Sehubungan itu, 1MDB telah membuat permohonan kepada Maybank Bhd. pada 22 November 2013 untuk meminda syarat perjanjian asal bagi menangguhkan tempoh pembayaran selama enam bulan selaras dengan syarat perjanjian. Yuran yang dikenakan oleh Mayybank Bhd. berjumlah RM30.85 juta bersamaan dengan 0.5% daripada nilai prinsipal pinjaman. Bagaimanapun, kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB hanya diperoleh pada 13 Disember 2013 melalui resolusi, iaitu 21 hari selepas permohonan pelanjutan pinjaman dikemukakan.

7.2.1.7. Syndicated Bridging Loan masih berbaki RM5.50 bilion selepas 1MESB melunaskan sejumlah RM500 juta prinsipal pada 22 Mei 2014 dan sejumlah RM170 juta pada 14 Ogos 2014.

7.2.1.8. Semakan JAN mendapati 1MDB masih tidak mampu melunaskan pinjaman berjumlah RM5.50 bilion walaupun tarikh matang pinjaman ini telah dilanjutkan sehingga 22 Mei 2014. Lembaga Pengarah 1MDB melalui resolusi bertulis telah meluluskan pembiayaan semula pinjaman sejumlah RM5.50 bilion. Bagaimanapun, berdasarkan kertas kelulusan (Approval Paper) yang dilampirkan bersama resolusi ini, pihak pengurusan hanya mengemukakan maklumat latar belakang pinjaman secara umum dan cadangan pembiayaan semula oleh pihak bank. 1MDB juga perlu membayar kos tambahan kepada Tanjng Plc. berjumlah RM15 juta bagi pelanjutan Komitmen Tanjong.

7.2.2. Syndicated Bridging Loan RM5.50 Bilion

7.2.2.1. Syndicated Bridging Loan RM5.50 bilion daripada Maybank Bhd. terbahagi kepada dua Tranche, iaitu Tranche 1 berjumlah RM3.50 biilion yang perlu dibayar melalui 20 ansuran yang berakhir pada bulan Mei 2024 manakala Tranche 2 berjumlah RM2 bilion perlu dibayar tidak lewat daripada 30 November 2014.

7.2.2.2. Menurut syarat perjanjian bertarikh 22 Mei 2014, kaedah pembayaran bagi melunaskan pinjaman Tranche 2 dalah melalui hasil terbitan IPO dan/atau pelaksanaan Komitmen Tanjong. Sekiranya IPO tidak terlaksana, Maybank Bhd. boleh meminta Tanjng Plc. untuk membeli ekuiti dalam 1MESB (Komitmen Tanjong) bagi menampung jumlah yang masih terhutang seperti mana ditetapkan dalam Subscription Agreement yang baru bertarikh 7 Ogos 2014.

7.2.2.3. Memandangkan IPO masih belum terlaksana dan pinjaman hampir matang, pada 25 November 2014, pihak pengurusan 1MDB telah memaklumkan dalam Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB bahawa sekiranya Komitmen Tanjong dilaksanakan, Tanjong Plc. dijangka akan memiliki 70% ekuiti dalam PIHSB melalui langganan waran. Selain itu, mesyuarat turut dmaklumkan pihak pengurusan 1MDB telah mengadakan perbincangan dengan Maybank Bhd. untuk menlanjutkan tempoh masa bayaran balik Tranche 2. Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengarahkan Maybank Bhd. untuk merosot nilai pinjaman berjumlah RM2 bilion sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar balik mengikut tempoh dan ini akan menyebabkan cross default event. Lembaga Pengarah 1MDB telah menegur pihak pengurusan kerana tidak menyediakan dana bagi pembayaran balik pinjaman sedangkan penangguhan IPO telah diketahui enam bulan sebelum ini. Seterusnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan pihak pengurusan mengambil tindakan penyelesaian berikut:

a. Mendapatkan pinjaman baru daripada Ambank dengan Komitmen Tanjng sebagai jaminan;

b. Menebus pelaburan dalam dana Segregated Portfolio Company (SPC) di bawah Brazen Sky Ltd. Sebagai alternatif sekiranya gagal mendapat pinjaman baru;dan

c. Memohon pelanjutan tempoh bayaran bali daripada Maybank Bhd. tertakluk kepada kelulusan BNM.

7.2.2.4. Pihak pengurusan 1MDB dalam mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB pada 20 Disember 2014 telah memaklumkan bahawa SPC yang ditebus setakat ini berjumlah USD1.392 bilion telah digunakan untuk pembayaran penamatan opsyen kepada Aabar Ltd. dan keseluruhan pelaburan SPC berjumlah USD2.30 bilion telah diicagarkan kepada Deutsche Bank untuk pinjaman USD975 juta. Oleh itu, SPC tidak boleh ditebus bagi melunaskan Transche 2 Syndicated Bridging Loan. Lembaga Pengarah 1MDB telah menegur pihak pengurusan kerana tidak pernah memakluman mengenai cagaran tersebut ketika mengambil term loan berjumlah USD975 juta pada bulan September 2014. Ini menunjukkan pihak pengurusan telah mengingkari arahan Lembaga Pengarah 1MDB kerana masih mencagarkan pelaburan SPC kepada Deutsche Bank pada 1 September 2014 sedangkan arahan pengurusan SPC telah diberi sejak bulan Mei 2013. Pada 25 November 2014, pihak pengurusan masih belum mamaklumkan kedudukan penebusan SPC ketika Lembaga Pengarah 1MDB mencadangkan penebusan SPC sebagai penyelesaian bayaran balik Transche 2.

7.2.2.5. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 12 Januari 2015, Encik Arul kanda memaklumkan pinjaman Transche 2 telahpun dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015 oleh Maybank Bhd. setelah mengambil kira cagaran (pledge) dari Tanjong Plc. berjumlah RM1 bilion. Mesyuarat telah meluluskan pembayaran extension fee berjumlah RM3.34 juta yang dikenakan bagi tujuan tersebut. Dalam masa yang sama pihak pengurusan juga telah berunding dengan Tanjong Plc. mengenai pelaksanaan Komitment Tanjong. Bagaimanapun, runding tersebut tidak berjaya.

7.2.2.6. Menurut penjelasan yang diberikan oleh Encik Arul Kanda dalam mesyuarat PAC pada 1 Disember 2015, kelemahan dalam terma perjanjian yang tidak menetapkan tempoh masa untuk kedua-dua pihak bersetuju mengenai nilai ekuiti PIHSB telah menyebabkan Komitment Tanjoong tidak dapat dilaksanakan bagi melunaskan pinjaman Transche 2 pada 31 Januari 2015.

7.2.2.7. Berdasarkan kertas cadangan kepada resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 10 Februari 2015, Maybank Bhd. telah meluluskan sekali lagi pelanjutan (indulgence of time) sehingga 18 Februari 2015. Maybank Bhd. akan mengarahkan pinjaman tersebut dibayar dengan kadar segera (immediately due and payable) sekiranya Kumpulan 1MDB masih gagal melunaskan pinjaman pada tarikh matang. Sebagai penyelesaian yang paling optimal dengan mengambil kira pelaksanaan yang paling mudah dan cepat, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk 1MDB mengambil Term Loan Facility dalam USD capped at RM2 bilion daripada Tanjong Plc. atau subsidiarinya. Lembaga Pengarah telah bersetuju dengan pelaksanaan penyelesaan ini melalui resolusi bertarikh 10 Februari 2015.

7.2.3. Term Loan USD555.02 juta (capped at RM2 bilion)

7.2.3.1. Term Loan Facility Agreement USD555.02 juta (capped at RM2 bilion) antara 1MDB dengan Marstan Investment N.V Belanda(Marstan) yang telah ditandatangani pada 12 Februari 215. Kadar faedah bagi pinjaman ini adalah 8.5% setahun dengan bayaran faedah 2 kali setahun, bagi tempoh 15 bulan yang matang pada 12 Mei 2016. Terimaan pinjaman daripada Marstan melalui agen bank, iaitu RHB Bank Berhad telah digunakan bagi melunaskan pinjaman Transche 2 pada 13 Februari 2015. Pelunasan pinjaman yang telah dibayar bagi prinsipal adalah berjumlah RM2 bilion dan kos pinjaman berjumlah RM6.14 juta. Selain itu, Kumpulan 1MDB turut menanggung kos agensi berjumlah USD60 juta yang perlu dibayar kepada RHB Bank.

7.2.3.2. Encik Arul Kanda memaklumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 23 Februari 2015 bahawa pihak pengurusan sedang berunding dengan Tanjong untuk membatalkan Komitmen Tanjong selepas melunaskan pinjaman Transche 2. Beliau turut memaklumkan waran yang dipegang oleh Tanjong Plc. seperti dalam perjanjian tidak ditamatkan walaupun pinjaman ini telah dilunaskan. Semakan JAN mendapati selain daripada keuntungan penjualan aset TEHSB, Tanjong Plc. juga turut mendapat keuntungan daripada kenaan faedah yang tinggi, iaitu 8.5% terhadap term loan USD555.02 juta (capped at RM2 bilion) yang diberi kepada Kumpulan 1MDB.

7.2.4. Syndicated Bridging Loan RM700 Juta

7.2.4.1. Perolehan Kumpulan Mastika Lagenda yang berjumlah RM2.34 bilion dibiayai dengan Nota USD1.75 bilion dan pinjaman dalam negara yang telah diluluskan melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 9 Oktober 2012. Nota USD1.75 bilion telah diterbitkan terlebih dahulu pada 17 Oktober 2012, iaitu sebelum Perjanjian Syndicated Bridging Loan RM700 juta ditandatangani pada 6 November 2012. Syndicated Bridging Loan RM700 juta diambil oleh 1MDB Energy (Langat) Sdn. Bhd. (1MELSB) dan matang pada bulan Februari 2016.

7.2.4.2. Menurut Perjanjian Syndicated Bridging Loan RM700 juta, tujuan pinjaman antaranya adalah untuk “to part finance the acquisition, provided however that in the event the acquisition price has been fully settled by or on behallf of the borrower, proceeds from th facility shall be utilised to reimbursed the borrower subject to receipt of satisfactory documentary evidence by the facility agent, evidencing that the ordinary shares of Mastika Legenda acquired pursuant to the acquisition have been transferred into the name of the borrower.” Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan penggunaan sebenar Syndicated Bridging Loan RM700 juta.

7.2.5. Kemudahan Pinjaman Daripada Kerajaan Persekutuan (Standby Cedit) RM950 Juta

7.2.5.1. Sejumlah RM625.78 juta (65.9%) daripada Standby Credit berjumlah RM950 juta telah digunakan untuk bayaran balik prinsipal dan kos pinjaman bagi sektor tenaga Kumpulan 1MDB. Maklumat terperinci penggunaan pinjaman Standby Credit berjumlah RM950 juta adalah seperti dalam Jadual 6.5 dan Bab 6 Kedudukan Kewangan Kumpulan 1MDB.

7.2.6. Term Loan RM600 Juta Dan Pendahuluan Dari 1MDB RM625 Juta

7.2.6.1. Cadangan pembiayaan perolehan Kumpulan Jimah yang berjumlah RM1.225 bilion telah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 19 Ogos 2013. Mesyuarat juga telah meluluskan pembiayaan perolehan ini melalui Syndicated Term Loan Facility berjumlah RM700 juta dengan Ambank sebagai lead arranger. Bagaimanapun, Ambank hanya meluluskan pembiayaan Term Loan berjumlah RM600 juta bagi tempoh 15 bulan dan bukannya Syndicated Term Loan seperti yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB. Syarat tambahan pinjaman ini mengkehendaki 1MDB menyediakan Corporate Guarantee (CG) kepada 1MDB Energy (Jimah Sdn. Bhd. sebagai peminjam.

7.2.6.2. Pinjaman yang diambil masih tidak mencukupi bagi membiayai harga perolehan Kumpulan Jimah dan 1MDB telah memberi pendahuluan berjumlah RM625 juta sebagai dana tambahan. Pihak JAN difahamkan bahawa pendahuluan yang diberi adalah daripada dana disatukan Kumpulan 1MDB dan tiak dapat dikenal pasti sumber pinjaman yang digunakan.

7.2.7. Term Loan USD150 Juta

Berdasarkan minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 24 Mac 2015, Encik Arul Kanda memaklumkan sejumlah RM250 juta daripada term loan USD150 juta (RM557.40 juta) yang diperoleh pada bulan Mac 2015 daripada Export-Import Bank Berhad (EXIM) telah digunakan untuk membayar sebahagian prinsipal term loan RM600 juta daripada AmBank.

7.2.8. Analisis JAN mendapati Kumpulan 1MDB telah memperoleh pinjaman/pembiayaan jangka pendek antara 15 hingga 48 bulan bagi membiayai perolehan aset sektor tenaga yang bersifat jangka panjang. Oleh itu, pulangan yang dijana daripada aset jangka panjang adalah tidak mencukupi bagi melunaskan prinsipal dan kos pinjaman/pembiayaan yang matang. Selanjutnya, Kumpulan 1MDB terpaksa mengambil pinjama/pembiayaan baru di mana sebahagian besarnya telah digunakan untuk membayar balik pinjaman/pembiayaan jangka pendek yang matang. Didapati kesemua pinjaman baru yang diambil juga merupakan pinjaman jangka pendek yang matang antara 10 hingga 18 bulan.

7.3. Terbitan Nota USD3.50 Bilion

Pada tahun 2012, Kumpulan 1MDB telah menerbitkan dua Nota USD masing-masing berjumlah USD1.75 bilion bagi perolehan Kumpulan Tanjong dan Kumplan Mastika Lagenda. Penerbitan kedua-dua Nota USD1.75 bilion telah diluluskan tanpa jaminan Kerajaan. Nota USD1.75 bilion yang pertama diterbitkan untuk menampung harga perolehan Kumpulan Tanjong berjumlah RM8.50 bilion. Ia merupakan tambahan kepada Syndicated Bridging Loan berjumlah RM6.17 bilion yang masih tidak mencukupi.

7.3.1. Kelulusan Dan Penggunaan Terbitan Nota USD

7.3.1.1 Goldman Sachs telah membuat cadangan untuk membiayai perolehan saham TEHSB melalui terbitan Nota USD pada 19 Mac 2012 dan kaedah pembiayaan ini telahpun diluluskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB. Bagi perolehan seterusnya, iaitu perolehan saham Mastika Lagenda, kaedah pembiayaan yang sama digunapakai melibatkan penerbitan Nota USD dan telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB secara resolusi bertulis pada 10 Ogos 2012. Nota USD pertama diterbitkan oleh 1MDB Energy Limited (1MEL), manakala Nota USD kedua diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL). Butiran terperinci terma dan syarat terbitan Nota USD adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.36.10

7.3.1.2. Semakan JAN mendapati Lembaga Pengarah 1MDB pada 30 April 2012 telah meluluskan penerbitan Nota USD1.75 bilion beserta penyediaan dokumen yang berkaitan seperti Deed of Guarantee, Interguarantor Agreement,  Trust Deed, Arranger Agreement dan Agency Agreeent bagi perolehan Kumpulan Tanjong. Bagi penerbitan Nota USD yang kedua, penyediaan dokumen yang sama yelah diluluskan melalui resolusi oleh Lembaga Pengarah 1MDB pada 9 Oktober 2012 kecuali Interguarantor Agreement. Penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2013 dan 31 Mac 2014 ada menyatakan bahawa kedua-dua Nota USD tersebut dijamin oleh 1MDB dan IPIC. Bagaimanapun,, pihak JAN juga tidak dapat mengesahkan sama ada Deed of Guarantee bagi terbitan kedua-dua nota ada diisediakan sepertimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB pada mesyuarat bertarikh 30 April 2012 dan resolusi bertarikh 9 Oktober 2012.

7.3.1.3. Semakan JAN mendapati Kumppulan 1MDB telah menjual 100% ekuiti dalam 1MDB International Holdings Limted (BVI) (1MDB-IHL) pada bulan September 2012 dengan nilai tidak kurang darippada USD2.22 bilion kepada Bridge Partners International Investment Limited (Bridge Partners) ditubuhkan di BVI. Pada bulan Ogos 2012, Kumpulan 1MDB telah melantik perunding untuk melaksanakan due diligence bagi perolehan syarikat IPP kedua, iaitu Kumpulan Mastika Leganda. Memandangkan hasil daripada penjualan ekuiti diterima pada bulan September 2012, ianya boleh digunakan sebagai sumber dana perolehan Kumpulan Mastika Lagenda. Bagaimanapun, hasil penjualan ekuiti ini telah dilabur semula oleh syarikat pengurusan pelaburan berlesen. Semakan JAN juga mendapati Kumpulan 1MDB tidak merancang untuk menggunakan hasil pelupusan tersebut bagi membiayai perolehan tersebut.

Mengikut maklum balas daripada pengurusan 1MDB bertarikh 9 Disember 2015, Perjanjian Jual dan Beli untuk pelupusan PSOSL telah ditandatangani pada 12 September 2012. Bagaimanapun, pelupusan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan penjualan tidak dapat dilaksanaan dengan serta-merta. Pada masa yang sama 1MDB telah mempunyai Komitmen dengan perolehan Genting Sanyen berdasarkan perjanjian bertarikh 14 Ogos 2012 dengan tempoh muktamad yang telah ditetapkan. Bagi memastikan dana ini diterbitkan, keputusan seterusnya telah dibuat untuk meneruskan pembiayaan perolehan Gentiing Sanyen melalui terbitan Nota USD1.75 bilion pada 17 Oktober 20012. “In addition, keeping the proceeds from the disposal of PSOSL in USD provided a natural hedge agaisnt the company’s USD liabilities”.

7.3.1.4. Berdasarkan USD Information Memorandum, Nota USD pertama telah dilanggan oleh empat syarikat berkaitan Kumpulan Tanjong pada 18 Mei 2012 dengan jumlah USD650 juta. Analisis JAN mendapati selain daripada keuntungan atas penjualan IPP, Kumpulan Tanjong turut mendapat keuntungan langganan Nota USD melalui penerimaan Kupon pada kadar 5.99% daripada Kumpulan 1MDB. Butiran terperinci langganan terbitan Nota USD pertama adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.36.39

7.3.1.5. Pada mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 21 Jun 2012, Goldman Sachs telah memaklumkan penggunaan terimaan bersih sejumlah RM4.77 bilion (USD1.50 bilion) daripada Nota USD1.75 bilion yang pertama. Bagaimanapun, pihak pengurusan 1MDB tidak membentangkan kepada Lembaga Pengarah mengenai prestasi penggunaan Nota USD1.75 bilion yang kedua. Penggunaan terimaan bersih Nota USD1.75 bilion pertama adalah seperti jaduual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.37.00

7.3.2. Jaminan Nota USD1.75 Bilion

Terbitan dua Nota USD1.75 bilion bagi perolehan sektor tenaga Kumpulan 1MDB memerlukan penyediaan dokumen jaminan seperti Option Agreement, Collaboration Agreement for Credit Enhancement (Security Deposit) dan Interguarantor Agreement.

7.3.2.1. Option Agreement

a. Pada 19 Mac 2012 dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, Goldman Sachs telah membentangkan cadangan jaminan bagi terbitan Nota USD1.75 bilion pertama. Jaminan ini akan diberikan oleh IPIC dan sebagai balasannya, 1MEL akan menyediakan opsyen kepada Aabar Ltd. Opsyen ini telah diberikan kepada Aaba Ltd. atas bantuannya mendapatkan jaminan daripada IPIC. Opsyen ini memberi hak kepada Aabar Ltd., untuk memperoleh 49% ekuiti daripada nilai keseluruhan ekuiti dalam 1MESB brjumlah RM2.50 bilion pada harga RM1.225 bilion. Keadaan ini memberi kelebihan kepada Aabar Ltd. untuk memperoleh 49%  ekuiti pada satu harga yang tetap sekiranya nilai ekuiti 1MESB eningkat lebiih daripada RM2.50 bilion.

b. Pada 18 Mei 2012, Option Agreement telah ditandatangani antara 1MEL (Encik Shahrol Azral) dan Aabar Ltd. (Mohamed Badawy Al-Husseiny). Antara syarat dalam Option Agreement menyatakan sekiranya opsyen terlaksana, Aabar Ltd. bukan sahaja sebagai pemegang saham dalam 1MESB malahan wakilnya boleh dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah di dalam 1MESB. Sekiranya opsyen tidak terlaksana, Aabar Ltd. tetap mempunya wakil sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam 1MEL dan 1MESB. Kehadiran Aabar Ltd. sebagai wakil di dalam mesyuarat adalah diperlukan bagi melengkapkan korum mesyuarat. Bagaianapun, pihak JAN tidak dapat memastikan wakil daripada Aabar Ltd. yang telah dilantik sebagaimana yang dinyatakan dalam Option Agreement.

c. Seterusnya, bagi terbitan nota USD1.75 bilion kedua yang turut dijamin oleh IPIC, balasan yang sama telah diberikan kepada Aabar Ltd. Berdasarkan penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2013 dan kertas kerja juruaudit, opsyen yang diberi membolehkan Aabar Ltd. memperooleh 49% ekuiti pada harga RM862.40 juta. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan nilai keseluruhan ekuiti 1MELSB kerana Option Agreement bagi terbitan Nota USD yang kedua ini tidak dikemukakan untuk pengauditan.

c. Penerimaan opsyen daripada Kumpulan 1MDB ini telah dinyatakan dalam Nota kepada Penyata Kewangan IPIC bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan 2014.

7.3.2.2. Collaboration Agreement for Credit Enhancement

a. Menurut Nota 23(a) kepada Penyata Kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014, 1MDB telah menandatangani dua Collaboration Agreement dengan Aabar, iaitu subsidiari IPIC di mana IPIC telah bersetuju memberi jaminan kepada Nota USD berjumlah USD3.5 bilion dan refundable deposit dipegang sebagai cagaran untuk jaminan sebagai strategi untuk menyenaraikan aset tenaga.

b. Pihak JAN telah menerima dua Collaboration Agreement for Credit Enhancement bertarikh 21 Mei 2012 dan 19 Oktober 2012. Perjanjian pertama telah dibuat antara 1MEL dan Aabar Ltd. manakala perjanjian kedua adalah antara 1MDB Energy Holdings Ltd. (1MEHL) dan Aabar Ltd. Bagaimanapun, kedua-dua perjanjian tersebut yang dikemukakan kepada JAN adalah tidak lengkap.

c. Goldman Sachs dalaam mesyuarat Lembaga Pengarah pada 21 Jun 2012 telah mencadangkan credit enhancement diperlukan bagi menarik minat pelabur melanggan terbitan Nota USD memandangkan aset hartanah sedia ada Kumpulan 1MDB tidak boleh dibuat pledge untuk collateral. Bagaimanapun, Goldman Sachs tidak menyatakan secara terperinci pelaksanaan Credit Enhancement sebagaimana yang dinyatakannya.

d. Credit Enhancement adalah satu kaedah bagi sesebuah syarikat untuk menambah baik keupayaan kredit. Melalui Credit Enhancement, pembiaya yakin bahawa penerima jaminan akan melunaskan tanggungannya melalui peletakan cagaran. Menurut Klausa 2.2(a) Collabortion Agreement for Credit Enhancement, tujuan credit enhancement diberikan adalah seperti berikut:

“…such guarantee providing significant credit enhancement to 1MEL/1MELL from a non-related bond of significant equity-like risk profile as described in clause 2.1(d) above to a rated bond with similar to IPIC’s credit rating which will require payment of coupon at only single digit annual interest rates…”.

e. Collaboration Agreement for Credit Enhancement telah menetapkan 1MEL dan 1MELL memberikan opsyen kepada abar Ltd. dan membayar credit enhancement berbentuk tunai (sekuriti deposit) dalam tempoh tiga hari selepas terimaan kedua-dua Nota USD1.75 bilion sebagai balasan jaminan yang diperoleh daripada IPIC. Pengiraan jumlah tunai ini adalah berdasarkan present value daripada jumlah jaminan keseluruhan (USD1.75 bilion) dengan kadar faedah tahunan masing-masing sebanyak 2.80% dan 3.85% bagi tempoh 10 tahun sebagai cagaran. Kadar faedah tahunan yang dikenakan untuk terbitan Nota USD kedua sebanyak 3.85% adalah lebih tinggi berbanding terbitan Nota USD pertama kerana risiko jaminan keseluruhan IPC telah meningkat sehingga USD3.5  bilion.

f. Semakan JAN mendapati sekuriti deposit berjumlah USD1.367 bilion (RM4.468 bilion) ini telah dibayar oleh 1MEL dan 1MELL kepada Aabar Ltd. telah direkodkan sebagai sekuriti deposit di dalam penyata kewangan 1MEHL bagi tahun berakhir 31 Mac 2013 dan 2014. Bagamanapun, pembayaran sekuriti deposit ini telah dibuat tanpa kelulusan khusus Lembaga Pengarah. Bagi sekuriti deposit terbitan Nota USD pertama, tanggungan pembayaran telah dipindahkan ke 1MEHL kerana 1MEHL telah memperoleh saham 1MEL daripada 1MDB. In adalah berdasarkan perjanjian Assumption for Obligations Agreement bertarikh 1 November 2012, antara 1MEHL dan 1MEL. Butiran terperinci berkaitan pembayaran sekuriti deposit adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.38.12

g. Analisis JAN mendapati terimaan bersih Nota USD3.50 bilion berjumlah USD3.197 bilion (91.4%) telah digunakan dalam masa tiga hari untuk perolehan IPP berjumla USD1.495 bilion dan pembayaran sekuriti deposit berjumlah USD1.367 bilion. Baki terimaan bersih kedua-dua Nota USD yang boleh digunakan untuk kegunaan am korpora Kumplan 1MDB hanya berjumlah USD334.68 juta. Oleh itu, daripada sejumlah USD3.50 bilion, hanya USD1.830 bilion (52.3%) yang digunakan untuk pelaburan sektor tenaga dan kegunaan am korporat Kumpulan 1MDB. Butiran penggunaan terimaan bersih Nota USD3.50 bilion seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.38.36

h. Analisis JAN mendapati arranger fee terbitan Nota USD1.75 bilion pertama adalah 1% daripada nilai nominal Nota USD berjumlah USD17.5 juta. Manakala arranger fee bagi terbitan Nota USD1.75 bilion kedua pula berjumah USD110 juta daripada nilai bersih terbitannya adalah 6.3%. Arranger fee ini adalah lebih tinggi berbanding purata arranger fee bagi pasaran global di antara 0%-0.5% seperti mana yang dimaklumkan kepada JAN oleh mereka yang arif dalam pelaburan bon. Selain itu juga, Goldman Sachs turut menerima USD175 juta bagi terbitan Nota USD pertama sebagai fi komisen. Ini menunjukkan Goldman Sachs menerima sejumah USD302.50 juta (RM1 bilion) bersamaan 8.6% daripada keseluruhan jumlah terbitan Nota USD.

Menurut maklum balas 1MDB yang diterima pada 9 Disember 2015, perbelanjaan tinggi terbitan Nota USD adalah disebabkan faktor berikut:

  1. 1MDB mempunyai ekuiti yang sangat rendah iaitu sejumlah RM1 juta dan baru menceburi pasaran modal tanpa mempunyai catatan rekod kredit (no credit track record). Nota USD yang diterbitkan were fully underwritten which provides certainty of funding. Perbelanjaan tinggi yang dinyatakan termasuklah underwriting fee.
  2. Terbitan nota ini adalah penting sebagai Mezzanine Debt dan membantu struktur ekuiti 1MDB yang rendah. Pembiayaan Mezzanne Funding secara amnya mempunyai kos melebihi 10% secara tahunan, sedangkan dengan semua kos yang dinyatakan terbitan Nota USD ini dikira nota ini akan diterbitkan pada yield 6.62%-7.70%. Disebabkan faktor ini, Nota USD terbitan Kumpulan 1MDB boleh dianggap sebagai lebih murah berbanding Mezzanine Funding biasa.

i. Semakan JAN mendapati maklumat berkenaan penggunaan Nota USD terbitan pertama yang dibentangkan oleh Goldman Sachs dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 21 Jun 2012 adalah berbeza dengan analisis penggunaan Nota USD pertama oleh JAN. Ini bermaksud Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan tentang penggunaan sebenar terimaan Nota USD untuk membayar sekuriti deposit berjumlah USD576.94 juta sedangkan pembayaran telah dibuat dalam masa tiga hari selepas terimaannya.

j. Berdasarkan Klausa 2.4 bagi kedua-dua Collaboration Agreeent for Credit Enhancement, Aabar Ltd. hanya akan memulangkan sekuriti deposit kepada 1MEHL daripada tempoh 60 hari selepas syarat berikut dipenuhi:

Screenshot 2016-07-25 08.39.33

k. Berdasarkan Klausa 2.5, kedua-dua Collaborative Agreement for Credit Enhancement pula menyatakan:

“Aabar Ltd. shall be unconditionally entitled to retain, apply or deal with the credit enhancement collateral at its sole discretion and as it deems fit including but not limited to the payment of the interest and principal due under the 1MEL/1MELL Notes and in furtherance of the strategic collaboration between the parties herein, towards investments, projects or commercial transactions which enhances the value of the overall collaboration between the parties.”

l. Sehingga 31 Oktober 2015 IPO telah tidak dilaksanakan mengikut Klausa 2.4 Collaboration Agreement For Credit Enhancement. Bagaimanapun, pihak 1MDB telah mengesahkan bahawa sekuriti deposit ini masih belum dipulangkan oleh Aabar Ltd.

m. Mengikut minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 23 Februari 2015, Tetuan Deloitte telah mengesahkan security deposit berjumlah USD1.40 billion telah dibayar kepada Aabar pada tahun 2012. Tetuan Deloitte juga telah berkomunikasi dengan Ketua Pengarah Eksekutif Aabar, Mohamed Badawy Al-Husseiny yang telah mengesahkan terimaan sejumlah RM4.25 bilion (USD1.40 bilion) dan ia merupakan refundable deposit. Bagaimanapun refundable deposit ini tidak dinyatakan sebagai liabiliti dalam penyata kewangan Aabar. Menurut Tetuan Deloitte lagi, perkara ini adalah serius dan semakan terperinci perlu dibuat bagi memastikan jumlah ini telah diakaunkan oleh Aabar. Pihak JAN juga tidak dapat mengesahkan perekodan transaksi ini dalam penyata kewangan Aabar kerana dokumen tidak diperoleh. Semasa Mesyuarat PAC pada 1 Disember 2015, Encik Arul Kanda memaklumkan bahawa perkara yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan IPIC adalah di luar kawalan 1MDB.

Menurut maklum balas 1MDB yang diterima pada 9 Disember 2015, security deposit adalah diperlukan sebagai jaminan kepada Nota yang diterbitkan oleh 1MEL disebabkan perkara berikut:

  1. 1MDB hanya mempunyai ekuiti sejumlah RM1 juta. Disebabkan perkara ini 1MDB memerlukannya sebagai akses pasaran modal untuk membiayai perolehan. Dengan ekuiti yang rendah dan ketiadaan jaminan daripada Kerajaan Persekutuan, jaminan daripada IPIC membolehkan entiti yang mempunyai AA2 menyediakan bantuan kredit yang bersesuaian.
  2. Sekuriti deposit kekal sebagai aset kepada 1MDB. Kebiasaannya penjamin akan mengenakan caj fi jaminan sekurang-kurangnya 1% setiap tahun atau dalam terbitan Nota ini, hanya sejumlah USD17.50 juta menjadi perbelanjaan kepada syarikat. Dalam tempoh terbitan Nota USD ini, sejumlah USD17.50 juta akan menjadi perbelanjaan syarikat. Bagaimanapun, sekuriti deposit kekal sebagai aset 1MDB dan bukannya item perbelanjaan.
  1. Jaminan IPIC adalah untuk keseluruhan prinsipal Nota USD berjumlah USD3.50 bilion bagi 1MEL dan 1MELL. Jaminan IPIC merangkumi prinsipal dan faedah. Pendedahan IPIC terhadap faedah Nota USD adalah berjumlah USD200 juta setahun atau USD2 bilion bagi tempoh 10 tahun. Disebabkan ini, pendedahan IPIC untuk Nota Terbitan merangkumi jumlah prinsipal dan faedah berjumlah keseluruhannya USD5.50 bilion berbanding dengan 1MDB yang menyediakan deposit collateral berjumlah USD1.40 bilion atau 24% daripada pendedahan sejumlah USD5.50 bilion.

7.3.2.3. Interguarantor Agreement

a. IPIC dan 1MDB telah menandatangai satu lagi perjanjian yang dikenali sebagai Interguarantor Agreement pada 21 Mei 2012. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Encik Shahrol Azral bagi pihak 1MDB dan Khadem Al-Qubaisy bagi pihak IPIC, iaitu tiga hari selepas Option Agreement ditandatangani pada 18 Mei 2012.

b. Menurut syarat utama perjanjian ini, 1MDB perlu kekal dimiliki sepenuhnya oleh MKD. 1MDB juga hendaklah mendapatkan sokongan dan dana secukupnya daripada MKD untuk membayar balik kepada IPIC, sekiranya 1MDB gagal membayar kesemua kos, perbelanjaan dan semua tanggungan berkaitan nota ini. Sungguhpun jaminan telah diberikan oleh IPIC, 1MDB masih menanggung semua risiko sekiranya berlaku kegagalan membayar semua kos yang berkaitan pembiayaan Nota USD.

c. Pihak JAN juga tidak dapat mengesahkan sama ada Interguarantor Agreement ini turut disediakan bagi terbitan Nota USD1.75 bilion yang kedua pada 17 Oktober 2012. Di samping itu, syarat dalam Interguarantor Agreement tersebut adalah bertentangan dengan surat kelulusan daripada Menteri Kewangan bertarikh 26 Mac 212 dan 3 Ogos 2012 yang menyatakan bahawa terbitan kedua-dua Nota USD itu diluluskan tanpa jaminan Kerajaan.

d. Semakan JAN mendapati perjanjian tidak menyatakan secara langsung keperluan 1MDB atau syarikat subsidiarinya yang menerbitkan Nota USD untuk melaksanakan opsyen dan credit enhancement kepada Aabar Ltd. sebagai balasan terhadap jaminan yang diberikan oleh IPIC.

7.3.3. Penamatan Opsyen Aabar Limited

7.3.3.1. Lembaga Pengarah 1MDB melalui resolusinya pada 22 Mei 2014 telah meluluskan penamatan opsyen Aabar Investment PJS Group dan minority interest lain dengan berdasarkan arms-length basis. Keperluan penamatan adalah untuk melupuskan kepentingan minority interest iaitu hak Aabar Ltd. memperoleh 49% peratus ekuiti dalam 1MESB dan 49% ekuiti dala 1MELSB yang dicadangkan untuk IPO. Opsyen yang diberi kepada Aabar Ltd. akan mengurangkan nilai IPO dan pengurusan bercadang untuk membatalkannya.

7.3.3.2. Pada tarikh yang sama, pihak pengurusan telah menandatangani perjanjian penamatan opsyen yang dikenali sebagai Relating To Option Agreement (Settlement Agreement) antara Aabar Ltd. (Mohamed Badawy Al-Husseiny) dengan 1MEHL (Mohd Hazem). Aabar Ltd. bersetuju untuk menjual dan melepaskan haknya terhadap kepentingan dalam 1MEL sebagai pemegang ekuiti dalam 1MESB dan 1MELL yang memegang pegangan ekuiti dalam 1MELSB.

7.3.3.3. Menurut Settlement Agreement, Aabar Ltd. akan menyerahkan semula opsyen yang diberikan kepadanya. 1MEHL pula akan membayar kepada Aabar Ltd. assignment price dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh kelulusan IPO atau tarikh yang boleh dipersetujui oleh 1MDB. Penilaian opsyen adalah berdasarkan perkara berikut:

  1. Enterprise Value Kumpulan 1MDB Energy pada tarikh disenaraikan di IPO;
  2. Expected grouwth  Kumpulan 1MDB Energy dalam tempoh 8 tahun akan datang;
  3. Perbelanjaan ekuiti Kumpulan 1MDB Energy yang diperuntukkan kepada 1MDB; dan
  4. Semakan semula korporat, kawalan dan struktur modal serta post completion of all the proposals under the approved listing scheme di bawah Kumpulan 1MDB Energy.

7.3.3.4. Assignment price hendaklah dibayar kepada Aabar Ltd. melalui electronic transfer. Ia hendaklah dibayar secara berperingkkat seperti berikut:

  1. Refundable Deposit sejumlah USD300 juta dalam satu atau lebih tranche dan dibayar sepenuhnya pada 30 September 2014; dan
  2. Perbezaan jumlah antara assignment price dan refundable deposit (bayaran penuh) perlu dibuat dala temoh 45 hari selepas penyenaraian IPO Kumpulan 1MDB Energy.

7.3.3.5. Sekiranya Kumpulan 1MDB tidak berjaya disenaraikan sehingga 31 Disember 2015, Aabar Ltd. akan memulangkan refundable deposit berjumlah USD300 juta dalam tempoh 45 hari daripada 31 Disember 2015. Selain itu kedua-dua pihak juga perlu mencapai persetujuan mengembalikan hak Aabar Ltd. dalam pemilikan 49% ekuiti Kumpulan 1MDB Energy.

7.3.3.6. Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 4 November 2014, Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan 1MDB telah memaklumkan assignment price adalah antara USD868 juta hingga USD1.358 bilion manakala penilaian muktamad assignment price akan bergantung kepada penyenaraian IPO yang bakal dilaksanakan. Oleh yang demikian, beliau memaklumkan Aabar Ltd. bersetuju menerima sejumlah USD993 juta sebagai bayaran interim penamatan opsyen. Berdasarkan Kertas Kerja Audit, penilaian assignment price dibuat melalui penilaian dalaman Aabar bersama bank pelaburannya.

7.3.3.7. Selain itu, 1MDB juga telah bersetuju untuk membayar pampasan kepada Aabar bagi menamatkan opsyen tersebut pada harga yang dipersetujui berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh Settlement Agreement. Harga muktamad adalah berdasarkan penilaian akhir semua aset tenaga yang tersenarai dalam IPO. Tetuan Deloitte menyatakan bahawa proses perbincangan antara 1MDB dengan Aabar berkaitan post completion IPO belum dimuktamadkan dan anggaran jumlah bagi tujuan penamatan juga masih belum dapat ditentukan.

7.3.4. Term Loan USD250 Juta

7.3.4.1. Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan cadangan term loan sehingga USD300 juta diuruskan Deutsche Bank AG, Singapura melalui resolusi bertarikh 22 Mei 2014 bagi tujuan pembiayaan penamatan dua opsyen kepada Aabar Ltd. Bagaimanapun, selepas tarikh ini tiada perbincangan dibuat dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB berkaitan status dan prestasi penggunaan pinjaman. Pada 26 Mei 2014, 1MDB melalui resolusinya, 1MDB Energy Holdings Ltd. (1MEHL) telah menandatangani perjanjian term loan bersama Deutsche Bank AG, Singapura berjumlah USD250 juta. Menurut perjanjian, tujuan pinjaman adalah bagi kegunaan korporat Kumplan 1MDB sebagaimana dinyatakan dalam resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 23 Mei 2014. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan tujuan pinjaman yang dinyatakan seperti di Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 23 Mei 2014 kerana dokumen tersebut tidak dikemukakan kepada pihak JAN. Semakan JAN mendapat tiada pembentangan lanjut mengenai status penggunaan pinjaman di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah selepas kelulusan diberi untuk term loan tersebut.

7.3.4.2. Semakan JAN mendapati sejumlah USD250 juta telah dibayar kepada Aabar bagi tujuan penamatan opsyen berdasarkan pendedahan dalam Nota 41(e) Significant Events Subsequent to the End of the Reporting Period dalam Penyata Kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014. Nota ini menerangkan 1MEHL sebagai peminjam telah menerima pembiayaan Bridging Loan Facility dengan jumlah sehingga USD250 juta bagi tujuan membiayai “…the acquisition of options granted to Aabar and non-controlling interests which exist in certain subsidiaries in the Group which are involved in the Energy business”.

7.3.4.3. Semasa mesyuarat PAC pada 1 Disember 2015, Encik Arul Kanda telah memaklumkan sejumlah USD250 juta ini tidak digunakan bagi pembayaran penamatan opsyen kepada Aabar. Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan penggunaan sebenar pinjaman tersebut dan akan menyemak semula dengan pihak pengurusan 1MDB. Oleh itu, pihak JAN telah mengambil kira bahawa pinjaman tersebut digunakan untuk penamatan opsyen berdasarkan resolusi Lembaga Pengarah dan penyata kewangan Kumppulan 1MDB.

7.3.5. Term Loan USD975 juta

7.3.5.1. Pada 21 Ogos 2014 Lembaga Pengarah 1MDB melalui resolusinya dan pemegang saham telah meluluskan pengambilan term loan tambahan berjumlah USD975 juta daripada Deutsche Bank AG, Singapura bagi tujuan penamatan opsyen Aabar. Melalui resolusi ini juga, Kumpulan 1MDB perlu memastikan sekurang-kurangnya USD1 bilion free cash float disimpan di bawah akaunnya melalui penebusan dana SPC yang diuruskan oleh Brazen Sky dari 10 Disember 2014 dan ianya perlu kekal sehingga tempoh matang term loan atau term loan dilunaskan sepenuhnya. Jika syarat ini tidak dipatuhi, 1MDB perlu membuat membayar semula term loan tersebut.

7.3.5.2. Pihak JAN mendapati tujuan perjanjian term loan berjumlah USD975 juta yang ditandatangani antara 1MEHL dengan Deutsche Bank AG, Singapura pada 1 September 2014 telah dinyatakan secara spesifik bagi penamatan opsyen Aabar Ltd. berbanding perjanjian term loan USD250 juta. Tujuan term loan USD975 juta adalah seperti berikut:

  1. Pembiayaan semula pinjaman sedia ada Deutsche Bank AG, Singapura berjumlah USD250 juta;
  2. Financing the acquisition and cancellation of the call option granted by 1MELL in favour of Aabar Ltd. in respect of the shares in 1MELSB and the call option granted by 1MEL in favour of Aabar Ltd. in respect of shares in Powerteck in accordance with the terms of the Aabar Termination Agreement;
  3. Paying all fees, cost and expenses payable by any member of the Group under the Finance Documents; dan
  4. Funding the Debt Service Reserve Account (DSRA).

7.3.5.3. Menurut Klausa 2 Part II Conditions Subsequent, “ The Aabar Discharge Letter duly executed by the parties to it, to be provided within one business day of Utilisation Date”. Semakan JAN juga mendapati syarat Klausa 2 telah dipatuhi oleh Aabar Ltd. apabila discharge letter bertarikh 2 September 2014 daripada Aabar Ltd. yang ditandatangani oleh Mohamed Badawy Al-Husseiny telah dikemukakan kepada Deutsche Bank AG, Singapura, iaitu sebaik sahaja perjanjian dimeterai dan drawdown diterima pada 1 September 2014.

7.3.5.4. Encik Azmi telah memaklumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 20 Disember 2014 bahawa keseluruhan dana SPC berjumlah USD2.30 bilion telah dicagar pada term loan USD975 juta. Daripada jumlah pelaburan dana SPC, sejumlah USD1.392 bilion telah diitunaikan. Lembaga Pengarah 1MDB juga  dimaklumkan bahawa Deutsche Bank AG, Singapura telah memberi persetujuan membenarkan sejumlah USD993 juta digunakan untuk bayaran penamatan opsyen Aabar Ltd. daripada hasil penebusan dana SPC berjumlah USD1.392 bilion. Ini adalah selaras dengan ketetapan syarat Klausa 1 Part II Conditions Subsequent di perjanjian term loan USD975 juta. Manakala bakinya berjumlah USD399 juta telah digunakan untuk bayaran kos pembiayaan Nota USD. Sehubungan itu, Lembaga Pengarah 1MDB mohon diperincikan penggunaan term loan USD975 juta yang diambil sebelum ini bagi tujuan penamatan opsyen. Bagaimanapun, Encik Azmi tidak dapat menjelaskan pada mesyuarat ini sebaliknya akan memaklumkannya pada mesyuarat akan datang. Semakan JAN mendapati perkara ini masih belum dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB sehingga kini. Malah ketika mesyuarat PAC pada 1 Disember 2015, Encik Arul Kanda juga tidak dapat memaklumkan penggunaan sebenar term loan USD975 juta.

7.3.5.5. Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB menyatakan adalah tidak adil bagi Deutsche Bank AG, Singapura meminta cagaran sepenhnya dana SPC berjumlah USD2.30 bilion berbanding dengan nilai pinjaman yang hanya berjumlah USD975 juta. Pengerusi juga tidak berpuas hati kerana pihak pengurusan 1MDB tidak pernah memaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB mengenai perkara ini. Perkara ini dibangkitkan sekali lagi dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 23 Februari 2015 mengenai perkara berikut:

a. tidak dimaklumkan hasil penebusan SPC telah dicagar kepada Deutsche Bank;

b. tidak dimaklumkan bahawa penebusan SPC telah digunakan untuk penamatan opsyen kerana beranggapan bayaran penamatan opsyen akan dibuat melalui terimaan IPO;

c. tidak dimaklumkan amaun sebenar yang telah dibayar bagi penamatan opsyen Aabar dan hanya dimaklumkan selepas bayaran telah dibuat; dan

d. ada kalanya Lembaga Pengarah dikehendaki menandatangani resolusi bertulis tanpa penerangan terperinci atau memo penjelasan.

Menurut maklum balas 1MDB yang diterima pada 9 Disember 2015, pinjaman daripada Deutsche Bank diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada 21 Ogos 2014 yang mengandungi lampiran syarat utama pinjaman untuk memastika sejumlah USD1 bilion cash float dalam Brazen Sky pada bulan Disember 2014. Lembaga Pengarah menyedari syarat pinjaman ini. Pada masa yang sama proses IPO telah dijalankan dan dijangka akan dilaksanakan pada November 2014 bagi membolehkan syarikat membuat pembayaran balik kepada Deutsche Bank mengikut perancangan asal. Bagaimanapun disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan, IPO tidak dapat dilaksanakan pada bulan November 2014.

7.3.5.6. Semakan JAN mendapati menurut syarat Settlement Agreement, penamatan opsyen perlu dibayar sejumlah USD300 juta sahaja pada 30 September 2014 dan bakinya hanya perlu dibayar selepas 45 hari setelah IPO dilaksanakan. Bagaimanapun pihak pengurusan 1MDB telah membayar sejumlah USD993 juta melebihi daripada amaun yang ditetapkan tanpa merujuk dan mendapat kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB terlebih dahulu.

7.3.5.7. Berdasarkan resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 2 Jun 2015, pinjaman USD975 juta telah dilunaskan daripada cash payment IPIC  USD1 bilion. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar pelunasan dibuat dan butiran terperinci lain kerana maklumat lengkap tidak dikemukakan.

7.3.5.8. Analisis JAN mendapat Kumpulan 1MDB telah membuat bayaran penamatan opsyen berjumlah RM6.646 bilion (USD1.968 bilion) dengan mengambil dua pinjaman jangka pendek daripada Deutsche Bank AG, Singapra serta penebusan dana pelaburan SPC. Butiran terperinci mengenai sumber bayaran penamatan opsyen adalah seperti berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.41.57

7.3.5.9. Semakan JAN terhadap penyata kewangan IPIC bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 mendapati Kumpulan IPIC telah memeterai Agreement Relating to Option Agreement di mana Kumpulan IPIC telah assigned all of its rights under the Options Agreement kepada 1MDB dan subsidiarinya pada harga tetap. Sehingga 31 Disember 2014, 1MDB masih terhutang sejumlah USD481.33 juta kepada Kumpulan IPIC. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat memastikan butiran terperinci jumlah yang masih terhutang.

7.3.6. Transaksi Kumpulan 1MDB Dengan Aabar Investments PJS Limited

7.3.6.1. Berdasarkan semakan terhadap beberapa dokumen yang diterima daripada 1MDB seperti perjanjian yang dimeterai, surat daripada Aabar Investments PJS Limited (Aabar Ltd) kepada subsidiari 1MDB dan minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, pihak JAN mendapati terdapat dua syarikat dengan nama yang hampir sama berkaitan transaksi terbitan dua Nota USD. Dua syarikat tersebut ialah Aabar Investments PJS (Aabar) dan Aabar Investments PJS Limited (Aabar Ltd.). Aabar adalah subsidiari IPIC yang ditubuhkan di Abu Dhabi manakala Aabar Ltd. telah ditubuhkan di British Virgin Island (BVI) dengan alamat korporatnya juga di BVI. Semakan JAN terhadap penyata kewangan Kumpulan IPIC bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan 2014 mendapati hanya Aabar yang tersenarai sebagai subsidiari IPIC. 1MDB telah mengemukakan salinan Sijil Incumbency bagi Aabar Ltd. tetapi JAN tidak dapat mengesahkan dengan pihak berkuasa berkaitan.

7.3.6.2. Semakan JAN selanjutnya mendapati Kumpulan 1MDB telah menjalinkan hubungan perniagaan dengan Aabar Ltd. bermula pada tahun 2012 sehingga 2014. Semakan JAN mendapati semua surat atau dokumen Aabar Ltd. telah ditandatangani oleh Mohamed Badawy Al-Husseiney sebagai wakil kepada Aabar Ltd. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Aabar. Semakan JAN selanjutnya mendapati Aabar discharge letter yang ditandatangani oleh Mohamed Badawy Al-Husseiney telah menggunakan letter head Aabar dan bukannya Aabar Ltd. Ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada Lembaga Pengarah 1MDB, institusi kewangan dan Juruaudit ketika menimbangkan cadangan berkaitan sebarang transaksi yang melibatkan Aabar dan Aabar Ltd. Berikut merupakan dokumen-dokumen yang telah ditandatangani antara Kumpulan 1MDB dan Aabar Ltd.:

Screenshot 2016-07-25 08.42.28

8. PRESTASI KEWANGAN SEKTOR TENAGA

8.1. Pulangan Secara Keseluruhan

8.1.1. 1MDB menerusi pegangan ekuiti dalam syarikat IPP adalah pemilik atau pengusaha loji jana kuasa yang telah diberi konsesi atau lesen oleh off taker, iaitu Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab terhadap keperluan tenaga elektrik. Power Purchase Agreement (PPA) yang telah ditandatangani oleh pemegang lesen dan off taker mengandungi syarat berkaitan pengurusan loji secara teknikal dan terperinci serta kaedah dan formula pembayaran penjualan kapasiti dan tenaga. Berdasarkan penyata kewangan Kumpulan 1MDB, pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan dalam sektor tenaga terdiri daripada penjualan kapasiti dan tenaga. Selain itu, terdapat juga pendapatan daripada pajakan kewangan, iaitu hasil caj kapasiti daripada loji jana kuasa di bawah Kumpulan Powertek yang terletak di Bangladesh dan Egypt. Pendapatan daripada penjualan kapasiti dan tenaga serta pajakan kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013 dan 31 Mac 2014 masing-masing berjumah RM2.59 bilion dan RM3.87 bilion seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.43.01

8.1.2. Analisis JAN mendapati 94.3% daripada keseluruhan pendapatan Kumpulan 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 berjumlah RM6.85 bilion adalah daripada sektor tenaga. Pendapatan berjumlah RM6.46 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 telah diperoleh daripada loji jana kuasa di dalam dan luar negara yang dimiliki melalui tiga Kumpulan, iaitu Kumpulan Powertek (dahulu dikenali sebagai Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd.), Kumpulan Mastika Lagenda dan Kumpulan Jimah. Kumpulan Powertek telah menyumbang sebanyak 78.1% daripada pendapatan sektor tenaga. Pendapatan daripada luar negara menyumbang sebanyak 56.8% daripada keseluruhan pendapatan Kumpulan Powertek. Pendapatan bagi tahun kewangan 2013 dan 2014 bagi dalam dan luar negara untuk ketiga-tiga sarikat IPP adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.43.32

8.2. Analisis Pendapatan Dan Keuntungan Daripada Sektor Tenaga

8.2.1. Analisis JAN terhadap pendapatan dan keuntungan kasar dan bersih Kumpulan Powertek, Mastika Lagenda dan Jimah bagi tempoh dua hingga tiga tahun sebelum dan selepas perolehan mendapati kesemuanya telah mencatatkan keuntungan selepas cukai pada setiap tahun. Ini adalah kerana pendapatan daripada bayaran kapasiti dan bayaran tenaga adalah mencukupi untuk menampung kos operasi dan pembiayaan projek pembinaan loji ana kuasa seterusnya membolehkan syarikat mencatat keuntungan.

8.2.2. Bagi Kumpulan Powertek, operasi loji memberi pulangan yang stabil dan konsisten sebelum dan selepas perolehan. Kadar pulangan didapati semakin meningkat selepas perolehan dan telah merekodkan untung kasar antara 35% hingga 40% manakala untung bersih antara 22% hingga 26%. Tiada perubahan yang ketara pada penjanaan kapasiti dan tenaga dari loji jana kuasa. Ringkasan keuntungan dan kos pembiayaan Kumpulan Powertek adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.44.03

8.2.3. Kumpulan Mastika Lagenda (MLSB) telah merekodkan pendapatan dan keuntungan yang berkurangan selepas perolehan berbanding sebelumnya. Pendapatan dan keuntungan Kumplan MLSB selepas perolehan telah berkurangan secara mendadak sebanyak 86% daripada RM320.22 juta pada tahun kewangan 2013 (tempoh 15 bulan) kepada RM43.38 juta pada tahun kewangan 2014. Kumpulan MLSB juga telah menyelesaikan semua pinjaman yang berkaitan dengan pembinaan loji jana kuasa dan tiada lagi kos pembiayaan (project cost financing) yang perlu ditanggung. Ringkasan keuntungan Kumplan Mastika Lagenda adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.44.27

8.2.4. Pengurusan pendapatan adalah disebabkan oleh syarat yang telah dikenakan semasa bidaan terhad untuk pelanjutan tempoh konsesi yang ditawarkan kepada lima syarikat IPP Generasi Pertama. Pada bulan Mac 2012, kesemua syarikat tersebut termasuk dua yang kini di bawah Kumplan 1MDB, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (GSPSB) dan Powertek Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk mengurangkan kadar tarif komersial sedia ada (existing commercial rates) yang merupakan pre-requisite condition yang disyaratkan sebelum memasuki bidaan tender terhad. Menurut dokumen Request For Proposal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada 20 April 2012, syarikat dikehendaki memberi rebat tidak kurang dariada RM6/kW/bulan untuk tempoh minimum 48 bulan sebelum perjajian PPA sedia ada luput. Berdasarkan syarat tersebut, GSPSB pada bulan Februari 2013 telah bersetuju untuk menurunkan capacity rate financial daripada RM42.75/kW/bulan kepada RM12.29/kW/bulan berkuat kuasa mulai bulan Mac 2013. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (dikenali sebagai Kuala Langat Power Plant Sdn. Bhd. selepas perolehan) subsidiari di bawah Kumpulan MLSB, merupakan satu daripada dua syarikat IPP Generasi Pertama yang telah dipilih sebagai preferred bidder oleh ST pada bulan Oktober 2012.  Kuala Langat Power Plant Sdn. Bhd. (KLPPSB) telah diluluskan pelanjutan tempoh konsesi selaa 10 tahun yang mula berkuat kuasa pada 23 Februari 20016 sehingga 22 Februari 2026. Bagaimanapun, Powertek Sdn. Bhd. tidak berjaya dalam bidaan terhad untuk mendapatkan pelanjutan tempoh konsesi selama 10 tahun.

8.2.5. Pendapatan bagi Kumpulan Jimah didapati konsisten dengan kadar untung kasar antara 30% sehingga 34% bagi temppoh tahun 2012 sehingga 2015. Ini adalah kerana mulai tahun 2012 kaedah perakaunan pendapatan telah dibuat berdasarkan kepada amaun yang dibilkan berbanding sebelum ini menggunakan kaedah straight line method yang berlandaskan formula pengraan dalam PPA. Bagaimanapun, didapati kadar keuntungan bersih Kumpulan Jimah adalah yang paling rendah antara 0.5% hingga 4% berbanding Kumpulan Powertek antara 22% hingga 26% dan Kumpulan MLSB antara 8% hingga 31%. Antara sebab kadar keuntungan bersih yang kecil ini adalah loji jana kuasa masih di peringkat awal konsesi dan baru lima tahun beroperasi pada tahun perolehan. Kos pembiayaan projek yang tinggi merupakan penyumbang utama kepada penurunan kadar keuntungan bersih. Hasil analisis ini juga didapati konsisten dengan maklumat yang dikemukakan kepada pihak JAN, iaitu terdapat perbezaan antara PPA Generasi Keempat yang ditandatangani antara TNB dan Kumpulan Jimah dengan PPA Generasi Pertama antara TNB dan masing-masing dengan Kumpulan Powertek dan Kumpulan MLSB di mana kadar keuntungan kepada syarikat IPP semakin berkurangan. Ringkasan keuntungan dan kos pembiayaan Kumpulan Jimah adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.44.53

8.3. Analisis Kos Pembiayaan, Pinjaman dan Komitmen Yang Ditanggung

8.3.1. Analisis JAN mendapati Kumpulan 1MDB telah menggunakan 12 jenis pinjaman untuk perolehan syarikat IPP antara tahun kewangan 2013 hingga 2015. Daripada 12 pinjaman ini, lima pinjaman adalah untuk perolehan syarikat IPP, iaitu pinjaman masing-masing bagi perolehan saham syariat TEHSB dan MLSB serta satu pinjaman bagi perolehan saham Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd. (JEVSB). 1MDB telah memberi pendahuluan berjumlah RM625 juta kepada 1MDB Energy (Jimah) Sdn. Bhd. untuk membeli saham JEVSB dan satu pinjaman telah diambil bertujuan membatalkan opsyen kepada Aabar Ltd. Manakala lima pinjaman lain telah diambil bagi menggantikan pinjaman sedia ada.

8.3.2. Analisis JAN mendapati kos pinjaman dan pembiayaan yang telah dikenakan dalam tahun kewangan 2013 sehingga 2015 berkaitan pelaburan dalam sektor tenaga adalah berjumlah RM3.36 bilion. Bagaimanapun, angka ini tidak termasuk kos kewangan bagi empat pinjaman yang diambil selepas tahun kewangan 2014, iaitu Standby Credit, Exim Bank dan dua pinjaman Deutsche Bank. Kos pinjaman ini tidak dapat dianalisis kerana penyata kewangan 1MDB bagi tahun 2015 tidak dikemukakan. Perolehan saham Tanjong yang merupakan perolehan utama mencatatkan kos pinjaman tertinggi berjumlah RM2.38 bilion(71%) daripada keseluruhan kos pinjaman berjumlah RM3.36 bilion.

Screenshot 2016-07-25 08.45.29

8.3.3. Dua terbitan Nota USD masing-masing berjumlah USD1.75 bilion telah merekodkan kos pembiayaan tertinggi berjumlah RM1.192 bilion(57%) dalam tempoh tiga tahun. Butiran terperinci kos pinjaman dan pembiayaan yang telah diikenakan dalam tahun kewangan 2013 hingga 2015 adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.45.56

8.3.4 Analisis JAN terhadap komitmen pinjaman berkaitan pelaburan sektor tenaga mendapati sejumlah RM22.94 bilion diperlukan untuk membayar prinsipal pinjaman yang matang antara bulan Oktober 2015 hingga Mei 2024. Manakala kos pinjaman pembiayaan bagi tahun 2015 sehingga tarikh matang yang perlu dibayar berjumlah RM7.62 bilion. Setelah penjualan Kumplan Edra, 1MDB masih perlu menyediakan aliran tunai yang mencukupi untuk menjelaskan keseluruhan komitmen kewangan berjumlah RM30.56 bilion. Maklumat pinjaman, prinsipal dan kos pinjaman adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.46.21

8.4. Analisis Pemadanan (Matching) Hasil Dengan Kos Pinjaman

8.4.1. Sehingga bulan Oktober 2015, pelaburan dalam sektor tenaga telah dibiayai sepenuhnya daripada pinjaman dan terbitan Nota USD kerana hasrat untuk mendapatkan pembiayaan daripada IPO masih belum terlaksana. Oleh itu, bagi menilai pulangan sebenar yang diperoleh daripada pelaburan dalam sektor tenaga, JAN telah membandingkan keuntungan daripada Kumpulan Powertek, Mastika Lagenda dan Jimah dengan kos pinjaman/pembiayaan yang telah dikenakan bagi tahun kewangan 2013 sehingga 2015. Bagi tujuan tersebut, kos pembiayaan telah diambil daripada penyata kewangan syarikat subsidiari di bawah Kumpulan EDRA dan juga subsidiari di bawah syarikat induk 1MDB. Ini kerana terdapat juga pinjaman berkaitan pelaburan sektor tenaga yang telah diambil oleh syarikat induk dan syarikat yang ditubuhkan khas (SPV) di peringkat Kumpulan 1MDB dan tidak termasuk dalam Kumpulan EDRA seperti terbitan dua Nota USD, term loan Marstan, standby credit daripada Kerajaan Persekutuan dan term loan daripada EXIM Bank.

8.4.2. Hasil analisis JAN mendapati Kumpulan Powertek, Mastika Lagenda dan Jimah telah mencatatkan keuntungan selepas cukai. Bagaimanapun, sekiranya mengambil kira kos pinjaman yang ditanggung oleh 1MDB termasuk SPVnya, Kumpulan Powertek dan Mastika Lagenda akan mengalami kerugian. Bagi Kumpulan Jimah pula, oleh kerana tiada maklumat lengkap yang dikemukakan kepada JAN, analisis terhadap kedudukan kewangannya tidak dapat disahkan sepenuhnya. Butiran terperinci pemadanan hasil dengan kos pinjaman bagi perolehan dan pelaburan sektor tenaga mengikut Kumpulan Powertek, Mastika Lagenda dan Jimah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.46.59

8.4.3. Semakan JAN mendapati aktiviti syarikat IPP yang diambil alih oleh Kumpulan 1MDB adalah baik dan boleh menjana keuntungan. Ini kerana kos pembiayaan projek pembinaan loji jana kuasa dan kos operasian syarikat sepanjang tempoh konsesi dan margin keuntungan telah dijamin melalui rundingan tarif dengan Pihak Berkuasa yang berkaitan dan pengeluar bahan api sebelum PPA ditandatangani. Bagaimanapun bagi tahun kewangan 2013 hingga 2015, keuntungan selepas cukai berjumlah RM2.38 bilion tidak dapat menampung kos pinjaman dan pembiayaan berjumlah RM3.36 bilion selepas pengambilalihan aset tenaga.

9. PROJEK PEMBINAAN LOJI JANA KUASA BARU

Unjuran keperluan permintaan tenaga di Malaysia disediakan secara tahunan oleh Load Forecast Unit, Bahagian Perancangan, Tenag Nasional Berhad (TNB) dan juga Suruhanjaya Tenaga (ST). Unjuran yang disediakan mencecah kepada keperluan tenaga bagi 20 tahun ke hadapan merangkumi penjualan, permintaan dan penjanaan tenaga. Perancangan mengenai keperluan tenaga ini akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET). Selepas mendapat perakuan JPPPET, ia akan dibawa oleh Menteri ke mesyuarat yang lebih tinggi, iaitu Economic Council dan seterusnya Jemaah Menteri untuk pertimbangan bagi fasa pelaksanaan. Kerajaan perlu membuat keputusan mengenai keperluan pembinaan loji jana kuasa baru, jenis loji yang akan dibina baru sama ada berasaskan gas atau arang batu atau pelanjutan tempoh konsesi loji jana kuasa sedia ada. Faktor pertimbangan dalam keputusan Kerajaan ialah penyediaan tenaga elektrik kepada rakat pada harga yang paling cost-effective. 1MDB juga telah berusaha mendapatkan projek pembinaan loji jana kuasa baru seperti berikut:

9.1. Projek Loji Jana Kuasa 1,000 – 1,400MW Berasaskan Gas Di Prai

9.1.1. Pada 12 Januari 2012, 1MDB telah menyatakan hasrat untuk memasuki tender bagi Projek Pembinaan Loji Jana Kuasa Turbin Gas Kitaran Bersepadu (Combined Cycle Gas Turbine (CCGT) di Prai. Projek ini dilihat dapat memberi nilai tambah yang baik memandangkan pada masa yang sama syarikatt juga sedang menilai pelaburan dalam projek pembinaan terminal re-gasifikasi LNG dan juga pengambilalihan loji jana kuasa Kumpulan Tanjong. Kombinasi projek ini akan dapat memberi faedah dari segi kecekapan dan cost savings menerusi perkongsian sumber dari segi pengurusan dan spare part.

9.1.2. Pihak pengurusan telahpun mengadakan rundingan dengan beberapa rakan usaha sama yang berpotensi dan TNB serta berhasrat untuk mewujudkan satu konsortium bagi tender ini. Sehubungan itu, kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB melalui resolusi bertulis telah diperoleh pada 14 Februari 2012 bagi mengadakan Memorandum of Understanding (MOU) dengan Hyundai Engineering & Construction Co. Ltd. dan International Power Plc. di mana masing-masing akan bertindak sebagai kontraktor EPC dan kontraktor operasi dan penyenggaran (Operation & Maintenance).

9.1.3. 1MDB telah mengemukakan Pre-Qualification pada 20 Februari 2012 dan mendapat tawaran secara bersyarat untuk memasuki bidaan tender selepas penilaian Pre-Qualification. Bagaimanapun, pengumuman oleh Suruhanjaya Tenaga pada 9 Oktober 2012 telah memilih TNB untuk melaksanakan projek ini.

9.2. Projek Loji 2,000MW Berasaskan Arang Batu (Projekk 3B)

9.2.1. Latar Belakang Projek 3B

9.2.1.1. Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Encik Vincent Koh telah memaklumkan perancangan syarikat untuk membida Projek Trek 3 kapasiti tambahan 3,000MW di bawah Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 4 Disember 2012 semasa cadangan perolehan Kumpulan Jimah. Kapasiti 3,00MW ini dibahagikan kepada dua projek, iaitu 1,000MW bagi projek brownfield dan 2,000MW untuk projek greenfield. Brownfield project adalah projek jana kuasa atas tapak projek yang pernah dibangunkan manakala greenfield project merupakan projek yang dibangunkan atas tapak baru.

9.2.1.2. Lembaga Pengarah 1MDB melalui resolusi bertarikh 21 Januari 2013 bersetuju untuk menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) dengan Mitsui & Co. Ltd. (Mitsui) mengenai cadangan untuk joint submission of a bid for the development of 1,000MW coal-fired power plant to be commissioned in Oktober 2017 dan pelantikan perunding bagi skop kerja Projek 3A dan 3B. Semakan JAN mendapati MoU tersebut diganti dengan Joint Development Agreement (JVA) yang ditandatangani pada 29 Oktober 2013. Di bawah JVA tersebut, 1MDB dan Mitsui masing-masing bertanggungjawab dan bekerjasama terhadap bidaan dan pelaksanaa/pembangunan projek serta menyediakan semua keperluan projek.

9.2.1.3. Konsortium 1MDB-Mitsui telah menggunakan Jimah East Power Sdn. Bhd. (JEP) (dahulu dikenali sebagai Incremental Resources Sdn. Bhd.) sebagai project company bagi melaksanakan Projek 3B. 1MDB dan 3B Power (dimiliki sepenuhnya oleh Mitsui) masing-masing memegang ekuiti JEP sebanyak 70% dan 30%. Struktur pegangan ekuiti bagi Projek 3B adalah seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.47.50

9.2.2. Bidaan Projek 3B

9.2.2.1. Pada 18 Disember 2012,  ST telah membuka bidaan Request for Qualification (RFQ) bagi Projek 3B, satu projek greenfield dengan kapasiti 2 X 1,000MW berasakan arang batu. Projek 3B ini dilaksanakan secara konsesi Build-Own-Operate (BOO). Antara syarat yang ditetapkan bagi projek  ini adalah pemohon merupakan syarikat konsortium, mempunyai tanah yang bersesuaian dengan kapasiti tenaga yang akan dijana dan mempunyai kepakaran teknikal.

9.2.2.2. Sebanyak 30 syarikat telah membeli RFQ sehingga tarikh tutup pengapungan pada 4 Januari 2013. Daripadanya, sebanyak tujuh syarikat konsortium telah mengemukakan permohonan untuk menyertai pra-kelayakan berdasarkan syarat-syarat dalam dokumen RFQ. Pada 3 April 2013, ST telah mengumumkan sebanyak lima syarikat konsortium yang layak ke peringat Request For Proposal (RFP).

9.2.2.3. ST mengeluarkan RFP pada 23 April 2013 dan sebanyak empat syarikat konsortium telah menghadiri taklimat RFP pada tarikh yang sama. Kesemua syarikat konsortium tersebut mengemukakan cadangan sebelum atau pada tarikh tutup bidaan pada 30 Oktober 2013.

9.2.2.4. Pada 28 Februari 2014, ST telah mengumumkan konsortium 1MDB-Mitsui sebagai preferred bidder. Dalam surat ST kepada konsortium 1MDB-Mitsui bertarikh 5 Mac 2014, antara syarat pelantikan preferred bidder ialah memuktamadkan Perjanjian dengan Off Takers untuk Bottom Ash Projek 3B, Power Purchase Agreement (PPA) dengan Single-Buyer (TNB) dan Coal Supply Transportation Agreement (CSTA) dengan TNB Fuel & Services Sdn. Bhd. sebelum 31 Mac 2014. Bagaimanapun, tempoh ini telah dilanjutkan sehingga 31 Mei 2014 kerana masalah teknikal lintasan talian 500kV  yang lewat diselesaikan.

9.2.2.5. Seterusnya, letter of award dikeluarkan oleh ST kepada konsortium 1MDB-Mitsui pada 3 Jun 2014 dan letter of acceptance dikembalikan pada 5 Jun 2014.

9.2.3. Pelaksanaan Projek 3B

9.2.3.1. Konsortiu 1MDB-Mitsui akan mebangunkan Projek 3B di atas dua lot tanah seluas 257 ekar di Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan bersebelahan dengan tapak loji jana kuasa Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd. (JEV). Sebahagian besar tapak projek seluas 257 ekar merupakan laut yang akan ditambak (reclaimed land). Projek ini dijangka mula beroperasi pada bulan November 2018 dengan tempoh konsesi selama 25 tahun, iaitu sehingga tahun 2043. Gambar berikut menunjukkan lokasi Projek 3B:

Screenshot 2016-07-25 08.51.22

9.2.3.2. Tanah yang digunakan untuk pembangunan Projek 3B (kawasan dalam garisan merah seperti gambar di atas) merupakan tanah yang dimiliki oleh Jalur Jernih Sdn. Bhd. (JJSB), subsidiari Kumpulan 1MDB semasa perolehan Kumpulan Jimah pada 21 Jun 2013. Pada 28 Oktober 20013, JJSB dan JEP telah menandatangani Term Sheet yang mengandungi terma utama (salient term) penjualan tanah Projek 3B pada harga RM44 juta. Seterusnya, pada 13 Jun 2014, JJSB dan JEP menandatangani Perjanjian Jual Beli tanah tersebut. Pada 11 September 2014, JEP dan JJSB menandatangani Supplemental Agreement bagi membatalkan pajakan tanah projek 3B kepada JEV. Ini kerana tanah tersebut telah dipajakan kepada JEV sejak pembinaan loji jana kuasa JEV.

9.2.3.3. Pada 22 Julai 2014, JEP dan TNB menandatangani PPA bagi pembekalan tenaga berasaskan arang batu selama 25 tahun. PPA ini menetapkan JEP (Konsortium 1MDB-Mitsui) perlu mendapatkan pembiayaan bagi keseluruhan kos pembinaan projek ini pada 15 Oktober 2014 (financial closing date). Pada tarikh ini, ST memaklumkan bahawa permohonan JEP bertarikh 13 Oktober 2014 untuk melanjutkan financial closing date daripada 15 Oktober 2014 kepada 14 November 2014 diluluskan dengan syarat Commercial Operation Date (COD) tidak berubah.

9.2.3.4. Mesyuarat Khas 1MDB Energy Group Berhad (kini dikenali sebagai Edra Energy Global Berhad (Edra)) pada 10 November 2014 dimaklumkan bahawa pada 23 Oktober 2014, JEP entered into the Sukuk financing agreement and JEP was targeting financial close by 14 November 2014, and extention granted by ST. Minit Mesyurat Khas yang sama juga menyatakan JEP was not able to draw down from the Sukuk proceeds as planned due to non-meeting of the conditions precendents to the financial close. Encik Adzahar (Edra’s Board of Director) commented it was imperative to raise the RM2 bilion funds via injection via injection of capital or bridging loan as it was one of the conditions precedent for the drawdown of the Sukuk, which was to be utilised to fund the development of JEP.

9.2.3.5. PPA bertarikh 22 Julai 2014 menetapkan Occurance Financial Closing Date pada 15 April 2015 yang perlu dipatuhi oleh Konsortium. Semakan JAN mendapati COD telah dilanjutkan sehingga 15 Mei 2019 (Unit 1) dan 15 November 2019 (Unit 2). Financial closing date dan COD seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.51.47

9.2.3.6. Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB memaklumkan dalam Mesyurat Khas 1MDB pada 12 Januari 2015 bahawa Kumpulan 1MDB menghadapi masalah kewangan yang serius. Mitsui, the Group’s JV partner for Project 3B, had threatened to call an event default due to the Group’s inability to meet its equity contribution obligations.

9.2.3.7. Pada 4 Februari 2015, Encik Arul Kanda, Presiden Kumpulan 1MDB membentangkan Kertas Lembaga dan memaklumkan Mesyurat Lembaga Pengarah 1MDB antara lain punca kelewatan Projek 3B ialah masalah 1MDB/Edra Global Energy Berhad untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembinaan projek dan pembekalan pasir untuk aktiviti tambakan laut. Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan juga belum meluluskan permit pengorekan pasir dan pajakan tanah jeti dan tapak Projek 3B. Pada mesyurat yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Edra Global Energy Berhad (Edra), YBhg. Dato’ Ir. Mohd Nazri membentangkan tiga opsyen sama ada meneruskan projek, menamatkan projek atau menyerahkan projek kepada pihak ketiga bagi mengatasi masalah kewangan Projek 3B. Seterusnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah memperakukan keputusan Lembaga Pengarah Edra untuk berunding dengan TNB atau pihak ketiga bagi mengambil alih Projek 3B

9.2.3.8. Klausa 21.3 dan Appendix N, PPA menetapkan walk away events berlaku apabila salah satu syarat walk away events and dates seperti jadual berikut tidak dipatuhi:

Screenshot 2016-07-25 08.52.13

9.2.3.9. Pada 23 Februari 2015, Encik Arul Kanda memaklumkan Lembaga Pengarah 1MDB bahawa 1MDB dikehendaki membayar RM126 juta kepada Mitsui pada 12 Mac 2015 yang mana telah tertunggak sejak bulan Disember 2014 di bawah syarat perjanjian konsortium dengan Mitsui. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa TNB sedang melaksanakan due diligence atas cadangan pengambilalihan 70% ekuiti dalam JEP.

9.2.3.10. Pada 25 Februari 2015, 1MDB memohon kebenaran ST untuk menjual 70% pegangan ekuitinya dalam JEP kepada pelabur strategik. Seterusnya, Mesyurat Jemaah Menteri pada 29 Mei 2015 telah bersetuju TNB mengambil alih 70% kepentingan 1MDB dalam JEP. Pada 29 Jun 2015, ST memaklumkan kepada 1MDB, Mitsui dan TNB berkenaan kelulusan ini.

9.2.3.11. Mesyurat Lembaga Pengarah TNB pada 30 Jun 2015 meluluskan pembelian 70% pegangan ekuit dalam Jimah East Power (JEP) daripada Kumpulan 1MDB. Keputusan TNB dicapai setelah laporan due diligence, teknikal, perundangan dan kewangan secara terperinci telah dibuat oleh konsultan yang dilantik oleh TNB.

9.2.3.12. Pada 3 Julai 2015, TNB telah menandatangani Share Sale aand Purchase Agreement dengan 1MDB bagi penjualan 70% pegangan ekuiti 1MDB dalam JEP dengan balasan berjumlah RM46.98 juta. Pada 9 Julai 2015, TNB bersama Mitsui, 3B Power Sdn. Bhd. dan JEP telah menandatangani Shareholders Agreement. Seterusnya pada 26 Ogos 2015, TNB menandatangani Supplemental PPA dengan penetapan financial closing date pada 15 Oktober 2015 dan COD Unit 1 dan unit 2 masing-masing pada 15 Jun 2019 dan 15 Disember 2019. Perubahan struktur pengurusan konsortium selepas pelupusan JEP kepada TNB seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.52.399.2.3.13. Semakan JAN mendapati kerja di tapak telah diberhentikan pada bulan Februari 2015 dan disambung semula pada bulan Julai 2015 selepas pengambilalihan oleh TNB. Semasa lawatan JAN pada 12 Oktober 2015, tapak Projek 3B seluas 257 ekar telah siap ditambak bagi fasa pertama dan sedang dalam proses soil improvement. Bagaimanapun, sehingga tarikh lawatan, Notice to Proceed (NTP) masih belum dikeluarkan oleh JEP kepada kontraktor EPC. JEP hanya mengeluarkan Limited Notice to Proceed (LNTP). Gambar berikut menunjukkan kemajuan kerja di tapak projek tersebut:

Screenshot 2016-07-25 08.53.05

9.2.4. Kos Dan Pulangan Pelaburan Kumpulan 1MDB Dalam Projek 3B

9.2.4.1. Semakan JAN mendapati TNB telah membayar sejumlah RM46.98 juta (56.1%) daripada keseluruhan kos yang ditanggung oleh pihak 1MDB berjumlah RM83.68 juta pada 9 Julai 2015. Dengan itu, Kumpulan 1MDB menanggung kerugian berjumlah RM36.70 juta daripada pelupusan 70% pegangan ekuiti dalam JEP. Pecahan kos dan perbelanjaan Projek 3B yang telah dibayar oleh Kumpulan 1MDB adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.53.58

9.2.4.2. Pada 8 Julai 2015, JJSB dan JEP menandatangani Second Supplemental Agreement kepada Perjanjian Jual Beli Tanah bertarikh 13 Jun 2014. Klausa 4.1.5. dalam Second Supplemental Agreement menyatakan “The parties hereby agree that the Property shall be revalued by an independent valuer apppointed by JEV’s Financiers prior to the expiry of the Completion Period. In the event that the valuation of the Property is higher than Ringgit Malaysia Forty Four Million (RM44,000,000.00) (“Said Sum”), the purchaser shall pay the difference between the determined revaluation value and the Said Sum (“Adjusted Sum”). All costs and expenses in relation to the revaluation of the Property pursuant to this clause 4.1.5 shall be borne by the Purchaser.”

9.2.4.3. Semakan JAN mendapati pihak TNB telah melaksanakan penilaian semula seperti ketetapan klausa 4.1.5.  Penilaian tersebut dilaksanakan oleh Tetuan Burgess Ramsan yang dilantik oleh Maybank Trustees bagi pihak JEV. Nilai tanah yag diputuskan adalah RM42 juta, iaitu lebih rendah daripada nilai yang ditetapkan. Bagaimanapun, pihak TNB bersetuju untuk membayar pada nilai RM44 juta.

9.2.4.4. Kesimpulannya, Projek 3B yang dijangka dapat memberi pulangan kepada Kumpulan 1MDB telah menimbulkan kerugian berjumlah RM36.7 juta kerana Kumpulan 1MDB menghadapi masalah kewangan yang serius dan tidak berupaya memenuhi obligasi kewangannya.

9.3. Projek Loji Jana Kuasa 2,000MW Berasaskan Gas Di Alor Gajah

9.3.1. Latar Belakang

Pada 20 Ogos 2014, Jemaah Menteri telah bersetuju meluluskan pembinaan loji jana kuasa turbin gas kitaran bersepadu (Combined Cycle Gas Turbine (CCGT)) berkapasiti 2,000MW untuk memenuhi keperluan tenaga pada tahun 2021. Persetujuan juga telah diberikan secara rundingan terus kepada 1MDB. Pada 29 Ogos 2014, 1MB telah menerima Conditional Letter of Award (CLOA) bagi Development of A New Combined Cycle Power Plant daripada ST. Projek ini akan dilaksanakan     melalui konsortium antara 1MDB dan TNB. Selain daripada pembinaan loji jana kuasa, projek ini turut melibatkan pembinaan 85km double circuit 500kV transmission line bagi penyambungan litar dari tapak projek ke grid nasional di Bahau, Negeri Sembilan. ST hanya akan mengeluarkan Surat Tawaran (letter of award) kepada 1MDB, seleps kesemua syarat yang dtetapkan dalam CLOA dipatuhi.

9.3.2. Pelaksanaan Projek

9.3.2.1. Antara syarat yang ditetapkan bagi penawaran pembinaan projek loji jana kuasa CCGT di Alor Gajah secara rundingan terus dalam CLOA bertarikh 29 Ogos 2014 seperti berikut:

a. Surat setuju terima, feasibility study, bon komitmen berjumlah RM10 juta dan head of agreement perlu dikemukakan kepada ST dalam tempoh dua bulan dari tarikh surat CLOA.

b. Feasibility report tersebut perlu mengandungi maklumat berkaitan projek seperti struktur konsortium yang akan diwujudkan, peranan setiap syarikat dalam konsortium, tapak projek, luas tanah, faktor persekitaran, penilaian mengenai sistem transmission, pengesahan mengenai bekalan gas yang mencukupi serta infrastruktur berkaitan penyaluran gas ke tapak projek.

c. Pelantikan kontraktor Engineering Procurement Construction (EPC) perlu dibuat secara tender bagi memastikan penentuan harga di kalangan kontraktor EPC yang berpengalaman dan pengeluar gas turbin bertaulliah adalah lebih kompetitif.

d. Selepas pelantikan kontraktor EPC, syarikat perlu berunding bagi penyediaan technical specifications secara lebih terperinci dengan mengambil kira kaedah pembiayaan projek bagi penentuan tarif.

e. Memandangkan projek melibatkan pembinaan transmission line, syarikat dikehendaki berunding dengan Bahagian Transmission TNB, Petronas Gas Bhd. dan Kerajaan Negeri Melaka bagi membincangkan spesifikasi teknikal dan keperluan untuk interconnection facilities dan sistem gas delivery.

f. Selepas rundingan dengan kontraktor EPC dan pihak lain yang berkaitan, 1MDB perlu mengemukakan cadangan teknikal dan komersial yang lengkap termasuk cadangan kadar tarif kepada ST dalam tempoh empat bulan dari tarikh surat setuju terima ditandatangani. Cadangan yang dikemukakan adalah bagi tempoh 21 tahun dan memenuhi scheduled commercial operation date (SCOD) pada 1 Januari 2021.

g. Penetapan tarif bagi projek ini tidak melebihi tarif bagi Projek Prai, iaitu projek sepadan yang paling terkini dimuktamadkan melalui tender terbuka oleh ST dengan saiz dan komponen projek yang hampir serupa dan IRR bagi projek pada kadar 5.43% manakala IRR bagi ekuiti syarikat pada kadar 8.60%.

h. Sekiranya berjaya dan surat tawaran dikeluarkan, syarikat dikehendaki mengemukakan bon gantian berjumlah RM30 juta dan berusaha mendapatkan pembiayaan tidak lewat dari enam bulan selepas pengeluaran surat tawaran.

9.3.2.2. Semakan JAN mendapati 1MDB telah mengemukakan surat permohonan perubahan syarat terhadap CLOA pada 22 September 2014. ST telah meneliti permohonan dan mengemukakan ulasan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Selepas mendapat persetujuan di peringkat KeTTHA pada 7 Oktober 2014, ST telah memaklumkan kepada 1MDB mengenai perubahan syarat yang dipersetujui seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.56.00

9.3.2.3. Pada 9 Mac 2015, Edra Global Energy Sdn. Bhd., subsidiari 1MDB telah mengemukakan hasrat kepada Kerajaan untuk membangunkan projek ini secara sendiri (stand alone) tanpa penglibatan TNB. Isu ini telah dibincangkan dalam mesyuarat antara Edra dan TNB pada 18 Mac 215 di mana TNB telah menjangkakan tarikh sasaran mula kerja Line Transmission hanya boleh disiapkan sepenuhnya pada tahun 2023, melebihi 2 tahun daripada tahun 2021, iaitu tahun asal sepatutnya loji jana kuasa beroperasi. Pada 7 Ogos 2015, TNB telah memutuskan belum bersedia untuk meneruskan kerja Line Transmission. Pada 18 September 2015, ST telah memaklumkan kepada KeTTHA mengenai penarikan TNB dan kerja tersebut akan dilaksanakan oleh Edra dengan jaminan bank.

9.3.2.4. Pada 27 Mac 2015, Edra pula telah mengemukakan surat permohonan pelanjutan tempoh masa untuk mengemukakan dokumen seperti disyaratkan dalam CLOA selama 3 bulan lagi. Ini adalah kerana Edra memerlukan masa untuk membincang dan memuktamadkan Head of Agreement dengan TNB. Namum ST bagi pihak Kerajaan hanya memberi pelanjutan selama satu bulan, iaitu sehingga 29 April 2015. Sekali lagi pada 10 Julai 2015, Edra mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh kepada KeTTHA atas alasan urusan penstrukturan dalaman Edra ke arah penyenaraian daam Bursa Malaysia.

9.3.2.5. ST telah mengesyorkan pembatalan penawaran kontrak rundingan terus 1MDB tersebut kepada Menteri KeTTHA pada 26 Jun 2015. Keputusan ini dibuat kerana kelewatan dan kegagalan membentuk konsortium dengan TNB, mengemukakan head of agreement dan surat tawaran bersyarat dari institusi kewangan kerana berhasrat melaksanakan projek secara stand alone tanpa kerjasama dengan TNB. Bagaimanapun, pada 13 Ogos 2015 pihak KeTTHA telah meluluskan permohonan lanjutan masa yang dipohon. Pelanjutan masa kali terakhir ini diberi selama lapan bulan lagi sehingga 5 April 2016. Sehubungan itu, ST telah mengeluarkan sekali lagi surat kelulusan pelanjutan tempoh masa yang muktamad bagi mengemukakan cadangan teknikal dan komersial bagi projek pembinaan loji jana kuasa ini. Ianya termasuk Bank Support Letter bagi memastikan loji jana kuasa boleh beroperasi pada tahun 2021. Manakala bagi skop pengambilalihan tanah dan 85km transmission line dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Alor Gajah ke PMU Bahau, Technical and Commercial Proposal berserta Tranmission Works Agreement (TWA) perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 November 2015.

9.3.2.6. Semakan JAN mendapati 1MDB bukan sahaja membuat permohonan lanjutan masa sebanyak 2 kali bagi penyerahan dokumen feasibility report, bon jaminan, surat setuju terima dan head of agreement tetapi 1MDB juga sebenarnya tidak mematuhi tarikh baru yang ditetapkan. Penetapan dan pindaan tarikh penyerahan dokumen seperti yang disyaratkan serta pencapaian oleh 1MDB adalah seperti jadual dan carta berikut:

JADUAL 5.45

PENETAPAN DAN PINDAAN TARIKH SERTA PENCAPAIANNYA

Syarat pada CLOA

TARIKH BARU YANG DIPINDA

TARIKH KELULUSAN ST

TARIKH SEBENAR DIKEMUKAKAN OLEH 1MDB

ITEM

TARIKH ASAL

Kemukakan feasibility study

28.10.2014

29.03.2015

11.11.2014

27.03.2015

Surat setuju terima

28.10.2014

29.03.2015

11.11.2014

26.11.2014

Komitmen bon sejumlah RM10 million

28.10.2014

29.03.2015

11.11.2014

27.03.2015

TNB – Signed Acceptance

28.02.2015*

29.03.2015

11.11.2014

Tiada

Signed Head of Agreement

28.10.2014

29.03.2015

15.05.2015 (Ke-2)

05.04.2016 (Ke-3)

11.11.2014

10.04.2015

13.08.2015

TM

Cadangan Teknikal dan Komersial Projek serta Levelised Tariff

25.03.2015*

05.04.2016

13.08.2015

TM

Bank Support Letter

15.05.2015

15.05.2015

05.04.2016 (Ke-2)

13.08.2015

TM

Sumber: Dokumen dari Edra

Note: (*) Empat Bulan Selepas Surat Setuju Semula
TM – Tiada maklumat

9.3.2.7. Edra perlu juga mengemukakan Timeline pelaksanaan Projek Pembangunan Loji Jana kuasa CCGT 2,000MW di Alor Gajah, Melaka kepada ST. Semasa lawatan JAN ke tapak projek dan loji jana kuasa Powertek dan Panglima di Telok Gong pada 28 September 2015, pihak JAN dimaklumkan bahawa Edra sedang dalam proses pelaksanaan Competitive Tender for EPC. Pihak Edra juga telah membentangkan timeline pelaksanaan projek yang telah disediakan seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.57.129.3.2.8. Semakan JAN mendapati kelewatan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh ST akan menyebabkan pelaksanaan projek tersasar daripada tempoh yang ditetapkan pada 1 Januari 2021.  Malah, kelewatan dari pihak syarikat akan menjejaskan keperluan sumber tenaga pada tahun 2021 seperti mana yang telah diunjurkan oleh ST meliputi unjuran penjualan, permintaan dan penjanaan tenaga. Berdasarkan keadaan kewangan Kumpulan 1MDB, projek ini hanya akan dapat dijayakan sekiranya menerima suntikan modal sama ada daripada rakan usaha sama atau pelabur yang berminat.

9.4. Perolehan Tanah di Telok Gong, Alor Gajah, Melaka

9.4.1. Semasa taklimat penjualan aset tenaga Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB), 1MDB telahpun dimaklumkan TEHSB sedang berunding dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk membeli tanah bersebelahan tapak loji jana kuasa sedia ada di Telok Gong 1 dan Telok Gong 2 bagi tujuan peningkatan pengeluaran kapasiti tenaga (expansion project).

9.4.2. Pihak JAN turut mendapati terma perjanjian pinjaman bagi perolehan saham TEHSB dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) melibatkan juga cadangan expansion project ini. Dalam perjanjian yang ditandatangani pada 17 Mei 2012 Maybank telah mensyaratkan 1MDB untuk mengemukakan akujanji bahawa pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan pelanjutan tempoh konsesi bagi loji jana kuasa sedia ada, iaitu Powertek Bhd., Pahlawan Power Sdn. Bhd. dan Panglima Power Sdn. Bhd. 1MDB juga perlu mendapatkan penganugerahan projek cadangan perjanjian konsesi baru bagi loji jana kuasa 2,000MW sebagai value enhancement factors ke arah cadangan penyenaraian awam (IPO).

9.4.3. Berdasarkan syarat khas yang ditetapkan oleh pihak Maybank, 1MDB gagal mendapatkan penganugerahan projek konsesi baru bagi loji jana kuasa 2,000MW dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pinjaman dikeluarkan yang berakhir pada bulan November 2013.  Pihak pengurusan sepatutnya membuat perancangan yang teliti sebelum bersetuju dengan terma perjanjian pinjaman mengenai syarat yang tidak realistik memandangkan proses penganugerahan projek baru oleh Kerajaan tidak boleh dibuat dalam kadar segera terutamanya proses perolehan melibatkan tender.

9.4.4. Sehubungan itu, 1MDB telah mengambil tindakan lanjut terhadap cadangan expansion project dengan meneruskan rundingan pembelian tanah selepas pengambililihan saham syarikat TEHSB. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 15 Oktober 2012, kelulusan diberii untuk perolehan tanah di Telok Gong. Seterusnya kelulusan Special Rights Redeemable Preference Shareholder (MKD) melalui Ordinary Resolution juga telah diperoleh pada 16 Oktober 2012.

9.4.5. Perjanjian jual beli antara 1MDB dan PKNM telah ditandatangani pada 17 Oktober 2012 untuk perolehan dua lot tanah di Mukim Sungai Baru Ilir, Telok Gong,  Alor Gajah, Melaka pada harga keseluruhan berjumlah RM34.85 juta. Lokasi tanah adalah bersebelahan dengan loji jana kuasa Powertek dan Panglima seperti gambar berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.57.57

9.4.6. Semakan JAN mendapati 1MDB telah membayar non-refundable commitment fee berjumlah RM0.20 juta. 1MDB juga telah membayar 10% daripada kos perolehan berjumlah RM3.49 juta pada 17 Oktober 2012 manakala pembayaran 90% atau RM31.36 juta telah dibayar pada 18 November 2014. Selain itu, 1MDB juga telah membayar premium tanah berjumlah RM4.45 juta kepada Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah pada 9 Mei 2013 sebagaimana dipersetujui dalam klausa 8 Perjanjian Jual Beli.

9.5 Projek Loji Jana Kuasa Berasakan Solar 50MW Di Kedah

9.5.1. Latar Belakang Projek Solar

9.5.1.1. National Renewable Energy Policy & Action Plan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) pada 17 November 2008 antaranya menyasarkan pada tahun 2020, sebanyak 10% daripada kapasiti jana kuasa negara diperoleh daripada sumber tenaga boleh baharu (renewable energy).

9.5.1.2. Hasil pro-kajian kebolehlaksanaan oleh Fitchner menunjukkan Malaysia mempunyai kawasan yang luas dan sesuai dilaksanakan projek jana kuasa solar kerana mendapat tahap penyinaran yang baik. Bagaimanapun, satu unit loji jana kuasa solar berkapasiti 1,000MW adalah tidak sesuai dibangunkan tetapi lebih sesuai dilaksanakan secara berperingkat dengan kapasiti kecil. Tenaga elektrik yang dijana oleh jana kuasa solar juga tidak dapat disimpan dan kajian mengenai kesan peningkatan tenaga tersebut kepada load flow pada grid nasional perlu dijalankan.

9.5.2. Pelaksanaan Projek Solar

9.5.2.1. Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 19 Ogos 2013, pengurusan 1MDB membentangkan Cadangan Pembangunan Loji Jana Kuasa Solar Fotovoltaik dengan kapasiti agregat 1,000MW di pelbagai tapak di Semenanjung Malaysia dilaksanakan secara usaha sama antara 1MDB dan DuSable Capital Management, LLC (DuSable) yang diperbadankan di Washington DC, Amerika Syarikat. Kos projek tersebut termasuk kos tanah dan kemudahan transmisi dianggarkan berjumlah USD2.7 billion dan tempoh bayaran balik (pay back period) hanya dapat ditentukan selepas financial modelling selesai.

9.5.2.2. Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada tarikh tersebut antaranya telah meluluskan pelantikan perunding dan anggaran fi berkaitan dan memberi kuasa kepada pengurusan 1MDB untuk memulakan rundingan mengenai projek ini. Kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB diperlukan sebelum membuat sebarang komitmen serta pengurusan 1MDB perlu memastikan dokumen perjanjian dengan DuSable mempunyai exit clause sekiranya didapati projek unfeasible dan tidak meneruskan projek kelak.

9.5.2.3. Pada 11 November 2013, Pengurusan 1MDB memaklumkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bahawa Cadangan Projek Solar telah dibentangkan kepada Majlis Ekonomi dan pihaknya sedang mengkaji tapak berpotensi bagi membuat anggaran kos transmisi.

9.5.2.4. Pada 18 Mac 2014, KeTTHA memaklumkan kepada 1MDB bahawa Kerajaan telah bersetuju secara prinsip untuk meluluskan Cadangan Projek Jana Kuasa Tenaga Solar Fotovoltaik 500MW oleh 1MDB. Kelulusan secara prinsip ini antaranya tertakluk kepada rundingan terperinci parameter teknikal dan komersial, sumbangan penghantaran ke sistem grid yang terdekat, keselamatan dan daya-harap sistem grid, mengemukakan model kewangan projek kepada KeTTHA dan ST serta memuktamadkan rundingan PPA dengan TNB selaras dengan terma Renewable Energy Power Purchase Agreement Solar Fotovoltaik yang sedia ada.

9.5.2.5. Kerajaan juga telah bersetuju supaya satu Projek Perintis Jana Kuasa Tenaga Solar Fotovoltaik berkapasiti 50MW dibangunkan terlebih dahulu oleh 1MDB di Kedah. Antara terma yang ditetapkan ialah tenaga maksimum tidak melebihi 76,650MWh setahun dan COD pada 1 April 2016 atau 2 tahun dari tarikh kuat kuasa PPA.

9.5.2.6. Seterusnya pada 26 Mac 2014, Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB mengambil maklum dan meluluskan antaranya:

a. DuSable mempunyai pengalaman dalam rundingan PPA berkaitan solar dan tenaga lain serta boleh memberi nasihat bagi rundingan PPA yang fleksibel dan financeable.

b. 1MDB Satellite Services Sdn Bhd, subsidiari milikan penuh 1MDB akan menandatangani Master Joint Venture Agreement (Master JVA) dengan DuSable bagi pelaksanaan projek solar berkapasiti 500MW. 1MDB dan DuSable masing-masing memegang kepentingan sebanyak 51% dan 49% dalam unincorporated JV berkenaan.

c. Mengikut Master JVA, pelaksanaan setiap projek solar akan ditetapkan oleh satu Joint Venture Agreement (JVA) yang berasingan.

d. ROI projek perintis solar ialah 8.3% dengan tempoh bayaran balik selama 11 tahun.

e. Tripartite Project Company JVA antara 1MDB Satellite Services Sdn Bhd, DuSable dan TNB untuk menggunakan 1MDB Solar Snd Bhd sebagai Project Company.

f. PPA untuk projek solar ditandatangani antara 1MDB Solar Sdn Bhd dan TNB.

g. Pengurusan 1MDB diberi kuasa untuk merunding dan melaksanakan Master JVA, Tripartite Project Company JVA, PPA, pelantikan perunding dan semua dokumen berkaitan untuk tujuan tersebut. Pengurusan juga diberi kuasa menyusun semula atau menubuhkan special purpose vehicles (SPV) untuk projek solar. Bagaimanapun, pengurusan 1MDB perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB selepas menyempurnakan rundingan dengan pihak ketiga yang berpotensi membekalkan module solar PV, kontraktor EPC dan tapak tanah projek solar.

9.5.2.7. Bagaimanapun, semakan JAN mendapati Lembaga Pengarah 1MDB dalam mesyurat pada 26 Mac 2014 tidak membincang mengenai isu sekatan teknologi dari negara lain, kos dan manfaat jangka panjang yang akan diperoleh oleh 1MDB dengan pewujudan unincorporated Master JVA dengan DuSable. Selain itu, 1MDB juga tidak membuat perbandingan kos dan manfaat antara usaha sama DuSable dengan syarikat lain dari industri solar atau kos dan manfaat yang diperoleh 1MDB dengan hanya mewujudkan JV untuk setiap projek solar tanpa Master JVA.

9.5.2.8. Pada 11 April 2014, 1MDB melalui subsidiarinya, 1MDB Synergy Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai 1MDB Satellite Services) telah menandatangani Master JVA untuk projek usaha sama solar dengan Yurus Private Equity Fund I, L.P. (Yurus) yang diperbadankan di Washington DC, America Syarikat. Bagaimanapun, JAN tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat exit clause dalam Master JVA sekiranya projek tersebut didapati unfeasible dan tidak diteruskan kerana Master JVA tidak dikemukakan untuk semakan JAN. Semakan JAN terhadap kertas pertimbangan dalam resolusi Lembaga Pengarah 1MDB pada 2 Jun 2015 mendapati Master JVA tersebut ditandatangani dengan Yurus dan bukannya DuSable sebagaimana yang diluuskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 Mac 2014. Didapati Yurus ialah general partner kepada DuSable

9.5.2.9. Sehari selepas menandatangani Master JVA, iaitu pada 12 April 2014, 1MDB Solar Sdn Bhd telah menandatangani PPA dengan TNB Tempoh konsesi PPA adalah selama 25 tahun dari tarikh Commercial Operation Date (COD).

9.5.2.10. Dua bulan selepas tandatangan PPA, pada 25 Jun 2014, Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan struktur pemegang saham 1MDB Solar Sdn Bhd seperti jadul berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.59.01

9.5.2.11. Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 25 Jun 2014 juga memaklumkan bahawa Tripartite JVA antara 1MDB Synergy Sdn Bhd, Yurus Private Equity Fund I, L.P. (Yurus) dan TNB belum dimuktamadkan dan fi perunding yang telah/akan dibelanjakan akan ditanggung oleh semua pihak terlibat mengikut nisbah pegangan saham dalam 1MDB Solar Sdn Bhd.

9.5.2.12. Pada 18 Ogos 2014, iaitu empat bulan selepas Master JAV ditandatangani, Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB mengambil maklum bahawa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tidak ada halangan terhadap kandungan memo bertajuk Final Decisions on 1MDB Energy Group IPO yang dihantar oleh seorang Lembaga Pengarah 1MDB. Memo tersebut antaranya menyatakan bahawa “All of DuSable’s direct/indirect economic interest and warrants/options (28% of 50MW Solar and 50% of 250MW Solar) for USD95 million based on a revised tariff rate of 47 cents, and based on Deutche Bank valuation [to sign by 15 September 2014 and complete prior to IPO].”

9.5.2.13. Pada bulan Oktober 2014, iaitu dua bulan selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 18 Ogos 2014, pengurusan 1MDB telah melaksanakan perolehan semua kepentingan Yurus dengan balasan USD95 juta melalui satu Binding Term Sheet dan telah membuat bayaran deposit non-refundable berjumlah USD19 juta di bawah Binding Term Sheet tersebut.

9.5.2.14. Pada 15 April 2015, peguam Yurus dan DuSable mengeluarkan notis tuntutan kepada 1MDB kerana pelanggaran syarat dalam Binding Term Sheet, iaitu tidak menjelaskan baki balasan perolehan sebelum atau pada 15 Januari 2015.

9.5.2.15. Pada 1 Jun 2015, Perjanjian Jual Beli ditandatangani antara subsidiari 1MDB, iaitu Infrastructure Capital Limited (pembeli) dan Yurus (penjual) dengan harga agregat berjumlah USD69 juta setelah semua pihak yang terlibat bersetuju dengan pengurangan sejumlah USD26 juta daripada balasan asal USD95 juta. Selain itu, sejumlah USD19 juta deposit non-refundable yang telah dibayar kepada Yurus di bawah Binding Term Sheet juga diambil kira sebagai bayaran awal untuk perjanjian tersebut dan bayaran terakhir berjumlah USD50 juta perlu dibayar selewat-lewatnya pada 9 Jun 2015.

9.5.2.16. Pada 2 Jun 2015, Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB meluluskan pengurusan 1MDB memperoleh kepentingan Yurus sebanyak 49% di bawah Master JVA yang ditandatangani pada 11 April 2014 dengan balasan USD69 juta dan bayaran terakhir berjumlah USD50 juta kepada Yurus selewat-lewatnya pada 9 Jun 2015. Antara rasional untuk memperoleh 49% kepentingan daripada Yurus di bawah Master JVA seperti berikut:

    1. Master JVA menetapkan kepakaran dan teknologi untuk pembangunan projek solar hanya boleh diperoleh daripada Amerika Syarikat. Pengambilalihan 49% kepentingan Yurus tersebut membolehkan 1MDB melaksanakan projek solar secara besar-besaran dan memperoleh EPCC yang lebih kompetitif tanpa terhad kepada teknologi Amerika Syarikat sahaja.
    2. Nilai hak pembangunan projek solar dianggarkan berjumlah RM319 juta. Berdasarkan penilaian Deutsche Bank, pemilikan penuh 450MW dan 80% 50MW adalah bernilai RM665 juta. Oleh itu, perolehan kepentingan Yurus tersebut adalah lebih bermanfaat kepada 1MDB.

9.5.2.17. Pada 2 Jun 2015, Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB juga meluluskan sejumlah USD50 juta daripada USD1 bilion yang diterima daripada IPIC sebagai settlement arrangements antara Kumpulan 1MDB/Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Kumpulan IPIC/Aabar, digunakan untuk melunaskan baki balasan USD50 juta kepada Yurus pada 5 Jun 2015.

9.5.2.18. Analisa JAN mendapati keputusan 1MDB untuk tidak meneruskan Master JVA dengan Yurus/DuSable empat bulan selepas menandatangani Master JVA menunjukkan perancangan yang kurang terperinci serta menyebabkan pembaziran kepada 1MDB kerana terpaksa membayar USD69 juta (RM251.66 juta) bagi mendapatkan balik 49% kepentingan Yurus dan DuSable di bawah Master JVA tersebut.

9.5.3. Perolehan Tanah Di Kuala Ketil, Kedah

9.5.3.1. Pada 24 Mac 2015, Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan perolehan tanah seluas 260 ekar di Kuala Ketil, Kedah untuk pembangunan projek perintis 50MW tenaga solar. Perolehan tanah ini telah dibuat oleh Edra Solar Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai 1MDB Solar Sdn Bhd) daripada Darulaman Realty Sdn Bhd dengan balasan RM33.4 juta.

9.5.3.2. Pada 27 Ogos 2015, BDB Land Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Darulaman Realty Sdn Bhd) dan Edra Solar Sdn Bhd telah menandatangani Perjanjian Jual Beli tanah seluas 260 ekar di Bandar Kuala Ketil, Daerah Baling, Kedah dengan balasan berjumlah RM65 juta, iaitu pada harga RM250,000 seekar. Jumlah balasan tersebut adalah tertakluk kepada pelarasan yang akan dibuat terhadap ukuran kawasan tanah sebenar. Bagaimanapun, perbezaan harga perolehan tersebut tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB. Sehingga 6 September 2015, Kumpulan 1MDB telah membayar sejumlah RM6.50 juta yang terdiri daripada RM1.95 juta retention sum dan RM4.55 juta deposit untuk perolehan tanah tersebut.

10. TAWARAN AWAM PERMULAAN/INITIAL PUBLIC OFFERING (IPO)

10.1. Perancangan Penyenaraian Awam

10.1.1. Cadangan awal penyenaraian 1MDB dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) telah dibentangkan oleh Goldman Sachs semasa Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah pada 8 Februari 2012. Cadangan IPO ini merupakan salah satu post-acquisition strategic option selepas perolehan syarikat Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB). Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Encik Shahrol Azral telah memaklumkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 2 Mac 2012, bahawa sebahagian kos pembiayaan 1MDB boleh dilunaskan dengan kejayaan IPO kelak.

10.1.2. Goldman Sachs dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 19 Mac 2012 telah membentangkan cadangan mengenai kaedah pembiayaan perolehan syarikat TEHSB. Menurut Goldman Sachs, pembiayaan perolehan saham TEHSB berjumlah RM8.50 bilion akan dibiayai menerusi Syndicated Bridging Loan daripada Malayan Bank Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd (RHB) berjumlah RM6.17 bilion manakala baki berjumlah RM2.50 bilion akan ditanggung melalui pengeluaran Nota USD berjumlah USD1.75 bilion. Prinsipal bagi Syndicated Bridging Loan akan dibayar balik melalui terbitan bon jangka panjang atau sukuk yang baru dan terbitan saham IPO dalam 1MDB Energy Sdn Bhd (1MESB) [kini dikenali sebagai PIHSB]. Bagaimanapun, hasil perbincangan pembiayaan dengan Maybank menghendaki satu aku janji disediakan daripada 1MESB sekiranya IPO tidak dilaksanakan atau jika hasil penjualan IPO kurang daripada RM2 bilion.

10.1.3. Sehubungan itu, Goldman Sachs telah mengadakan rundingan awal bersama Kementerian Kewangan bagi menyediakan aku janji tersebut. Bagaimanapun, Kementerian Kewangan telah memaklumkan pengeluaran aku janji bagi pinjaman adalah bertentangan dengan polisi Kerajaan. Oleh itu, Goldman Sachs telah berunding pula dengan Kumpulan Usaha Tegas Sdn Bhd (UTSB) yang seterusnya bersetuju untuk memberi aku janji yang disyaratkan.

10.1.4. Berdasarkan aku janji komitmen ekuiti yang dipersetujui UTSB akan membeli saham 1MESB dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian pada harga yang lebih rendah antara harga IPO atau harga saham berdasarkan nilai ekuiti selepas pengambilalihan syarikat berjumlah RM2.50 bilion. Syarat dan terma komitmen ekuiti ini telah dinyatakan dalam tiga jenis perjanjian yang telah ditandatangani, iaitu Facility Agreement, Subscription Agreement dan Warrants Agreement. Komitmen ekuiti ini turut dikenali sebagai Komitmen Tanjong. Sebagai pulangan kepada aku janji tersebut, 1MESB telah mengeluarkan warrants 214.28 juta yang akan membolehkan TEHSB memiliki 30% saham syarikat bersamaan RM750 juta daripada nilai ekuiti selepas pengambilalihan syarikat berjumlah RM2.50 bilion.

10.1.5. Berdasarkan Facility Agreement bertarikh 17 Mei 2012 yang ditandatangani oleh Maybank, RHB dan 1MESB, pinjaman berjumlah RM6.17 bilion mempunyai tempoh matang 18 bulan selepas tarikh pengeluaran pinjaman dibuat yang akan berakhir pada 23 November 2013. Bagaimanapun, menurut syarat pinjaman, pembayaran awal terhadap pinjaman tersebut perlu dilakukan sekiranya rancangan penyenaraian awam IPO berjaya dilaksanakan lebih awal daripada tarikh matang.

10.1.6. Selain daripada aku janji daripada UTSB, Goldman Sachs dalam mesyuarat pada 19 Mac 2012 juga turut mencadangkan 1MESB mengeluarkan opsyen kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar Ltd), sebagai balasan kepada pemberian jaminan untuk pengeluaran Nota USD1.75 bilion. Opsyen ini akan membolehkan syarikat tersebut membeli saham syarikat pada harga RM1.225 bilion yang dikira berdasarkan 49% daripada nilai ekuiti selepas pengambilalihan syarikat berjumlah RM2.50 bilion. Tempoh opsyen tersebut adalah selama 10 tahun. Pembiayaan perolehan saham Tanjong yang melibatkan Komitmen Tanjong dan Opsyen Aabar diringkaskan seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-25 08.59.46

10.1.7. Goldman Sachs telah sekali lagi dijemput untuk membentangkan cadangan struktur modal dan pembiayaan Kumpulan 1MDB semasa Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB pada 21 Jun 2012. Goldman Sachs telah dilantik sebagai perunding untuk mencadangkan pelan pembiayaan bagi keseluruhan Kumpulan 1MDB memandangkan syarikat arif dengan struktur modal 1MDB. Goldman Sachs telah menyarankan agar sektor tenaga diperkembangkan melalui pengambilalihan syarikat yang mempunyai stesen/loji jana kuasa sebelum memulakan tindakan penyenaraian saham IPO. Tindakan ini akan mempertingkatkan nilai syarikat sebelum penyenaraian IPO yang dirancang pada tahun 2013.

10.1.8. Pada 15 Oktober 2012, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, Encik Vincent Koh telah memaklumkan pelaksanaan IPO dijangka pada suku pertama tahun 2013 setelah selesai perolehan stesen jana kuasa Powertek dan Kuala Langat. Bagaimanapun, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 22 Januari 2013, Encik Shahrol Azral memaklumkan pelaksanaan IPO ditangguhkan sehingga penghujung tahun 2013, iaitu selepas berjaya memperoleh dan menabah pengambilalihan sebuah lagi projek tenaga greenfield dengan kerjasama Mitsui & Co Ltd (Projek 3B). Selain itu, penangguhan pelaksanaan IPO juga dibuat bagi mengelak penyenaraian pada masa yang sama dengan Kumpulan Malakoff. Seterusnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 15 Julai 2013, Encik Hazem memaklumkan bahawa adalah amat penting untuk memperoleh Projek 3B yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Mitsui & Co Ltd bagi memenuhi kriteria penyenaraian IPO. Memandangkan keputusan bidaan hanya akan diketahui dalam bulan Januari 2014, rancangan penyenaraian IPO akan ditangguhkan sekali lagi.

10.1.9. Berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 19 Ogos 2013, Pengerusi 1MDB telah mengarahkan pihak pengurusan untuk berusaha menyatukan dan merasionalisasikan operasi ketiga-tiga syarikat IPP sebagai persediaan untuk penyenaraian bahagian tenaga 1MDB yang dirancang dalam tahun 2014. Antara langkah yang telah diambil terhadap arahan ini adalah dengan mewujudkan 1MDB Energy Group Bhd yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras aktiviti penyenaraian IPO yang dirancang. Syarikat ini kemudiannya telah ditukar nama kepada Edra Global Energy Bhd (Edra) selepas kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 1 Disember 2014, iaitu syarikat induk sektor tenaga yang bertindak sebagai pengurusan utama terhadap kesemua syarikat berkaitan tenaga di bawah kumpulan 1MDB.

10.1.10. Encik Hazem telah memaklumkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 26 Mac 2014, berdasarkan penilaian awal bank pelaburan, 1MDB akan memperoleh antara RM15 bilion sehingga RM25 bilion sekiranya IPO dilaksanakan yang mana adalah jauh lebih tinggi berbanding kos perolehan ketiga-tiga aset tenaga di antara RM11 bilion sehingga RM12 bilion. Menurut beliau, pelbagai pinjaman telah diperoleh bagi membiayai perolehan aset tenaga. Oleh itu, hasil daripada pelaksanaan IPO akan digunakan untuk membayar sebahagian besar pinjaman tersebut. Butiran terperinci keputusan pihak pengurusan menangguhkan rancangan penyenaraian IPO adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 09.00.14

10.1.11. Semakan JAN mendapati pihak pengurusan telah menangguhkan perancangan penyenaraian IPO sedangkan tempoh matang pinjaman Syndicated Bridging Loan daripada Maybank dan RHB tamat apda 23 November 2014. Cadangan awal oleh Goldman Sachs untuk melunaskan prinsipal pinjaman melalui IPO sebagaimana dipersetujui oleh Lembaga Pengarah tidak dapat dipatuhi. Kesan daripada ini, 1MDB telah gagal melunaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, hasrat pengurusan untuk menggunakan penjanaan modal daripada IPO untuk melunaskan pinjaman semasa itu telah gagal.

10.2. Pelantikan Perunding

10.2.1. Berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 19 Ogos 2013, Lembaga Pengarah telah menurunkan kuasa kepada Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif untuk mengeluarkan Request for Proposal (RFP), berbincang dan berunding berkenaan pelantikan perunding untuk melaksanakan IPO. Pengerusi Lembaga Pengarah mengingatkan pihak pengurusan 1MDB supaya menguruskan pelantikan secara telus dan bagi mengelak yuran yang tidak munasabah.

10.2.2. Perbincangan terperinci berkaitan pelantikan perunding telah diadakan di dalam Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah pada 14 April 2014 setelah kertas cadangan diperoleh daripada berapa bank pelaburan. Pelantikan perunding bagi tujuan penyenaraian IPO telah dibuat melalui hasil perbincangan berapa mesyuarat Lembaga Pengarah.

10.2.3. Bagaimanapun, di dalam Mesyurat Lembaga Pengarah 1MDB pada 23 Februari 2015, Pengerusi telah memaklumkan bahawa beliau telah menerima surat daripada AmInvestment Bank Berhad bertarikh 12 Februari 2015 berkenaan penarikan diri bank tersebut sebagai Joint Princpal Advisor, Lead Manager, Book Runner dan Underwriter. Berdasarkan Minit Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Edra Global Energy Berhad (Edra) bertarikh 24 Mac 2015, Lembaga Pengarah telah dimaklumkan bahawa Maybank akan bertindak sebagai Principal Advisor tunggal bagi proses Cadangan Penyenaraian IPO. Selain itu, dalam Mesyurat Lembaga Pengarah 1MDB pada 23 April 2015, kelulusan telah diberi untuk menlantik Credit Suisse sebagai Joint Global Coordinators.

10.3. Permhonan Penyenaraian IPO kekapda Suruhanjaya Sekuriti

10.3.1. Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 20 Oktober 2014 telah meluluskan penyerahan permohonan berkaitan cadangan penyenairan IPO kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) serta Bursa Malaysia pada 14 November 2014. Penyerahan permohonan ini akan dibuat oleh Joint Principal Advisor yang dilantik. Di dalam mesyurat yang sama, Lembaga Pengarah telah diberi taklimat berkenaan Struktur Tawaran IPO. Bagaimanapun, dalam Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB pada 13 November 2014, iaitu sehari sebelum penyerahan permohonan IPO, Lembaga Pengarah telah meluluskan Struktur Tawaran IPO yang baru. Perbezaan antara struktur tawaran IPO pada 20 Oktober 2014 berbanding pada 13 November 2014 adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 09.00.55

10.3.2. Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah membuat semakan terhadap Prospektus dan Penyata Kewangan Kumpulan yang dihantar semasa permohonan IPO pada 14 November 2014.  Antara perkara yang telah dibangkitkan oleh SC dari 19 November 2014 dan 1 Disember 2014 adalah berkenaan status pembayaran pinjaman berjumlah RM2 bilion kepada Maybank yang telah matang pada 30 November 2014 dan komitmen pembinaan dan pembayaran Projek 3B. Pihak pengurusan 1MDB telah memberi maklum balas kepada SC pada bulan Disember 2014.

10.3.3. Bagaimanapun, melalui Resolusi Lembaga Pengarah bertarikh 27 Februari 2015, Lembaga Pengarah telah meluluskan supaya Joint Advisor membuat penarikan balik permohonan penyenaraian IPO yang dikemukakan pada SC dan pihak berkuasa berkaitan lain pada 14 November 2014 memandangkan terdapat perkembangan signifikan di dalam 1MDB dan Edra. Antara perkembangan signifikan adalah seperti berikut:

10.3.3.1. Mengemas kini Pembayaran Balik Pinjaman Maybank Transche 2 Berjumlah RM2 Bilion

a. Melalui Subscription Agreement bertarikh 7 Ogos 2014 antara Powertek Investment Holding Sdn. Bhd. (PIHSB) [dahulunya dikenali sebagai 1MESB] dan Tanjong Public Limited Company (Tanjong), Tanjong telah bersetju untuk melanjutkan tanggungjawab komitment melanggang ekuiti dalam PIHSB sehingga berjumlah RM2 bilion daripada 22 Mei 2014 kepada 30 November 2014. Bagaimanapun, sehingga 30 November 2014, cadangan IPO tidak terlaksana di mana pinjaman berjumlah RM2 bilion di bawah Tranche 2 juga telah matang pada tarikh yang sama.

b. Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengarahkan Maybank untuk merosot nilai jumlah penuh pinjaman sejumlah RM2 blion sekiranya PIHSB tidak membayar balik pada masa yang ditetapkan. Encik Hazem menjelaskan sekiranya perkara ini berlaku, ia akan menjadi cross default ke atas semua pinjaman Kumplan yang  lain dan seterusnya memberikan mesej negatif kepada orang awam. Berdasarkan Resolusi Lembaga Pengarah bertarikh 10 Februari 2015, Lembaga Pengarah 1MDB telah bersetuju untuk menerima pembiayaan daripada Tanjong melalui subsidiarinya, Marstan Investment N.V (Marstan) bagi melunaskan pinjaman Maybank tersebut.

10.3.3.2. Menggugurkan Projek 3B Daripada Permohonan Bertarikh 14 November 2014

a. Permohonan Penyenaraian IPO bertarikh 14 November 2014 turut melibatkan aset Projek 3B setelah konsortium 1MDB-Mitsui diumumkan memenangi bidaan pada 28 Februari 2014. Bagaimanapun, Lembaga Pengarah 1MDB mengakui bahawa Kumpulan 1MDB mengalami masalah kewangan yang serius bagi membiayai Projek 3B. Perkara ini berlaku kerana subsdiari 1MDB iaitu Jimah East Power tidak berjaya menerbitkan sukuk seperti yang dirancang disebabkan isu kegagalan melunaskan pembayaran yang tertunggak berjumlah RM455 juta kepada kontrator EPC bagi Projek 3B. Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB memaklumkan dalam Mesyurat Khas pada 12 Januari 2015 bahawa Mitsui, iaitu rakan usaha sama Projek 3B akan bertindak untuk call an event of default kerana ketidakmampuan 1MDB memenuhi kewajipan sumbangan ekuitinya. Sehingga 23 Februari 2015, 1MDB dikehendaki membayar RM126 juta kepada Mitsui yang mana telah tertunggak sejak bulan Disember 2014.

b. Encik Arul Kanda telah memaklumkan di dalam Mesyuarat Khas pada 4 Februari 2015 bahawa antara lain punca kelewatan Projek 3B ialah masalah 1MDB/Edra  Global Energy Berhad untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembinaan projek dan pembekalan pasir untuk aktiviti tambakan laut. Selain itu, Kerajaa Negeri Sembilan juga belum meluluskan permit pengorekan pasir dan pajakan tanah jeti dan tapak Projek 3B. Terdapat 3 opsyen mengatasi masalah kewangan Projek 3B, iaitu sama ada meneruskan, menamatkan atau menyerahkan Projek 3B kepada pihak ketiga. Seterusnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah memperakukan keputusan Lembaga Pengarah Edra untuk berunding dengan TNB atau pihak ketiga bagi mengambil alih Projek 3B.

c. Pada 25 Februari 2015, 1MDB memohon kebenarn ST untuk menjual 70% pegangan ekuitinya dalam Jimah East Power kepada pelabur strategik. Seterusnya Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei 2015 telah bersetuju TNB mengambil alih 70% kepentingan 1MDB dalam Jimah East Power. Pada 29 Jun 2015, ST memaklumkan kelulusan ini kepada 1MDB, Mitsui dn TNB.

10.4. Permohonan Semula Kepada Suruhanjaya Sekuriti

10.4.1. Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 24 Mac 2015 telah meluluskan Maybank Investment Bank Berhad untuk membuat penyerahan permohonan semula berkaitan cadangan penenaraian kepada SC, kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) serta Bursa Malaysia pada 27 Mac 2015. Di dalam mesyuarat yang sama, Lembaga Pengarah telah meluluskan Struktur Tawaran IPO seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 09.02.00

10.4.2. Bagaimanapun, pihak JAN tidak dapat mengesahkan sama ada penyerahan permohonan semula penyenaraian IPO dibuat atau tidak. Temu bual JAN bersama pegawai Suruhanjaya Sekuriti mendapati sehingga 24 Ogos 2015, tiada penyerahan permohonan semula dibuat oleh 1MDB. Sehingga 31 Oktober 2015 penyenaraian IPO masih belum tercapai menyebabkan tiada sumber aliran masuk tunai kepada Kumpulan 1MDB. Sekiranya IPO dapat dilaksanakan, 1MDB hanya akan dapat melunaskan sebahagian daripada hutangnya.

Menurut maklum balas 1MDB, kejayaan penyenaraian IPO turut bergantung kepada faktor luaran di luar kawalan syarikat. 1MDB telah mula merancang dan memulakan kerja-kerja persediaan untuk IPO pada tahun 2013, iaitu sebelum banyak kenyataan negatif dan tuduhan liar oleh media dan pelbagai parti politik terutamanya dalam tahun 2014-2015. Antaranya, pada 15 Mac 2015, Encik Rafizi Ramli daripada parti PKR, telah mengancam bahawa partinya akan memohon injuksi mahkamah bagi menghalang agensi Kerajaan seperti KWSP daripda menyertai IPO 1MDB. Di samping itu, terdapat pelbagai dakwaaan tidak berasaskan telah menyebabkan sentimen pelabur negatif. Laporan media tidak berasaskan serta sentimen pelabur yang negatif telah menjejaskan kebolehpasaran IPO.

10.4.3. Secara keseluruhan, peristiwa penting yang telah berlaku sepanjang proses cadangan penyenaraian IPO diringkaskan seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-25 09.02.2511. PENJUALAN EDRA GLOBAL ENERGY BERHAD

11.1. Pada 23 November 2015, Kumpulan 1MDB telah mengumumkan pembida yang berjaya adalah China General Nuclear Power Corporation (CGN Group) bagi mengambil alih 100% kepentingan dalam Kumpulan Edra. Harga belian yang dipersetujui berjumlah RM9.83 bilion serta mengambil alih tunai dan semua hutang berkaitan berjumlah RM7.43 bilion berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015. Transaksi ini dijangka selesai pada bulan Februari 2016 setelah memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

11.2. Menurut kenyataan media 1MDB bertarikh 29 November 2015, 1MDB teah menerima dividen tunai berjumlah RM2 bilion daripada pelaburannya dalam sektor tenaga. Dengan mengambil kira terimaan ini, 1MDB berpendapat pihaknya mendapat balik kos pelaburannya daripada penjualan Kumpulan Edra. Bagaimanapun semakan JAN terhadap penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2013 dan 31 Mac 2014 mendapati hanya Kumpulan Mastika Lagenda Sdn. Bhd. (MLSB) telah mengumumkan dividen berjumlah RM165 juta pada 21 Ogos 2013. Selain itu, syarat dalam Syndicated Bridging Loan RM6.17 bilion dan RM5.50 bilion juga tidak membenarkan PIHSB mengumumkan dividen sehingga sejumlah RM2 bilion pinjaman dilunaskan. Oleh itu, JAN tidak dapat mengesahkan terimaan dividen RM2 bilion yang dinyatakan kerana dokumen berkenaan dividen dan penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 tidak dikemukakan untuk pengauditan.

11.3. Analisis JAN mendapati sejak tahun 2012 hingga 31 Oktober 2015, Kumpulan 1MDB telah membelanjakan lebih daripada RM18.25 bilion untuk perolehan loji, tanah dan kos pinjaman/pembiayaan serta kos lain berkaitan pelaburan sektor tenaga. Bagaimanapun, anggaran RM18.25 bilion tidak termasuk kos pembangunan projek solar dan projek Alor Gajah yang telah dibayar oleh Kumpulan 1MDB dan Projek 3B yang telah dilupuskan pada bulan Julai 2015. Oleh itu, pengiraan pulangan bersih atas penjualan Kumpulan Edra sewajarnya mengambil kira harga penjualan Kumpulan Edra berjumlah RM9.83 bilion berbandiing keseluruhan kos pelaburan Kumpulan 1MDB berkaitan sektor tenaga. Butiran kos yang terlibat adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-25 09.02.5911.4. Menurut jadual di atas, kos pembiayaan perolehan bagi pinjaman luar negara termasuk kos pinjaman yang perlu ditanggung untuk security deposit dan kos transaksi terbbitan Nota USD.

11.5. Terbitan dua nota USD1.75 bilion berjumlah RM10.92 bilion dan tga pinjaman berjumlah RM7.47 bilion dan tidak dilupuskan bersama-sama aset-aset Kumpulan Edra kerana obligasi ini ditanggung oleh 1MDB. Dengan pelupusan aset-aset di bawah Kumpulan Edra, Kumpulan 1MDB akan kehilangan 94.3% sumber pendapatannya yang merupakan penyumbang utama pendapatan Kumpulan 1MDB. Kehilangan pendapatan tersebut akan menjejaskan keupayaan Kumpulan 1MDB untuk menampung bayaran komitmen pinjaman dan terbitan nota USD di bawah sektor tenaga.

11.6. Selain itu, status Kumpulan 1MDB beroperasi sebagai sebuah entiti going concern adalah diragui. JAN juga tidak dapat mengesahkan sama ada Kumpulan 1MDB sebenarnya mendapat keuntungan atau mengalami kerugian hasil daripada pelupusan aset sektor tenaga kelak kerana proses pelupusan belum diselesaikan dan tiada dokumen dikemukakan untuk semakan.

—TAMAT—


Chapters


English translations


Translate